KOTA BHARU - Pas Kelantan mencabar Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengemukakan bukti siapa parasit sebenar yang dimaksudkan wujud dalam kepimpinan parti tersebut di peringkat negeri itu.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, bekas pemimpin Pas Selangor ituperlu berhenti membuat sebarang tuduhan sekiranya tidak mempunyai bukti kukuh.
“Jangan buat tuduhan melulu, saya pun orang yang dekat dengan (Mursyidul Am Pas, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), jika betul ada,sepatutnya dia buktikan kepada pimpinan Pas.
“Apa niat dia (Hasan) yang sebenarnya sehingga sanggup mendedahkan perkara ini secara terbuka menerusi media dan tiada bukti,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan semasa ditemu ramah dalam program bual bicara menyatakan dalam Pas Kelantan wujud parasit, yang dekat dengan Nik Aziz.
Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, tindakan Hasan yang mendedahkan perkara itu secara terbuka seolah-olah menunjukkan dirinya seperti menyebelahi pihak Umno.
“Dia bukan ahli Pas lagi, tetapi sekiranya dia jujur dan mahu menjaga Pas, tidak perlulah terus membuat tuduhan seperti ini,” katanya.SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan