KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai anggota Kabinet
apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir 8 April ini.
"Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri," kata beliau kira-kira 4 petang tadi.Khidmat anggota Dewan Negara adalah selama tiga tahun dan boleh disambung satu penggal lagi.
Beliau dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 9 April 2009 selepas
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri dan
seterusnya anggota Kabinet. Beliau gagal mempertahankan kerusi Lembah
Pantai dalam pilihan raya umum 2008.
Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno yang
dimenangi tiga tahun lalu. Beliau juga merupakan Ketua Wanita Barisan
Nasional (BN).Katanya, beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Najib dalam waktu terdekat.
Beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC)."Saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada Najib
dan timbalan beliau dan rakan-rakan jemaah menteri, kerana telah
mendapat kerjasama begitu baik.
"Selama 10 tahun menjalankan tugas sebagai menteri, saya sempat membawa
beberapa perubahan," kata beliau pada Majlis Karisma Keluarga: Jalinan
Kasih 2012 di Desa Water Park di sini petang, yang turut mendapat
liputan lebih 60 wartawan dan jurugambar yang telah menunggu beliau
sejak dari jam 1 tengah hari tadi.
Semalam, Najib berkata, beliau akan mengumumkan tentang kedudukan Shahrizat sebagai menteri pada waktu yang sesuai.Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno sebelum itu tidak
menafikan desas desus yang mengatakan Ketua Pergerakan Wanita Umno itu
akan meletakkan jawatan.
"Pelbagai khabar angin... kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian," katanya.Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National
Feedlot Corporation, yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh
Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging Pusat Fidlot Nasional di
Gemas, Negeri Sembilan.
Beberapa individu sebelum ini termasuk bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri
Rafidah Aziz meminta Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan ia
menjadi bebanan kepada parti.Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menasihatkan Shahrizat agar "jangan sayang kepada jawatan."SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan