KUALA LUMPUR, 20 Okt: Persidangan Dewan Rakyat hari
ini kecoh apabila Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas) menuduh hukum
hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat
isteri.
Tuduhan tersebut dibuat oleh Datuk Zulkifli Noordin dengan kononnya
dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang
diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu
ketika PAS memerintah negeri itu dulu.
Menurut beliau, perkara itu dirujuk pada Seksyen 14 enakmen tersebut
yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki
memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan,
kecuali isteri.
Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud
seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya
kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.
"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika
seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak
kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat.
"Tetapi dalam hudud PAS, itu tak dikatakan liwat. Maknanya suami
boleh berbuat begitu dalam hudud PAS walaupun ia jelas bercanggah dengan
ajaran Islam," kata ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat di
sini, hari ini.
Dengan itu, menurut beliau, enakmen tersebut bukanlah undang-undang
Islam, tetapi hudud PAS yang dibuat oleh mereka yang kononnya tidak
faham dengan undang-undang Islam tetapi hanya berlagak pandai untuk
kepentingan politik.
Sebelum itu, Zulkifli mengatakan Enakmen tersebut kononnya bercanggah
dengan Islam khususnya mengenai umur akhil baligh, apabila perlaksaan
hudud hanya akan dikenakan ke atas mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
Menurutnya, dengan hanya akan melaksanakan Enakmen tersebut terhadap
mereka yang berumur 18 tahun ke atas bermaksud PAS telah mengubah hukum
Islam yang mengatakan seseorang lelaki akhil baligh setelah bermimpi,
manakala perempuan pula setelah datang haid.
Katanya, dari segi umur, setelah berusia 15 tahun tidak juga bermimpi
atau datang haid bermakna mereka telah dikira mumayyiz dan sampai umur
serta boleh dilaksanakan undang-undang Islam terhadap mereka.
"Tetapi dalam hudud PAS akan dilaksanakan setelah berumur 18 tahun.
Ini jelas bercanggah dengan Islam yang mewajibkan dilaksanakan hudud
setelah seseorang itu mumayyiz iaitu yang telah mencapai usia 15 tahun,"
katanya.
Kesalahan-kesalahan seperti itu, katanya, sengaja dilakukan oleh para
pemimpin PAS untuk membolehkan enakmen tersebut tidak boleh
dilaksanakan kerana akan ditolak oleh Umno bagi meraih kepentingan
politik.
Dakwaan-dakwaan tidak berasas beliau memaksa ahli-ahli Parlimen
Pakatan Rakyat terutama dari PAS dan PKR bangun menjelaskan perkara
sebenar bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai yang sengaja dicetuskan
itu sehingga menimbulkan kekecohan.
Beberapa orang ahli Parlimen dari BN pula termasuk dari Kinabatangan
turut bangun mempertahanlkan Zulkifli, manakala Zulkifli sendiri enggan
memberikan laluan kepada ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat menjelaskan
kebenaran.
Sikap mereka menyebabkan persidangan menjadi semakin kecoh sehingga tamat tempoh masa Zulkifli dibenarkan berucap.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub ketika bangun mencelah
menyatakan Zulkifli ternyata hanya berlagak pandai walaupun tidak tahu
tentang undang-undang Islam sehingga tergamak membuat tuduhan seperti
itu terhadap PAS.
Menurut beliau, dalam Al-Quran tidak dinyatakan had umur akhil
baligh, tetapi seseorang yang telah sampai umur dirujuk kepada mereka
yang telah mumayih yang tidak hanya berumur 15 tahun.
"Enakmen Hudud dan Qisas Terengganu 2002 itu dibuat oleh hakim-hakim
yang pakar dalam undang-undang Islam. Itulah sebabnya enakmen itu
dihadkan perlaksaaannya ke atas seseorang berusia 18 tahun ke atas
kerana faktor kematangan.
"Mereka yang membuat undang-undang itu cukup faham tentang mumayyiz,
tetapi dia (Zulkifli) tentang mumayyiz pun tak tahu, jadi macam mana
layak bercakap tentang undang-undang Islam," katanya yang juga Naib
Presiden PAS.
Manakala mengenai tuduhan hudud PAS membenarkan suami meliwat isteri
yang dibuat oleh Zulkifli itu pula, beliau mengatakan dakwaan itu
ternyata tidak berasas dan bohong sama sekali.
Katanya, enakmen tersebut tidak bermaksud demikian tetapi Zulkifli yang tidak memahaminya kerana kejahilannya sendiri.
Sebaliknya yang dimaksudkan dengan kecuali isteri dalam enakmen itu,
katanya, seseorang suami tidak sekali-kali boleh memasukkan zakarnya ke
dalam dubur isterinya kerana perbuatan itu adalah haram dalam Islam.
Sehubungan itu, beliau mengusulkan kepada Timbalan Yang Dipertua
Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee agar membawa tuduhan Zulkifli itu
kepada peraturan 26 (1P) bagi membolehkan ahli Parlimen tersebut
dihadapkan kepada Jawatankuasa Tata Tertib Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, usul beliau ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat atas alasan tidak perlu.
Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS
Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika bangun mencelah mengatakan Zulkifli
ternyata berniat jahat terhadap PAS dengan tuduhan-tuduhan tidak
berasasnya itu.
Manakala Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof dari PKR dan Ahli
Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang juga dari PKR turut bangun
menyatakan kebenaran.
Mereka turut mengutuk keras tindakan Zulkifli kerana tergamak membuat
tuduhan-tuduhan tidak berasas sedemikian terhadap PAS dan enakmen
tersebut.Hrkh
3 ulasan:
malaon ni tau ka beza mumayyiz ngan baligh????
simalaun ni kalau aku jumpa aku lastik kepala dia supaya ketayap busuuuuk tu tak bolih dipakai lagi!!!!
mana video ni nk tgk
Catat Ulasan