1. Tun M telah mendedahkan segala-gala dari pemikirannya tentang
demokrasi dan mengapa kerajaan Umno-BN dalam 22 tahun pemerintahannya
sehingga kini dalam ucapannya semasa Konvokasi di Universiti Santo
Tomas, Manila, pada 11 Jun11 lalu.
2. Kini rakyat Malaysia lebih jelas mengapa Tun M dan kepimpinan Umno-BN sehingga kini telah mentadbir-urus negara ini dengan cara demokrasi kacukan atau demokrasi dengan kuku-besi sekaligus melahirkan sebuah negara yang dinobatkan sebagai sebuah “Snycretic State” dalam Sains Politik. Dalam bahasa seorang professor yang menklasifikasikan demokrasi di Malaysia sebagai salah sebuah Negara yang mengamalkan “Electoral Authoritarianism” (Andreas Schedler).
3. Tun M tanpa segan-silu menyatakan bahawa beliau sebenar memang tidak pernah mempercayai bahawa demokrasi mesti diamalkan secara menyeluruh dan penuh. Beliau percaya bahawa kerajaan mesti “melaksanakan demokrasi dengan had dan batasnya” (practising democracy with limits).
4. Tun M menyerlahkan lagi kesangsiannya terhadap sistem demokrasi dengan mempertikaikan natijah demokrasi dengan persoalan sinis beliau “Mengapa demokrasi gagal memberikan kebaikan yang kita harapkan” (“Why has democracy not delivered the good life we had expected of it?”)

5. Tun
membuat kesimpulan bahawa adalah mustahil untuk melaksanakan ‘utopia
demokrasi’ yang berteraskan “kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk
rakyat” kerana akan berakhir dengan satu kebuntuan. (A government of
the people, by the people and for the people will result in a stalemate,
in no government at all, in anarchy).
6. Lantas tegas beliau,
mesti ada ‘ubahsuaian’ dan rakyat ‘berkorban’ sedikit untuk kita dapat
memenafaatkan system demokrasi ini.
7. Tun M telah
mengisytiharkan apakah kepercayaan demokrasi yang dianutinya! Barulah
rakyat Malaysia hari ini faham dan tahu benar-benar mengapa Tun dan
pimpin BN yang meneruskan legasi-tradisi beliau yang telah ‘mencekik’
dan ‘menjerut’ demokrasi dengan segala akta-akta draconian dan ‘rimba’
yang meragut hak kebebasan rakyat yang sebenarnya termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan.
8.
Baru rakyat faham bahawa Tun M dan Umno-BN memerlukan semua ‘ubahsuai’
(adjustment) dengan ‘undang-undang’ semasa mereka berkuasa dengan 2/3
majoriti untuk ‘mentadbir negara’ dulu.
9. Sebagai cotoh
Kebebasan berpolitik dan berhimpun diragut dengan ISA dan Akta Polis,
Kebebasan menerbit-berkarya dicekik dengan Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan (1984), hak kepada maklumat dengan OSA, hak
mahasiswa-akademik berpolitik dengan AUKU.
10. Dan kini
walaupun ISA telah dimansuhkan, kerajaan Najib pula meneruskan tradisi
Tun M ini dan tidak boleh diberikan demokrasi sebenarnya maka
diperkenalkan “Akta Kesalahan Keselamatan 2012, yang dikatakan sama
drakonian kalau tidak lebih zalim lagi, mengikut pengamatan pakar-pakar
undang-undang.
11. Tun M ini tetap akan buta demokrasi dan
tidak akan celik dengan erti pencerahan minda tentang demokrasi sampai
keliang lahadnya.
12. Dengan demokrasi yang konon di’adjust’
dan diubahsuai itulah telah berleluasa dan sarat amalan rasuah dan
salah-guna kuasa kerana rakyat tidak mendapat capaian maklumat untuk
‘menyemak-imbang’ kerajaan yang menyalahguna kuasa.
13. Inilah
yang mengakibatkan sekaligus satu ‘gross fiscal mismanagement’ yang
menjadikan Negara hilang daya-saing dan amalan kroni kapitalisme dan
amalan ‘rent-seeking’ sarat terpasak dalam amalan dan system delivery
pentadbiran Umno-BN.
14. Sebagai contoh Perjanjian konsesi
utility mega (IPP, Tol Lebuhraya)dirahsiakn atas nama OSA. Skandal besar
seperti PKFZ yang menelan RM 12 b makan tahun untuk dikesan berbanding
kalau rakyat bermaklumat dan punya informasi!
15. Demokrasi
yang benar-benar berfungsi akan melahirkan rakyat yang bermaklumat,
berani menegur pemimpin bahkan berani menurunkan dan mengguling pemimpin
melalaui ‘ballot box’ atau pilihanraya dari bermaharajalela dengan
kuasa serta ‘membutakan rakyat’ dengan ‘ketakutan’ dan sedikit
‘gula-gula’ kononnya pemberian sebuah kerajaan yang ‘prihatin dan
mendahulukan rakyat.
16. Sah Tun M adalah seorang dictator
yang bersembunyi disebalik pakaian demokrasi yang beliau sangat
membencinya! Kebencian terserlah kini dengan ucapannya di Manila ini!
Sebab itu Tun dan semua pimpinan Umno-BN sangat takut dengan ‘Arab
Spring’ yang merupakan kebangkitan rakyat Arab menjatuhkan pimpinan
dictator dan regim kukubesi yang telah berdekad menafikan rakyat
kebebasan dan demokrasi sebenar!
17. Jelas mengapa Tun M
secara terang-terengan‘memandul kekebalan raja’, memecat seorang Ketua
Hakim Negara dan segala yang perbuatan zalim atas nama ‘adjustment’
kerana ‘demokrasi itu ada batasnya’ dan diktator inilah dan regim
umno-BN inilah yang menentukan batas-batas HAK yang boleh diberikan
kepada rakyat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan