Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 31 Januari 2012

PAS bukan parti pecat orang

KUALA LUMPUR, 31 Jan - PAS menolak tanggapan dan spekulasi tentang kemungkinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan turut dipecat, sebagaimana nasib Hasan Ali, berikutan keengganan beliau campur tangan dalam isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan PAS bukanlah satu parti yang akan memecat ahli sewenang-wenangnya, lagipun isu melibatkan Azizan dan Hasan jauh berbeza.

"PAS bukan satu parti yang mengamalkan budaya suka memecat ahli dan pemimpinnya. Itu mainan politik media arus perdana kerajaan, yang hanya melihat siri pemecatan dari PAS. Jadi, tidak mengamalkan budaya pecat orang, bukan menjadi amalan dan budaya suka pecat orang atau mengambil tindakan disiplin ke atas seseorang.

"Ia hanya dibuat pada waktu-waktu dan ketika yang cukup kritikal. Jadi saya rasa ini hanya mainan media untuk menggambarkan perkara-perkara negatif mengenai PAS," katanya dipetik Sinar Online.Tambah Ahli Parlimen Kubang Kerian ini lagi, isu Azizan hanyalah menyentuh berkenaan teknikal, berkenaan pelaksanaan AUKU di KUIN, manakala Hasan Ali melibatkan penentangan dasar parti secara terbuka.

"Isu Hasan Ali melibatkan penentangan beliau terhadap parti dan dasar parti, dan menggunakan media musuh untuk menyerang parti. Jadi, saya rasa ia harus dibezakan."Datuk Azizan isu teknikal sahaja. Kita harus melihat dari perspektif yang berbeza daripada isu Datuk Hasan Ali," katanya lagi.

Laporan The Malaysian Insider semalam menyebut, Umno Kedah mempertahankan tindakan Azizan yang enggan tunduk terhadap desakan PR yang mendesak supaya Menteri Besar itu campur tangan dalam isu "KUIN lima."
Tegas Pengerusi Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, tindakan Azizan enggan campur tangan dalam urusan pentadbiran KUIN adalah tepat sambil menambah AUKU masih lagi releven digunakan walaupun Pakatan Rakyat dan kumpulan mahasiswa mahu ia dimansuhkan.

Beliau menambah, Azizan mempunyai kuasa untuk melaksanakan AUKU di Kedah dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan pemimpin pembangkang.
Pada Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti berkenaan dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati bersalah terlibat dalam demonstrasi bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang dibuat di kediaman Ar-Razi, KUIN.
Mereka membantah pembinaan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.Pelajar-pelajar yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu. Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.Selain mendapat kecaman dari kumpulan mahasiswa, Azizan turut dikritik pemimpin Pakatan Rakyat kerana masih melaksanakan AUKU walaupun pembangkang mahu memansuhkannya seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.

Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari pula mencadangkan agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan.Tambah Ahmad Bashah, percanggahan pendapat dalam isu AUKU itu membuktikan Pakatan Rakyat tidak sepakat seperti yang dinyatakan.

Ahmad Bashah juga tidak menolak kemungkinan Azizan bakal mengikuti jejak bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali yang dipecat keanggotaan awal bulan ini kerana bertentangan dengan dasar parti.

Bagaimanapun, Azizan semalam berkata, lima pelajar KUIN yang dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian adalah berdasarkan peruntukan Akta IPTS 1996, bukannya AUKU, seperti yang didakwa kebanyakan pihak.

Sehubungan itu, pengerusi KUIN ini menasihatkan pihak luar supaya tidak mencampuri isu dalaman kolej universiti tersebut kerana tidak mahu ianya menimbulkan kekeliruan.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....