KUALA LUMPUR, 8 Dis — Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat dakwat
kekal yang pernah diuji dan diluluskan bagi pilihan raya umum 2008 boleh
digunakan ketika pilihan raya umum ke-13 jika kandungan bahannya masih
sama.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul
Shukor Husin berkata, selagi dakwat itu menggunakan bahan sama seperti
pernah diuji, ia boleh digunakan kerana kandungannya mematuhi syarak dan
tidak menimbulkan sebarang kemudaratan atau masalah kepada umat Islam
melakukan ibadat.
Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar)
berkata penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum kali ini kini
hanya memerlukan kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan dari segi kandungan
dalam bahan tersebut kelak.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Wan Ahmad berkata, seiring
dengan keputusan jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang memutuskan
untuk menggunakannya, dakwat kekal yang akan dibeli akan dikemukakan
kepada majlis itu untuk penilaian dan ujian tentang kandungannya supaya
ia tidak bertentangan dengan Islam.
“Bagaimanapun, jika jenis dakwat yang akan digunakan nanti (pilihan
raya umum ke-13) berbeza dengan dakwat yang sudah diputus dan diuji
sebelum ini (pilihan raya umum ke-12), maka ia perlu dianalisis terlebih
dulu Jabatan Kimia sebelum diserah kepada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia) dan Majlis Fatwa bagi diputuskan sama ada ia boleh digunakan
atau tidak kerana dikhuatiri mengandungi bahan terlarang,” katan Abdul
Shukor dipetik Berita Harian hari ini.
Keputusan penggunaan dakwat kekal diputuskan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen minggu lalu.
Dakwat kekal yang dicadangkan untuk digunakan ketika pilihan raya
umum ke-12 telah diuji dan keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan
pada Ogos 2007 mendapati dakwat itu tidak mengandungi bahan najis
diharamkan syarak, tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan serta
tidak menghalang air sampai ke kulit apabila digunakan.
Uji kaji dijalankan Jabatan Kimia Malaysia juga mendapati dakwat
kekal itu yang mengandungi alkohol etanol juga tidak menimbul masalah
ibadat bagi orang Islam.
Bagaimanapun, dakwat itu dilupuskan menerusi proses pembakaran pada November 2009 berikutan faktor keselamatan dan perundangan.
Difahamkan kerajaan mengimort dakwat hitam bernilai hampir RM2.4 juta
dari India. Negara berkenaan menggunakan dakwat kekal sejak 1951 dan
memperoleh bekalan dari Mysore Paints dan Varnishes Ltd (MPVL), milik
kerajaan negeri Karnataka sejak 1959. Penggunaan dakwat itu dikatakan
cukup berkesan bagi mengelak pengundian berganda.
Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memberi kelulusan untuk digunakan
tetapi penggunaannya telah dibatalkan beberapa hari sebelum hari
pengundian.TMI
ULASAN TINTA HIJAU DKB
Secara peribadi aku tak berapa percaya
dengan kenyataan SPR ni.Yalah masa PRU 12 dulu pun macam ni juga,alih2
3,4 hari menjelang hari mengundi benda ni diaorang batalkan dengan
berbagai alasan yang kita semua tahu.
Lepas bersara bekas Pengerusi SPR keluar
kenyataan,pembatalan penggunaan dakwat kekal atas arahan pemimpin
atasan.Kenapa ye Umno takut sangat dengan penggunaan dakwat kekal ni...
1 ulasan:
Apa lagi SPR..terhegeh2..nak cari alasan apa pulak lepas ni???!!
Catat Ulasan