SHAH ALAM 8 APRIL : Khazanah hasil bumi adalah amanah yang seharusnya diuruskan sebaiknya oleh pemerintah dan bukannya disalah guna untuk kepentingan politik sempit serta pemborosan melampau.
Apabila segala khazanah ini jatuh ketangan pemimpin-pemimpin yang sewenang-wenangnya menyalah guna kuasa serta para kroni yang tamak haloba. Akhirnya akan menjuruskan negara ke arah muflis dan berhutang.
Perkara tersebut ditegaskan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai memperingati kepimpinan kerajaan hari ini yang dilihat telah jauh menyimpang daripada tanggungjawabnya kepada rakyat dan negara.
Anwar menambah, Umno-BN sewajarnya menamatkan politik kotor yang diwarisi mereka sejak sekian lama dengan melihat kepada negara jiran Indonesia yang berjaya keluar dari kepompong pemerintah yang menindas rakyatnya.
“Undang-undang republik Indonesia ternyata menarik, dalam perlembagaannya menyatakan bahawa air dan segala hasil bumi adalah amanah milik rakyat,”
“Sebab itu saya berani katakan sekirannya Pakatan Rakyat menang (PRU-13), dalam tempoh 24 jam harga minyak turun, sebaliknya hujah mereka (Umno-BN), negara akan bankrap,”katanya.
Melihat kepada kematangan dan kebangkitan rakyat hari ini untuk menilai politik yang disajikan oleh kerajaan sedia ada, Anwar menyeru rakyat untuk bersama-sama Pakatan Rakyat, berganjak keluar daripada peta politik yang terhad dan terbatas dengan menumbangkan Umno-BN menerusi pilihanraya yang bakal diadakan tidak lama lagi.
“Kita perlu robohkan institusi dan sistem yang memporak perandakan negara.“Tujuan kita untuk robohkan kerajaan hari ini bukan untuk ubah suai sedikit sebanyak sistem sedia ada, setelah 54 tahun sistem itu menapak di negara kita, kita mahu robohkannya dan bina yang baru untuk membuktikan keupayaan kita memuliakan semua rakyat,”jelas Anwar dalam ucapannya pada majlis penutup Munajat Perdana-Pertahankan Selangor sempena Sambutan 25 Tahun PAS di sini semalam.
Bercakap dihadapan hampir 10 ribu hadirin, Anwar menambah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak terlalu lewat untuk menamatkan undang-undang zalim terhadap rakyat.
Menurut Anwar, kepimpinan Umno-BN yang mengutamakan kroni dan kepentingan poket ahli politik semata-mata tanpa mempedulikan nasib rakyat bawahan adalah peringatan yang jelas kepada mereka (Umno-BN) untuk menjangkakan keputusan rakyat dalam pilihanraya akan datang.
“Saya nak bagi nasihat juga kepada kawan-kawan dan juga bekas kawan-kawan bahawa kita perlu terlepas (bebas) daripada politik sempit yang rendah ini,”ujarnya.TVS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan