PULAU PINANG, 14 Mac: Datuk Seri Sharizat Abdul
Jalil dicabar meletakkan kedua-dua jawatanya serentak bukan hanya dalam
kerajaan sahaja sekaligus bertanding di mana-mana parlimen di Pulau
Pinang bagi mengukur pengaruhnya masih diterima atau tidak.
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak ketika
sidang medianya pagi tadi menegaskan, bagi KMPP jika Shahrizat menang
sebagai ahli Parlimen bermakna beliau masih kuat.
"Sharizat kena lepas kedua dua jawatan penting itu bagi menampakan slogan melalui teladan," jelasnya pada media.
Sebagai NGO Melayu di Pulau Pinang sambungnya, perasaan malu terus
terpalit kerana kenyataan Shahrizat kononnya peletakan jawatannya demi
parti dan kerajaan.
Katanya, peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan
Masyarakat pada hakikatnya bukan peletakan jawatan sebagai menteri
sebaliknya tamat tempoh sebagai Senator pada 8 April depan.
KMPP, tambahnya mendapati cara Shahrizat bertindak umpama melepaskan
batuk di tangga dan sekiranya masih berada di kerusi tertinggi Wanita
Umno 'gred liabiliti' terhadap Umno akan bertambah.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan