KOTA BARU: Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk
Zaid Ibrahim mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen
Kota Baharu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).Keputusan itu dibuat berdasarkan kebolehan serta peluang yang baik
untuk membersihkan namanya dalam dunia politik dan bukan untuk
memecahkan undi mana-mana parti yang bertanding, katanya kepada
pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Kita di Kubang
Kerian, di sini, malam tadi.
Pada pilihan raya umum 2004, Zaid yang juga bekas Anggota Parlimen
Kota Baru memenangi kerusi Parlimen itu atas tiket Barisan Nasional
(BN) dengan mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Mahmood
Nik Hassan dengan majoriti 1,723 undi.
Zaid mendakwa banyak orang buat pelbagai tuduhan terhadapnya, dan
“saya rasa peluang PRU ini orang Kota Baharu tentukan (sama ada saya
ini) boleh pakai atau tidak pakai.”
Zaid berkata, beliau juga lebih selesa untuk tidak bertanding atas
mana-mana tiket parti politik yang lebih berpengaruh dan yakin dengan
kemampuan yang dimilikinya.
`Sayalah Presiden’
`Sayalah Presiden’
“Saya bertanding atas diri saya. Tapi kalau ada orang nak beri
ruang, kalau ada untungnya, baguslah. Itu bukan keputusan saya dan
buat masa ini saya selesa bertanding atas diri saya,” katanya.
Menyentuh mengenai parti Kita, Zaid berkata, beliau masih lagi
presiden parti yang sah, dan dakwaan bekas Pengerusi Parti Kita Kedah,
Zamil Ibrahim, bahawa beliau telah dipecat adalah tidak benar.
“Sebenarnya, tak ada apa pun. Mereka ini bila kena pecat, dia
merungut. Kita sudah bagi amaran, tapi dia buat juga. Kalau kamu nak
percaya Zamil, kamu tulislah dia Presiden Kita. (Tapi) kalau kamu
tengok daftar pertubuhan, sayalah (presiden),” katanya.
Zaid yang dipecat dari Umno pada Disember 2008 ekoran beberapa
tindakannya termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang telah
menyertai PKR pada Jun 2009, dan pada pada pilihan raya kecil kerusi
Parlimen Hulu Selangor 25 April 2010, beliau bertanding atas tiket PKR
untuk merebut kerusi itu.
Bagaimanapun, beliau dikalahkan calon BN P Kamalanathan dengan majoriti 1,725 undi.Zaid kemudian meninggalkan PKR dan menubuhkan parti Kita pada Disember 2010.
- Bernama
Ulasan Pimpinan Pas Kelantan Sebelum Ini :
KOTA BHARU - Pas Kelantan menolak desas-desus yang mengaitkan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim mahu bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Bagaimanapun, menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, setakat ini pihaknya tidak dimaklumkan sebarang perbincangan sedang diadakan bersama Zaid sama ada di peringkat Pusat mahukan negeri.
“Kita tidak dapat maklumat sebarang perbincangan dibuat, namun bagi saya agak mustahil (untuk bertanding atas tiket Pas) kerana kita tidak menerima cara dia berpolitik, lompat sana-sani,” katanya kepada pemberita selepas hadir di pelancaran Bulan Dakwah di Kompleks Balai Islam Lundang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan