Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 6 Julai 2011

Pakatan Rakyat tetap sokong Bersih walaupun Menteri kata haram

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengulangi pendirian menyokong sepenuhnya bperhimpunan Bersih pada 9 Julai ini di Stadium Merdeka walaupun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menyifatkan himpunan itu sebagai haram.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Hishammuddin bersikap keterlaluan apabila mengenepikan semangat rundingan yang dibuat bersama Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan memberi pelbagai alasan agar perhimpunan tidak diadakan di stadium.
Anwar turut membuat gesaan ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar mengambil semangat rundingan bersama Agong supaya tidak mengeruh keadaan lagi.
“Kami Pakatan Rakyat sokong sepenuhnya perhimpunan Bersih di Stadium Merdeka dan kerah 300,000 rakyat untuk berhimpun.
Setelah dengar nasihat Agong masih ada gerombolan KDN (Kementerian Dalam Negeri) yang cuba sabotaj persefahaman yang tercapai.
“Kami kesal dengan kenyataan dan sikap keterlaluan Menteri KDN yang menyimpang dari semangat rundingan dan seolah-olah tidak mempedulikan rundingan dengan Seri Paduka dan mahu semangat itu diketepikan begitu saja.
“Saya turut menggesa PDRM ambil kira semangat ini dan jangan keruhkan keadaan dengan buat tangkapan ke atas ahli Pakatan. Ahli PAS-DAP-PKR ditangkap kerana pakai baju kuning.
“Hari ini saya pakai kuning…..tapi masih belum kena tangkap,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu negara hari ini.

Perhimpunan dapat perkenan Agong

Ketika ditanya pemberita mengenai permit, Anwar berkata pihak perkara itu sudah mendapat perkenan Agong dan pihak polis juga sedia maklum mengenai perhimpunan tersebut.
Menyentuh mengenai insiden terbaru apabila pihak polis menemui beberapa bilah parang dan bom petrol semalam, Anwar berkata Pakatan sentiasa menerima tempias tersebut.
“Kami sudah biasa dengan taktik ini. Tiap kali tuntutan……keris, pisau dikeluarkan. Warna cukup teratur dan warna sama sahaja. Lihat sahaja insiden 1974 dan 1998 ada ejen provokator. Ada yang bakar tayar…..lepas tu salahkan Pakatan,” katanya.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perhimpunan bukan perkara baru di negara ini, namun Bersih menampakkan kelainan.
“Pegawai tinggi PDRM kata ada pertumpuhan darah dan tidak benar perhimpunan yang mencemarkan negara. Tapi lihat seperti di Pulau
Pinang ada kumpulan bawa itik, pukul wartawan. Tapi masih tiada kenyataan daripada pegawai tertinggi polis dan KDN,” katanya.
Mat Sabu yang merupakan Timbalan Pengerusi Bersih menjelaskan perhimpunan hanya akan diadakan di Stadium tanpa sebarang gerakan jalanan seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
Bagi Penasihat DAP Lim Kit Siang, beliau berharap selepas pertemuan dengan PDRM semalam pihak berkuasa terbabit dapat menjalankan tugas dengan baik.
“Harap PDRM dapat menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan dengan baik. Polis sepatutnya menghormati semangat rundingan Agong dan menjaga keamanan perhimpunan pada Sabtu ini,” katanya.FMT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....