Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 22 Februari 2012

Israel : Dewan Ulama Pas akan teliti penjelasan Anwar

SHAH ALAM – Dewan Ulama Pas akan meneliti penjelasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataan kontroversi berkenaan kepentingan Israel, yang disiarkan oleh Wall Street Journal bulan lalu.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, pihaknya belum mendapat maklumat mengenai perbincangan yang dijalankan dan akan membuat kenyataan sebaik sahaja mengetahui secara terperinci penjelasan Anwar.

“Saya belum dapat maklumat lagi mengenai perbincangan Anwar dan Nik Aziz. Saya juga tidak tahu apa yang mereka bincang. Insya-Allah, setelah dapat keterangan mengenai apa yang Anwar cakap itu, saya akan beri ulasan.

“Saya akan teliti dahulu apa yang dikatakan anwar kepada Nik Aziz,” katanya kepada Sinar Harian.

Anwar bertemu dengan Nik Abdul Aziz bagi menjelaskan pendiriannya di ibu negara, pagi semalam. Pertemuan itu berlangsung selama sejam.

Dalam reaksi awal, Anwar berkata, Nik Abdul Aziz menerima penjelasan beliau manakala Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun mesej dipaparkan pada laman sosial Facebooknya semalam, Nik Abdul Aziz juga berkata, Pas masih berpegang dengan pendirian asal tidak sama sekali akan mengiktiraf hak Israel.

Dalam kenyataan dikeluarkan 1 Februari lalu, Dewan Ulama Pas tidak bersetuju dengan kenyataan Anwar yang didakwa dilaporkan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel.

Harun berkata, isu keselamatan Israel tidak sepatutnya ditimbulkan kerana menjadi keutamaan untuk mengembalikan hak dan kepentingan rakyat Palestin.

Katanya, rakyat Palestin telah lama tertindas di tanah air sendiri dan disebabkan keadaan itu, setiap rakyat negara ini perlu menyokong penuh perjuangan mereka.

“Saya tidak bersetuju dengan dia (Anwar) kerana mendahulukan soal keselamatan Israel. Isunya sekarang ialah penderitaan rakyat Palestin. Jika dia (Anwar) mendahulukan soal Palestin pasti saya bersetuju.

“Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, kita wajib menyokongnya dengan harapan rakyat Palestin akhirnya dapat hidup di tanah air mereka sendiri dengan aman,” katanya.SH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inilah pas, kalau umno kejap je kecam. tapi kalau anwar, macam macam alasan kasi. nyatakan pendirian je? macam pondan je. pondan pun pandai melawan
ni macam terdesak sangat nak ke putrajaya ni. habis semua perjuangan tercicir.


UMNO perjuang Islam

Tanpa Nama berkata...

Woi UMNO perjuang Islam! ko menyebuk dekat sini kenapa? pegilah jaga lembu. jangan buat bising dekat sini boleh tak!
dwn ulama pas kene lah teliti dulu. mana tau WSJ pusing cakap anwar sebab bekerjasama dengan umno ke. ataupun umno suruh WSJ tulis bende lain ke. apa apapun, semuanya salah umno.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....