Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 23 Disember 2011

Rasuah : Didapati Salah,Khir Toyo Dipenjara Setahun Banglo Dan Tanah Dirampas


SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.

Beliau dihukum setahun penjara mulai hari ini. Mahkamah juga mengarahkan tanah dan banglo Dr Khir dirampas.Dr Khir bagaimanapun mendapatkan arahan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan rampasan harta sehingga rayuannya dikemukakan.Dr Khir dijangka memfailkan rayuan berkenaan.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zaharah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.


25 saksi pendakwaan

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Sepanjang perbicaraan kes itu yang bermula pada 6 Jun lepas, 25 saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan tampil memberi keterangan.

Pada 8 Ogos lepas, Mohtarudin memerintahkan ahli politik itu membela diri atas pertuduhan itu pada keputusan di akhir kes pendakwaan.- Bernama

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Bagaimanapun hukuman terhadap Khir ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan.Aku rasa ramai antara kita sudah dapat mengagak apa keputusannya nanti.

Biasalah Umno ni,ingat tak kes Kasitah Gadam dan Saidin Thamby dulu.Ini sebagai satu peringatan.Yalah melayukan mudah lupa,terutama puak2 sebelah sinun he..he..

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....