Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, sewaktu menyampaikan ucapan di Kongres PKR ke-8, di Johor
Bharu, November lalu menyeru supaya gerakan reformasi bagi membebaskan
negara dari cengkaman Umno/BN perlu terus digerakkan walaupun beliau
akan di penjara.
Manakala tarikh 9 Januari tahun depan
akan menjadi satu detik bersejarah yang akan menentukan samaada Ketua
Umum PKR itu ke penjara atau tidak.
Keputusan tersebut bukan sahaja dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia malah turut dinantikan oleh seluruh media antarabangsa.
Dikalangan
media antarabangsa akan melihat isu yang dibabitkan ke atas Anwar
merupakan 'kaedah tradisi'yang dilakukan oleh seluruh pemerintah di
dunia untuk menyingkirkan musuh politik mereka.
Kalau Anwar Dibebas...
Membebaskan
Anwar dari hukuman penjara akan memberikan persepsi bahawa segala
konspirasi untuk menfitnah dan mengaibkan beliau selama ini telah gagal.
Di
mata rakyat pula, pembebasan Anwar akan memperjelaskan lagi bahawa
Anwar tidak bersalah. Di masa yang sama rakyat akan mengutuk pelbagai
'adegan' samaada pertuduhan yang disabitkan dengan Saiful Bukhari Azlan
atau filem prono yang dikaitkan dengan 'skuad' trio Datuk 'T'.
Kesimpulannya,
Pembebasan bukan hanya sekadar kemenangan besar terhadap personaliti
Anwar sahaja malah kepimpinan serta parti yang beliau wakili turut
mendapat kemenangan saikologi.
Atau
dalam lain perkataan, seluruh rakyat akan percaya bahawa segala tindak
tanduk selama ini adalah perancangan yang sengaja di atur oleh
pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk mengenakan Anwar.
Namun
perencanaan tersebut ternyata membenarkan lagi tanggapan rakyat bahawa
rentetan fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh kerajaan pimpinan
Najib.
Maka tokoh yang akan menjadi bahan telunjuk seluruh rakyat adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sebagai
Perdana Menteri dan pemimpin tertinggi negara pula, penolakan rakyat
terhadap beliau merupakan pantang larang yang amat mencarik adat seorang
pemimpin.
Justeru, diatas fakta
inilah juga mungkin Anwar membuat kenyataan bahawa beliau akan di
penjara walau dalam apa situasi kebenaran pun.
Dilema Najib
Najib
paling takut dilebel sebagai pemimpin terakhir dalam pemerintahan yang
lebih 54 tahun diterajui Umno. Ini bukan hanya akan memburukkan
keturunan beliau malah seluruh anggota parti akan menuding jari
meletakkan kesalahan terhadap beliau sekiranya gagal meneruskan
kesinambungan Umno selama ini.
Pengalaman
Tun Abdullah Badawi ekoran prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya Umum
(PRU) 2008 lalu sehingga memaksa beliau melepas jawatan sebagai perdana
menteri mungkin masih segar dalam ingatan Najib.
Justeru mengulangi kesilapan Abdullah tidak ubah seperti memasang jerangkap samar untuk mengorbankan diri sendiri.
Kalau Anwar dipenjara ...
Berdasarkan
pandangan penganalisa politik dan peramal media dalam maupun luar
negara, ramai menyatakan Anwar akan di penjara walau apa pun keadaannya.
Pandangan
tersebut bukan berkhilaf kepada kekuatan yang akan membawa kemenangan
Anwar memimpin jentera pilihanraya PR ketika menghadapi kempen
pilihanraya Umum (PRU) sekiranya beliau bebas. Namun Mungkin juga Najib
melihat melepasi persepsi tersebut.
Najib juga sedar samaada Anwar di penjara atau tidak gerakan kebangkitan rakyat akan tetap berlaku.
Kemenangan
terbesar pembangkang dalam PRU ke-10 pada 1999 dimana PAS memenangi 32
kerusi parlimen dan DAP 10 kerusi semuanya berkisar kepada isu
kebangkitan rakyat kerana simpati dengan Anwar yang dipenjara oleh Dr
Mahathir.
Persoalannya apakah dengan
sekali lagi membawa Anwar ke penjara akan mengujudkan memontum
kebangkitan rakyat yang sama setelah pelbagai isu moral ditimpakan
dikepala Anwar dengan pelbagai 'bukti' seperti kes Saiful dan gambar
prono.
Apakah dengan menggunakan
media-media milik Umno bagi memburukkan imej dan kredibiliti Anwar sudah
memadai untuk rakyat mempercayainya lalu menolak Anwar dan PR dalam
PRU ke-13 nanti?.
Apakah juga
dengan isu liwat dan sex bersama pelacur yang disensaikan dengan penuh
bergaya sebelum ini berjaya mempengaruhi rakyat untuk membenci Anwar
serta PR yang diterajui beliau?.
Di atas hukum realiti, memenjarakan Anwar akan menambahkan lagi koleksi isu PR untuk kempen menjelang PRU nanti.
Apakah
dengan membawa kembali Anwar ke Sungai Buluh akan membolehkan isu NFC
yang teruk membelenggu Najib dapat di alih kepada isu penganiayaan pada
Anwar.
Di peringkat antarabangsa
pula, Najib akan menerima pelbagai tekanan berhubung amalan demokrasi
dibawah pimpinan beliau sekiranya ketua pembangkang itu dipenjarakan.
Pilihanraya dan sistem dua parti
Gesaan
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini supaya Najib
mengadakan PRU pada saat akhir penggal (March 2013) bukan sekadar
masej bagi mengelak negeri-negeri PR mengadakan pilihanraya berasingan.
Tetapi
disebabkan Dr Mahathir mungkin telah berjaya menghidu sesuatu yang
kurang enak berhubung pencapaian BN untuk memenangi PRU 13 nanti.
Perlu
di ingat Dr Mahathir adalah seorang yang sangat berpengalaman dalam
menghadapi PRU setelah lebih 22 tahun memerintah negara.
Manakala
bagi Najib pula, inilah kali pertama beliau akan berhadapan detik
paling mencabar dalam kerjaya kepimpinan beliau sebagai pemimpin
tertinggi negara.
Apa pun zaman Dr
Mahathir dan era Najib situasinya agak berbeza. Era Mahathir
pembangkang terdiri dari palbagai parti politik tetapi zaman Najib
negara sedang bergerak ke arah sistem dua parti.
Sistem
dua parti akan memberi peluang yang lebih besar kepada rakyat untuk
menukar dan menggantikan kerajaan. Ini bermaksud sekiranya kerajaan
semasa tidak berjaya membantu dan menolong rakyat, rakyat mampu
menukarkannya pada pilihanraya akan datang.
Ini disebabkan hanya ada dua parti sahaja yang bertanding, pembangkang dan kerajaan.
Faktor
ini jugalah yang merungsingkan Najib dan Dr Mahathir. Mood rakyat
untuk menukar kerajaan setelah Umno/BN memerintah lebih 54 tahun telah
bergema sejak bermulanya era reformasi jalanan pada 1988.
Sepuluh tahun kemudian, tsunami politik melanda negara. Enam negeri termasuk wilayah persekutuan jatuh ketangan pembangkang.
Survival BN
PRU
ke-13 menyaksikan 70 peratus pengundi berdaftar adalah pengundi muda
berusia 21 - 40 tahun. Kebanyakan mereka adalah generasi Media Baru yang
majoritinya cenderung kepada pembangkang. Manakala selebihnya terdiri
dari pengundi atas pagar yang tidak terpengaruh dengan sentimen
perjuangan masa lampau serta pengaruh ras dan agama.
Secara langsung generasi ini adalah penentu kerajaan selepas PRU 13.
Kebimbangan
besar Najib bukan sekadar untuk mempertahankan Putrajaya semata-mata
malah beban yang akan ditanggung selepas kejatuhan Umno/BN selepas lebih
54 tahun menguasai negara lebih memeritkan.
Sebagai
sebuah kerajaan baru, Pakatan Rakyat (PR) setentunya akan memastikan
segala penyelewengan wang negara dibongkar untuk mengembalikan maruah
negara.
Secara tidak langsung segala kepincangan yang berlaku selama 54 tahun Umno/BN memerintah akan diketahui rakyat.
Media Baru
Entah
apa anginnya, tiba-tiba pada tahun ini Najib membina facebook dan
twitternya. Mungkin diatas sebab baru menyedari pengaruh media baru yang
ternyata lebih berkesan dari media milik Umno.
Tapi
semua sedia maklum, yang updatenya mungkin sekali sekala Najib tetapi
selebihnya agen-agen APCO atau agen-agen penasihat media beliau yang
dibayar berjuta-juta ringgit.
Perlu
disedari juga BN mempunyai 26 saluran media termasuk radio dan media
cetak. Ini tidak termasuk lapan saluran tv di seluruh negara. Apakah
saluran media ini masih belum cukup untuk menyebarkan propoganda BN?.
Rakyat
menolak media-media ini disebabkan terlalu banyak 'mengampu' dan 'over
propoganda' sehingga rakyat jelek untuk menatap media-media kerajaan.
Dalam
konteks media baru ini, Pembangkang memang jauh lebih 'advance' jika
dibandingkan dengan keselesaan Najib dan BN sebelum ini.
Dengan
pelbagai sekatan maklumat dan media yang dilakukan oleh BN kepada
pembangkang selama ini telah menjadikan pembangkang lebih maju
menggunakan media baru dalam berkomunikasi bagi menyebar maklumat kepada
masyarakat awam.
Maka tidak
hairanlah pelbagai usaha dilakukan oleh Kementerian Penerangan,
komunikasi dan Kebudayaan untuk menyekat pelbagai saluran maklumat
untuk disebar kepada rakyat. Ini tidak termasuk pelbagai akta seperti
akta penerbitan dan mesin cetak yang semuanya berkisar kepada usaha
membelenggu saluran maklumat sampai kepada rakyat.
Begitu juga baru-baru ini kerajaan mahu menubuhkan Majlis Perundiang Media bertujuan memantau bahan-bahan berita di internet.
Kedudukan
Malaysia pula jatuh 10 anak tangga kepada 141 dalam Indeks Kebebasan
Akhbar Dunia 2010 iaitu yang terendah dalam tempoh sembilan tahun dari
senarai 178 negara.
Persoalannya
apakah dengan memenjarakan Anwar akan menghalang rakyat dari mendapat
maklumat berhubung pelbagai penyelewengan dan salah guna kuasa BN
selama ini.
Mungkin juga Najib ada
alasan dan jawapannya yang tersendiri bagi memastikan survival politik
dan masa depan parti pimpinannya disaat rakyat sedang menolak Umno/BN
dari terus menguasai negara.TVS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan