Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 10 Mei 2012

Full Video : Pasca Bersih 3.0,Ceramah Mahfuz Omar Di Kuala Berang




HULU TERENGGANU
– Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar mendakwa Umno dan Barisan Nasional (BN) parti ‘bankrap’ kerana ‘kehabisan modal’ dan terpaksa menghadapi Pakatan Rakyat dengan elemen-elemen diluar parti itu.

Beliau berkata, tidak ada siapa di kalangan menteri kabinet an majlis tertinggi Umno yang mempertahankan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak menghadapi tuduhan kes Scorpene dan BERSIH kecuali orang-orang sudah pencen.

“kes pendedahan Scorpene, yang dia (Najib) minta RM3 bilion (dan) kes BERSIH, tidak ada sesiapa yang bersama dalam kabinet dia, bersama dalam majlis tertinggi Umno mempertahankan Dato’ (Seri) Najib,


“yang mempertahankan dia (hanyalah) orang (yang telah) pencen; Tun Dr Mahathir (dan) tiga orang bekas ketua polis,”tegasnya.

Beliau berkata, mereka yang sedang berkhidmat dengan Najib, yang menjadi menteri kabinetnya lebih suka kalau Najib segera melepaskan jawatannya.

Mahfuz berkata demikian ketika berucap pada ceramah Pra Bubar yang diadakan di Kuala Berang di sini pada Selasa malam, 8hb Mei.

[Gambar - Dato' Mahfuz menunjukkan sebahagian daripada 5,000 senarai pengundi ragu yang baru ditemui yang didaftarkan pada suku pertama tahun ini]

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan tuduhan Tun Haniff Omar keatas Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai satu tuduhan yang melampau.

Beliau berkata kerajaan Umno dan BN kita tidak berupaya menghadapi kebangkitan rakyat.

Menurutnya, selain mengggunakan ‘orang-orang pencen’ Umno-BN terpaksa menggunakan Majlis Fatwa Kebangsaan ‘mengharamkan’ BERSIH 3.0 kerana tidak mahu melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil.

“keadaan kerajaan (Umno-BN) yang sangat terdesak tidak berkeupayaan untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat, tuntutan (lapan perkara) kita tidak diendahkan, yang dicanang kononnya kita nak menggulingkan kerajaan,

“sehingga terpaksa guna Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa haram menyertai demonstrasi (BERSIH 3.0),”jelasnya.

Oleh itu, katanya, Umno-BN ‘bankrap’ kerana terpaksa menggunakan semua elemen-elemen di luar Umno dan BN untuk memberi perlindungan dan membela Najib dan kerajaan pada hari ini.

Justeru beliau yakin, ia adalah satu gambaran yang menunjukkan, sudah sampai waktunya rakyat menolak Umno-BN pada pilihanraya umum yang akan datang.

Turut menyampaikan ucapa pada ceramah tersebut adalah Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Pengerusi DAP Pahang YB Leong Ngah Ngah.BOImbang Penuh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....