SHAH ALAM 5 Mei: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor semalam
bertindak membakar akhbar Utusan Malaysia di depan pejabat KEADILAN
negeri sebagai protes terhadap media kawalan Umno itu melaporkan berita
fitnah dan lucah.
Ketua
AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, akhbar berkenaan tidak sesuai
dibaca di kalangan rakyat, terutama pelajar sekolah apabila menyiarkan
berita seumpama itu.
“Sebagai contoh, Utusan kini banyak diedar di sekolah-sekolah dan
rumah ke rumah secara percuma ekoran boikot berterusan rakyat terhadap
media Umno itu.
“Malah kita mendapat aduan dari ibu bapa di mana anak mereka
bertanyakan mengenai perkara lucah yang disiarkan Utusan Malaysia,”
katanya dihubungi Keadilan Daily.
Pada 2 Mei lalu, akhbar itu di muka depannya menyiarkan berita dan
gambar adegan seks seorang lelaki yang meniru gaya Timbalan Presiden
KEADILAN, Azmin Ali.
Azmizam berkata, akhbar Utusan yang dibakar itu juga diperoleh dari
seorang anggota Cabang KEADILAN yang menerimanya secara percuma.
“Ini menunjukkan betapa terdesaknya Umno untuk menyiarkan propaganda
mereka sehingga terpaksa mengedar akhbar mereka secara percuma walaupun
tahu rakyat menolak laporan berita mereka.
“Utusan patut kembali kepada perjuangan asal dengan melaporkan berita
mengenai isu rakyat seperti harga barang kerana selepas Datuk Seri
Najib Razak umum Gaji Minimum, harga barang di beberapa kawasan di
Lembah Klang melonjak,” tegasnya.Keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan