KUALA LUMPUR, 31 Mac — Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub telah
mengesahkan akan kembali ke Johor, menyertai rancangan Pakatan Rakyat
(PR) Johor untuk mengambil alih negeri berkenaan dalam pilihan raya akan
datang.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian ketika majlis makan
malam bersama media malam tadi di Skudai, Johor, namun enggan mengulas
sama ada beliau akan menjadi menteri besar sekiranya pakatan pembangkang
itu menawan Johor dalam pilihan raya akan datang.
“Siapa yang akan jadi menteri besar itu perlu ditentukan oleh
kepimpinan PR dan bukan masanya untuk kita berbincang mengenai perkara
itu sekarang,” katanya.
Pada 6 Febuari lalu, The Malaysian Insider telah melaporkan barisan kepimpinan PR telah mengadakan satu “perbincangan serius” dengan Salahuddin (gambar) untuk kekal di negerinya yang mempunyai kekurangan calon berwibawa untuk mengisi jawatan menteri besar.
Pembangkang di Johor menjangkakan akan memperoleh kemenangan besar
dalam pilihan raya akan datang dengan peningkatan sokongan masyarakat
Cina, namun kekurangan calon berkelayakan untuk menjawat jawatan menteri
besar telah menerima tekanan dari Umno yang mengatakan PR akan menjadi
“kerajaan Cina.”
The Malaysian Insider difahamkan anak kelahiran Pontian ini telah mengadakan perbincangan tertutup dengan PR Johor.
Bekas Ketua Pemuda PAS ini semalam turut berkata, “Pulai, Tanjung
Piai, atau Batu Pahat adalah kawasan yang menarik untuk bertanding,” dan
menambah cadangan itu telah pun dipersetujui oleh PAS Johor dan
Kelantan termasuk persetujuan daripada kepimpinan pusat.
Namun demikian, menurut satu sumber kepada The Malaysian Insider,
“kerusi untuk beliau telah pun diputuskan. Beliau mungkin akan
bertanding untuk kerusi Parlimen dan juga negeri, tapi keutamaan kami
adalah untuk beliau menjadi Adun.”
Difahamkan bahawa Sembrong, kerusi berhampiran dengan Kluang
mempunyai kira-kira 40 peratus pengundi Cina turut dikatakan kawasan
yang sesuai untuk Salahuddin.
Khabar angin mengatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin
Hussein mungkin berpindah ke Kota Tinggi, kerusi selamat yang akan
dikosongkan Tan Sri Syed Hamid Albar, yang digugurkan daripada Kabinet
Datuk Seri Najib Razak apabila menjadi perdana menteri pada 2009.
Ketua DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau memberitahu The Malaysian Insider November lalu bahawa beliau telah menjemput Salahuddin untuk kembali ke negeri berkenaan.
“Saya telah menjemput Salahuddin untuk bertanding di sini kerana kami perlukan pemimpin tempatan,” kata Adun Skudai ini.
Salahuddin telah menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian di Kelantan
selama dua penggal dan PAS membenarkan calon daripada negeri lain untuk
bertanding di kawasan mereka sejak dua pilihan raya lepas.
Gelombang kemarahan yang melalui kawasan Semenanjung Malaysia ketika
Pilihan Raya Umum 2008 menyaksikan Johor terselamat apabila PR hanya
memenangi satu kerusi Parlimen dan enam kerusi negeri daripada 26 dan
56.
Namun Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dilihat telah
turun padang sejak Oktober lalu terutamanya di kerusi yang mempunyai
hamper 40 peratus majoriti Cina berubah kepada PR.
“Beliau telah turun padang di setiap kerusi yang mana pembangkang
jangka mereka boleh menang,” kata pegawai atasan di Pejabat Menteri
Besar kepada The Malaysian Insider.
Pemimpin pembangkang di negeri berkenaan menganggarkan mereka
memperolehi 55 peratus undi Cina pada pilihan raya lalu tetapi kaji
selidik Zentrum Future Studies mendapati sokongan daripada komuniti itu
meningkat kepada 90 peratus.
“Kami sedang menyaksikan revolusi senyap Tionghua,” katanya kepada The Malaysian Insider,
berkata masyarakat Cina dianngarkan 68 peratus menerima PR di Johor
sejak pilihan raya 2008 dan meningkat kepada 79 peratus pada 2010.
PKR telah mengadakan kongres nasionalnya di Johor penghujung November
tahun lalu dan mendakwa mereka sudah bersedia untuk menawan Johor.
Analisis mendapati peralihan sedemikian di kawasan BN mampu untuk
mereka menguasai seluruh negara dan menambah 30 kerusi Parlimen untuk
menawan Putrajaya.
Namun pakatan pembangkang telah memberi amaran dengan mengatakan
peluang mereka di Johor akan menyebabkan serangan Umno ekoran menjadi
“kerajaan Cina.”
Timbalan Presiden PKR dan Pengarah Pilihan Raya Azmin Ali berkata kepada The Malaysian Insider baru-baru ini bahawa parti tersebut “menerima rancangan Salahuddin untuk bertanding di Johor.”TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan