KUALA LUMPUR, 28 Dis — DAP telah menarik beberapa pemimpin
Melayu termasuk sekurang-kurangnya dua veteran Umno sebagai satu langkah
untuk menghakis sokongan dari komuniti dominan selepas dituduh anti
Melayu dari parti pemerintah.
The Malaysian Insider difahamkan penulis blog terkenal Datuk
Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis
dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk
menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan
raya umum akan datang.
Ketua Pemuda DAP Anthony Loke (gambar),
yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi
Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua
individu itu.“Kami mendekati mereka tetapi tiada keputusan dibuat. Tetapi bukan
penentu mereka akan bertanding dalam pilihan raya. Ia kebimbangan kedua
kami,” kata Ahli Parlimen Rasah ini.
Loke menambah bahawa buat masa ini, parti gembira apabila kedua-dua
veteran Umno itu membuat kritikan secara terbuka terhadap parti Melayu
terbesar dan Barisan Nasional (BN) dalam blog mereka.Kedua-dua veteran itu menghadiri Konvensyen Media Sosial yang
dipanggil “Rakan Pulau Pinang” yang dianjurkan Zairil dua minggu lalu.
“Kami mahu mendekati orang yang berpengaruh di media sosial. Tetapi
kami bukan mewujudkan tentera siber. Tidak seperti Umno, kami tidak
membayar dan rakan tidak boleh dibeli,” katanya namun enggan mengulas
sama ada kedua-dua veteran itu akan menyertai DAP.
Zairil, anak kepada bekas menteri pendidikan dan bekas pemimpin Umno ,
Tan Sri Khir Johari, telah dilantik sebagai setiausaha politik Lim Guan
Eng awal tahun ini dilihat sebagai satu langkah untuk untuk mewujudkan
parti berbilang bangsa.
Tetapi pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mengakui dalam laporan The Malaysian Insider
sebelum ini bahawa Umno melemparkan pelbagai tuduhan kepada pembangkang
semata-mata mahu mendapatkan kembali sokongan orang Melayu.
The Malaysian Insider juga telah mengeluarkan keputusan kaji
selidik yang dijalankan DAP di mana menunjukkan sokongan orang Melayu
di Pulau Pinang telah menurun kepada 30 peratus, jatuh hampir 50 peratus
selepas beberapa bulan Lim memegang jawatan ketua menteri pada 2008.
Umno berulangkali menuduh Pakatan Rakyat terutamanya DAP, sebagai
anti Melayu, terbaru perkara itu dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya
di mana beberapa wakil dan pemimpin termasuk timbalan presiden Tan Sri
Muhyiddin Yassin mengatakan pembangkang anti Melayu, anti Islam, ejen
Kristian dan biadap terhadap raja Melayu.
Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia pada awal tahun ini mendakwa DAP
telah berkomplot dengan pihak Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai
negara Kristian.
DAP telah mendekati orang Melayu dengan melantik pemimpin Melayu dan
pengasas Transparency International Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku
Ibrahim yang kini memegang jawatan naib pengerusi.Difahamkan pemimpin DAP telah bertemu dengan pemimpin Melayu dalam
satu mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan
negara Islam, hudud dan Bumiputera.
Dengan penyertaan Mohd Ariff Sabri, yang menggunakan nama samaran
Sakmongkol AK47 akan menjadi perubahan yang besar dalam parti
memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan
kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak.
Aspan Alias pula lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak
beberapa tahun lalu dan khabar angin mengatakan beliau akan menyertai
DAP selepas dilaporkan telah memberikan ucapan pada satu majlis makan
malam DAP di Tampin, Perak awal tahun ini.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan