Oleh : Ahmad Lutfi Othman
Berbanding negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Kedah dilihat
tidak begitu diserang media Umno-BN. Tentulah ia bukan disebabkan
kerajaan negeri yang diterajui PAS itu akan diberi laluan mudah untuk
melanjutkan tempoh penggal pertama pemerintahannya. Seperti Selangor,
Pulau Pinang dan Kelantan, BN tetap mengidam untuk menawan semula negeri
Jelapang Padi itu.
Sewaktu Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor diserang bertubi-tubi dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang dilanyak habis-habisan, khususnya oleh Utusan Malaysia dan TV3, Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak di Kedah agak selesa menarik nafas lega. Namun ia tidak bermakna Umno membiarkan negeri yang pernah menyumbangkan dua perdana menteri itu terlepas begitu sahaja.
Ketika kerajaan negeri Perak ditumbangkan melalui pakatan jahat yang dirancang Najib Razak -- tidak sampai setahun selepas memegang amanah rakyat -- Kedah turut dilihat goyah. Usaha membeli wakil rakyat tertentu rancak dijalankan. Pakatan Rakyat memiliki 22 kerusi, dengan PAS menguasai 16, BN (14), DAP (1) dan KeADILan lima wakil (termasuk seorang Adun Bebas yang kemudiannya menyertai parti itu).
Kiraan mudahnya, jika lima Adun Pakatan dapat "dibeli", sepertimana berlaku kepada tiga Adun di Perak, kerajaan negeri pimpinan Ustaz Azizan akan tumbang. Alhamdulillah, situasi genting itu berjaya dilalui dengan baik sekali. Meskipun KeADILan terlepas dua Adunnya (dan dua ahli Parlimennya mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas), hasrat BN untuk merebut Kedah dapat dipatahkan. Kini semua Adun KeADILan merupakan anggota Exco kerajaan negeri!
Sebenarnya asas kekuatan pengaruh PAS di Kedah -- terutama selepas pilihan raya umum 1969 yang menyaksikan ramai tokoh utama Umno negeri itu kalah mengejutkan, seperti Dr Mahathir Mohamad dan Senu Abd Rahman -- hampir seimbang dengan Umno. Meskipun ada ketikanya PAS hanya mempunyai seorang wakil dalam sidang Dun dan langsung tidak mempunyai ahli Parlimen dalam tempoh yang agak lama, namun secara puratanya sokongan pengundi Melayu tidak merosot.
Sewaktu Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor diserang bertubi-tubi dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang dilanyak habis-habisan, khususnya oleh Utusan Malaysia dan TV3, Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak di Kedah agak selesa menarik nafas lega. Namun ia tidak bermakna Umno membiarkan negeri yang pernah menyumbangkan dua perdana menteri itu terlepas begitu sahaja.
Ketika kerajaan negeri Perak ditumbangkan melalui pakatan jahat yang dirancang Najib Razak -- tidak sampai setahun selepas memegang amanah rakyat -- Kedah turut dilihat goyah. Usaha membeli wakil rakyat tertentu rancak dijalankan. Pakatan Rakyat memiliki 22 kerusi, dengan PAS menguasai 16, BN (14), DAP (1) dan KeADILan lima wakil (termasuk seorang Adun Bebas yang kemudiannya menyertai parti itu).
Kiraan mudahnya, jika lima Adun Pakatan dapat "dibeli", sepertimana berlaku kepada tiga Adun di Perak, kerajaan negeri pimpinan Ustaz Azizan akan tumbang. Alhamdulillah, situasi genting itu berjaya dilalui dengan baik sekali. Meskipun KeADILan terlepas dua Adunnya (dan dua ahli Parlimennya mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas), hasrat BN untuk merebut Kedah dapat dipatahkan. Kini semua Adun KeADILan merupakan anggota Exco kerajaan negeri!
Sebenarnya asas kekuatan pengaruh PAS di Kedah -- terutama selepas pilihan raya umum 1969 yang menyaksikan ramai tokoh utama Umno negeri itu kalah mengejutkan, seperti Dr Mahathir Mohamad dan Senu Abd Rahman -- hampir seimbang dengan Umno. Meskipun ada ketikanya PAS hanya mempunyai seorang wakil dalam sidang Dun dan langsung tidak mempunyai ahli Parlimen dalam tempoh yang agak lama, namun secara puratanya sokongan pengundi Melayu tidak merosot.
Faktor
kemenangan BN lebih ditentukan oleh sokongan pengundi Cina dan India,
yang mewakili hampir 30 peratus penduduk Kedah. Semasa era reformasi,
yang dizahirkan secara terbuka dalam pilihan raya umum November 1999,
lonjakan pengundi Melayu menyokong PAS begitu terasa di Kedah. Hasilnya,
Parti Islam itu menang 12 kerusi Dun dan lapan Parlimen; semuanya di
kawasan majoriti Melayu. Hanya di Kubang Pasu dan Langkawi, pengundi
Melayu masih dilihat terikat dengan Umno, mungkin disebabkan faktor
Mahathir.
Melalui proses persempadanan semula kawasan pilihan
raya pada 2002, sebagai persiapan Umno untuk mengalahkan PAS dalam
PRU11, kaedah gerrymandering diguna pakai secara menjolok mata di Kedah.
Formula mudahnya, tambahkan jumlah pengundi bukan Melayu di kawasan
Parlimen yang dimenangi PAS. Pengundi Cina, India dan juga Siam dianggap
penyelamat BN pada 1999, serta diandaikan akan terus menyokong parti
berkenaan dalam pilihan raya berikutnya.
Kerusi Parlimen Pokok
Sena (yang diwakili Mahfuz Omar), Baling (Ustaz Taib Azamuddin), Kuala
Kedah (Mohamad Sabu) dan Yan (Ustaz Nasharuddin Mat Isa) menjadi tumpuan
perancangan licik Umno, yang menguasai sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR). Kerusi Dun yang menawarkan jumlah pengundi bukan Melayu agak
ramai dimasukkan dalam kawasan Parlimen terbabit, misalnya Gurun di Yan
(bertukar nama kepada Jerai) dan Kuala Ketil di Baling.
Terbukti
perancangan Umno-SPR itu mencapai target apabila pada 2004,
keempat-empat kerusi Parlimen itu berjaya direbut kembali BN.
Bagaimanapun,
tanpa perlu menunggu lama, pada 2008, strategi itu memakan diri. Kerusi
Dun di sebelah selatan Kedah, yang agak ramai pengundi bukan Melayunya
itu, diisytiharkan lebih awal, tumbang satu demi satu.
Mungkin
menyedari hakikat kemenangan PAS dan Pakatan di Kedah "agak rapuh" atau
beliau sendiri suka memilih pendekatan "low profile", Ustaz Azizan
mempunyai kaedah tersendiri dalam mengemudi bahtera kerajaan negeri.
Beliau lebih gemar menjauhi pertembungan dan konflik terutama apabila
berdepan kerajaan pusat.
Malah hubungan baiknya dengan bekas
pemimpin tertinggi Umno, Dr Mahathir, mengundang pelbagai tafsiran,
terutama di kalangan aktivis PAS. Di kala bekas Perdana Menteri itu
tersisih dalam partinya sendiri, termasuk di negeri kelahirannya, Kedah,
bagi pemerhati politik, Ustaz Azizan bijak memanfaatkan ruang dan
peluang.
Susulan itu, agak sukar untuk media mendapatkan komentar
Dr Mahathir yang agak negatif kepada pentadbiran Ustaz Azizan di Kedah.
Bukan itu sahaja, Ustaz Azizan juga dikatakan tidak menjadikan zaman
pemerintahan BN sebelum itu sebagai sasaran kritikannya. Bekas Menteri
Besar, Dato' Seri Mahdzir Khalid, kini Ketua Pembangkang di Dun, juga
"terselamat".
"Umno menunggu tindakan provokatif Ustaz Azizan
sebaik menjadi menteri besar, tetapi impian itu tidak kesampaian," kata
seorang penganalisis politik semasa, yang dahulunya pernah aktif dalam
Pemuda Umno.
"Dia pandai mengatur rentak dan membaca situasi di
bawah. Umno gagal mengeksploitasi tindakan pembaharuan yang digerakkan
kerajaan PAS di Kedah. Ternyata Ustaz Azizan cukup berhati-hati,"
tambahnya, sambil menyifatkan kemungkinan ahli PAS sendiri yang tidak
berpuas hati dengan Ustaz Azizan.
"Mengapa pula?" tanya saya.
"Yalah
... kalau orang PAS mengharapkan pembaharuan Islamik di Kedah sama
seperti perubahan awal di Kelantan dan Terengganu semasa PAS mula
memerintah dahulu, tentu mereka akan kecewa. Ustaz Azizan mungkin
popular di kalangan rakyat tetapi akan ditafsirkan daripada pelbagai
perspektif oleh rakan-rakannya sendiri," ujar rakan saya itu, yang juga
seorang blogger.
"Percayalah cakap saya, Umno Kedah tidak akan
berjumpa satu isu besar dan kontroversi, yang boleh menggugat dengan
mudah kedudukan PAS di Kedah. Lihat saja, dulu dimainkan isu balak,
kemudian hilang begitu saja. Sekarang, isu perobohan Madrasah Salihiah,
di Kanchut ... lagi mudah dipatahkan dan akhirnya akan menikam Umno
balik," tambahnya.
"Hang balik tengok sendirilah, Lutfi. Pelik
juga bila Catatan Hujung jarang sentuh perkembangan di Kedah," katanya.
Beliau, yang juga anak Kedah seperti saya, menjangkakan isu personaliti
calon dan kualiti servis wakil rakyat akan menjadi penentu dalam PRU13.
Saya
akui, memang kolum saya tidak pernah menyinggung isu-isu Kedah dari
dekat. Semasa malam kemenangan, 8 Mac 2008, saya turut meraikannya di
Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut. Bagaimanapun, saya hanya sempat
sekali mengadakan wawancara khas dengan Ustaz Azizan, hampir empat tahun
lalu, pada malam 17 Mei 2008, di rumahnya, di Jalan Sultanah, Alor
Setar.
Dalam pertemuan itu, saya cuba menimbulkan beberapa
persoalan yang berlegar dalam pemikiran ahli-ahli PAS termasuk berkaitan
soal perubahan yang nampak begitu perlahan berjalan di Kedah.
Mengenali
wataknya semasa menjadi Pengarah Urusan Harakah dahulu, saya jangkakan
Ustaz Azizan akan bingkas menyanggah, tetapi dengan tenang, beliau
memberi respons: "Saya lihat begini, ia berkaitan budaya orang Kedah.
Budaya yang cukup terbuka, suka bergurau, suka berkawan. Malah ini juga
yang berkembang dalam Dun, di antara wakil Umno dan PAS.
"Masa
kita jadi pembangkang pun kita baik dengan Umno, Umno juga baik dengan
kita. Sekarang kita jadi kerajaan pun kita baik dengan mereka. Saya tak
suka kita buat sesuatu yang mengejutkan, biar rakyat menerima realiti
ini sebagai satu proses demokrasi. Dalam Islam pun ada, misalnya saya
baca buku tentang Fiqh Aulawiyat.
"Saya juga tekankan soal
akhlak Islam. Kita tidak ada balas dendam dan akhirnya nescaya kita akan
dapat simpati dan sokongan masyarakat. Umno yang lama berkuasa tentu
sedih, tapi janganlah dalam kesedihan mereka itu kita tambahkan lagi
pedihnya. Kalau perlu kita juga bekerjasama dengan mereka. Saya tahu
mereka juga ada yang berpendidikan tinggi dan bersikap terbuka.
"Dulu
mereka rasa PAS tak boleh memerintah, sekarang okey, boleh memerintah
dengan baik, malah semua pihak lebih senang bekerja. Saya sendiri beri
kebebasan kepada pegawai ... Perlembagaan menjamin hak bersuara, hak
berpolitik, hak berfikiran."
Keuzuran membataskan saya untuk
turun meninjau situasi akar umbi di Kedah. Namun, apabila seorang teman
lama, sarjana sains politik terkemuka, membuat penyelidikan tentang
perkembangan siasah di sebuah daerah di Kedah, dan melahirkan
keyakinannya tentang kemampuan PAS mempertahankan kemenangan, saya
teruja untuk melihat sendiri rencah peristiwa menarik di sana.
"PAS
perlu cermat memilih calon. Ada wakil rakyat PAS yang tidak peduli
masalah masyarakat bawahan. Rakyat marah, kalau calon itu juga
bertanding, saya boleh bagi kepastian, PAS akan hilang kerusi," katanya
melalui telefon.
Semasa minum limau panas berdekatan Pekan Rabu,
jam 2 pagi, 22 Januari lalu, seorang rakan yang pernah belajar bersama
saya 30 tahun lalu di Sekolah Teknik Alor Setar, turut mengemukakan isu
sama: "Jangan pandang remeh isu-isu longkang tersumbat, jalan tak
berturap, sampah bersepah hatta tempoh pendek lampu isyarat hijau.
Semuanya boleh beri kesan kepada persepsi pengundi."
Beliau
mahukan pentadbiran kerajaan PAS dilihat cekap dan pantas bertindak
menangani isu-isu rakyat. "Biar bandar-bandar di negeri-negeri Pakatan
lebih bersih dan teratur berbanding negeri BN. Sikap antirasuah pemimpin
PAS saya sanjung tinggi, tapi kadang-kadang rakyat awam tidak nampak
atau tidak merasai kesannya dalam jangka pendek. Mereka mahu Adun atau
Ahli Parlimen yang mesra rakyat, ambil berat masalah orang ramai dan
tidak sombong," katanya.
Rakan saya itu turut membawa seorang
kawannya, yang banyak bercerita tentang Madrasah Salihiah. Kebetulan dia
pernah tinggal berdekatan surau yang kini menjadi pejabat syarikat
insuran.
"Dulu saya selalu main dekat kawasan tapak Kompleks
Tunku Yaakob, yang terbengkalai lebih 30 tahun lalu itu. Sekarang dah
tak ada orang Islam di kawasan itu, ramai yang berpindah. Surau yang ada
pun hanyalah bilik solat di pejabat insuran. Satu waktu dulu orang yang
gunakan stesen bas di Kanchut ada juga solat di situ, bila bas pindah
ke Shahab Perdana, tak ada jemaah lagi. Lagipun, Masjid Zahir pun
dekat," ceritanya lancar.
Esoknya, saya "menziarahi" surau
kontroversi itu, tidak jauh dari hotel penginapan. Segera saya faham
mengapa isu ini tidak akan dapat dimanfaatkan -- walaupun sedikit --
oleh Umno Kedah. "Patutlah orang PAS Kedah dan Ustaz Azizan macam tak
risau aja dengan isu surau ini," saya berkata kepada Azamin Amin,
wartawan Harakah Kedah. "Sesiapa yang lihat sendiri madrasah ini dan
kawasan sekitarnya akan segera faham manipulasi Umno Kedah," tambah
saya.
"Siap ... kita pergi rumah Ustaz, pukul 8 pagi," panggilan
Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid mengejutkan saya. Beliau
merujuk rumah Ustaz Azizan di Markas PAS Jerai.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan