SHAH ALAM – Dua lagi komponen Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan
kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kononnya
perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu satu usaha mahu menggulingkan
kerajaan, sebagai pandangan melucukan.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Najib itu
amat lucu kerana mustahil untuk menggulingkan sebuah kerajaan hanya
dengan membawa botol-botol air mineral.
“Kalaulah benar tujuan perhimpunan Bersih 3.0 diadakan untuk
menggulingkan kerajaan, sudah pasti mereka akan membawa senjata dan
destinasinya, bukan ke Dataran Merdeka, sebaliknya ke Putrajaya.
“Sebenarnya, kerajaan sedang menggunakan pendekatan menakut-nakutkan rakyat dengan sekatan maklumat dan dalam masa yang sama, menutup soal pokok yang menjadi tuntutan sebenar Bersih 3.0 diadakan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Dalam satu dibuat di Gua Musang semalam, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, perhimpunan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang berhampiran Dataran Merdeka, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.
Perdana Menteri berkata, tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.
"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.
"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen turut mendakwa, apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan di bawah pimpinan Najib adalah supaya rakyat terus mempertahankan sebuah kerajaan yang ‘kotor’ termasuklah cara pemilihan wakil rakyat yang tidak adil.
Ketika diminta mengulas kenyataan Najib bahawa tindakan peserta perhimpunan cuba menjadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir, Mahfuz berkata, kenyataan itu adalah tidak tepat.
“Kalaulah kesemua peserta Bersih itu dibenarkan duduk di Dataran Merdeka, pasti semua masalah yang timbul pada hari berkenaan tidak akan berlaku.
“Kami hanya ingin duduk dan menyatakan bantahan dan menuntut agar diadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw meminta Perdana
Menteri mengklasifikasikan dua perhimpunan Bersih yang diadakan sebelum
ini.
“Kalau Bersih 3.0 beliau (Najib) kata nak gulingkan kerajaan, habis Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 pula nak gulingkan apa?
“Pakatan Rakyat tidak akan mengambil alih kerajaan melalui cara yang
beliau (Najib) katakan itu, sebaliknya kami tetap berpegang kepada
proses demokrasi iaitu melalui pilihan raya, sebab itulah perhimpunan
ini diadakan, untuk menuntut perjalanan pilihan raya yang bersih,”
jelasnya.
Tambah Seng Giaw, tindakan pihak berkuasa menyembur air, gas pemedih
mata dan mengenakan kekerasan kepada peserta perhimpunan tempoh hari
juga dilihat sebagai tidak wajar.
“Tindakan itu benar-benar menyusahkan peserta perhimpunan yang hadir pada hari berkenaan untuk menyatakan hasrat mereka.
“Bukan sahaja peserta perhimpunan, malah ada juga pengamal media yang turut mengani tempias tindakan polis,” katanya.SH
1 ulasan:
Amat setuju dengan alasan YB Mahfodz tu. Kalau rakyat mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara demonstrasi dah tentu mereka akan membawa sekurang-kurangnya sebotol cuka getah atau seketul batu dan lastik getah untuk melawan keganasan Polis dan sudah tentu ribuan anggota Polis yang tidak dikenali muka mereka oleh keluarga kerana melecur teruk dan lebam-lebam setengah mati dek penangan lastik getah. Dan tentunya mereka tidak akan ke Dataran Merdeka, sebaliknya ke Putrajaya atau ke rumah Wan Ahmad dan Abd Aziz (SPR) untuk melontar cuka getah ke muka mereka dan keluarga sebagai membalas dendam pengkhianatan mahluk haramjadah tersebut terhadap rakyat. Tetapi itu tidak berlaku kerana rakyat masih boleh bersabar dengan keganasan Polis sebangsa mereka yang telah ditukarkan dari sifat manusia menjadi sifat anjing buruan oleh UMNO/BN. Tetapi di masa akan datang bolehkah mereka bertahan?
Catat Ulasan