Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 27 Januari 2012

Anwar Persoal Kenapa Najib Takut Untuk Berdebat

Ribuan hadir mengikuti ceramah Anwar di Sabak Bernam

SABAK BERNAM 27 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak takut untuk menyahut cabaran debat yang beliau lontarkan.

Berucap di hadapan kira-kira 5,000 hadirin di Stadium Mini Sabak Bernam malam tadi, Anwar mengulangi cabaran supaya Najib menerima pelawaan debat berkenaan, demi kepentingan rakyat.“Dia (Najib) patut faham. Sekiranya ada dua pandangan berbeza, maka debat adalah cara terbaik untuk mengemukakan hujah,” tegas Anwar.

“Di mana-mana sahaja di dunia kini, di Turki, Amerika Syarikat, India dan Indonesia menganjurkan debat. Apa yang Najib takut?“Perkara debat ini tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk kepentingan rakyat.“Masalahnya, di hadapan penyokongnya, dia kata Anwar akan ‘demam’ (kalau debat). Tetapi bila diajak berdebat tak berani pula,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

Isu debat tersebut ditimbulkan semula baru-baru ini oleh badan pemikir, Merdeka Center yang menggesa perdana menteri dan ketua pembangkang itu mengadakan debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Anwar sebelum ini mempelawa Najib untuk mengadakan debat berhubung belanjawan negara dan isu berkaitan ekonomi di Malaysia, namun tidak mendapat respon dari Presiden Umno itu.Dalam ucapannya malam tadi, Anwar turut menyentuh kembali dasar ekonomi yang tidak menyebelahi rakyat terbanyak, terutama masyarakat luar bandar, khususnya berkaitan hal kebajikan dan pengagihan kekayaan negara.

“Kalau kita (Pakatan Rakyat) perintah, apa kita lakukan? Panggil tauke IPP (penjana tenaga bebas) dan runding semula harga. Tidak lagi mereka boleh untung besar atas angin dengan kenakan harga yang tinggi pada TNB (Tenaga Nasional Berhad).

“Kemudian (Umno-BN) tindas rakyat kerana bil yang tinggi dikenakan oleh TNB kepada mereka. Ini tidak adil,” tegas Anwar.Mengungkap kata-kata Pendeta Za’ba, Anwar menegaskan masalah masyarakat Melayu berpunca dari pemimpin yang tidak amanah dan rasuah.

“Apa kata Za’ba? Orang Melayu berhadapan dengan masalah kemiskinan harta, ilmu dan akhlak kerana budi pekerti pemimpin Melayu itu sendiri.

“Ini bukan soal Anwar. Kalau soal aib – saya telah lama diaibkan. Enam tahun dipenjara, dipukul dan dimalukan. Apakah kita akan berhenti? Sudah tentu tidak. Kerana hal ini bukan soal Anwar, tetapi soal rakyat,” katanya.

“Sebab itu perubahan mesti dilakukan. Jika rencana mereka mahu penjarakan saya, tidak penting. Saya di luar atau di dalam (penjara), yang penting Pakatan Rakyat mesti menang dan menuju Putrajaya,” tegasnya.KD

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....