KUALA LUMPUR, 19 Mac: Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) mengisytiharkan keluar Umno hari ini.
“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong
Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai
hari ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari
ini.
Dalam kenyataan itu, beliau memaklum mula menjadi ahli Umno dan
memegang jawatan dalam parti itu sejak tahun 1956 sehingga sekarang
iaitu selama 56 tahun.
Beliau pernah menjadi Exco Pemuda Umno selama 10 tahun dan Ahli
Majlis Tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain
seperti Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah dan sebagainya.
“Saya juga menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30
tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri
dan Menteri.
“Pada minggu sudah saya telah meletakkan jawatan selaku Bendahari
Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, jawatan yang akhir dalam Umno yang
saya menjawat,” ujarnya.
Tindakan beliau mengkritik kepimpinan Umno dan kerajaan hari ini
telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin utama parti
itu.
Kritikan beliau selaku Timbalan Presiden Amanah terhadap Umno
termasuk mendedahkan pembelian undi semasa pilihan raya umum jelas
menimbulkan kemarahan beberapa pemimpin utama Umno.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan