KUALA LUMPUR,
15 Sept — Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan sama
sekali dan kerajaan akan memperkenalkan dua akta baru untuk mengekalkan
keselamatan negara, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak.
Selain itu kerajaan juga mengumumkan tiga proklamasi berkenaan dengan darurat yang berkuat kuasa sejak beberapa dekad lalu akan ditamatkan.
“Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dikaji secara komprehensif.
“Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus,” kata beliau dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia malam ini.

Kata beliau, untuk mencegah
perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi
memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru
yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149
Perlembagaan Persekutuan.
“Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara,” kata Najib.
Perdana Menteri menambah, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara.
“Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
“Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri,” kata beliau.
Di sudut lain, katanya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
Malah menurut beliau, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu.
“Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan ISA, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa,” kata beliau sambil menambah, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.
Selain itu Najib juga mengumumkan bahawa:
- Kajian semula komprehensif akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933
- Mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan
- Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Kata Najib, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.Namun, katanya, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.TMI
Walaupun dilihat sebagai langkah positif, pengumuman mengejutkan Datuk Seri Najib Razak, antaranya pemansuhan akta ISA, masih terdapat pihak yang masih meragui keikhlasan perdana menteri. Berikut reaksi segera terhadap ucapan Najib yang ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia yang akan disambut esok:
Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee
Majlis Peguam Malaysia memuji perdana menteri yang maju jauh dan berjanji memansuhkan dan mengkaji semula cebisan undang-undang yang ketinggalan zaman dan menekan.
Ini langkah utama ke arah mengembalikan kedaulatan undang-undang dan menghormati Perlembagaan Persekutuan. Ini tindak balas yang betul perdana menteri kepada suara rakyat. Majlis Peguam bersungguh-sungguh menanti butiran lanjut proses ini.
Presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh
Apakah benar ISA dimansuh dan bilakah tempoh akan dimansuh? Kita tentang ISA sebab peruntukan tahanan tanpa bicara. Tetapi jika dibentuk dua lagi undang-undang yang juga mempunyai peruntukan tahan tanpa bicara, kita anggap perjuangan kita belum selesai.
Betul mansuh dan kita sedikit lega. Tetapi mansuh satu (akta) dan masuk dua (undang-undang baru), sebab itu kita tidak mahu terlalu gembira lagi.
Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman
Isu sebenar kebebasan media di Malaysia bukan pembaharuan permit tahunan. Isunya, susah atau senang mendapatkan permit penerbitan dan percetakan.
Dari segi prinsipnya, konsep mengenakan permit untuk media itu sendiri satu halangan besar kebebasan. Sepatutnya, media tidak memerlukan permit, sudah memadai mendaftar akhbar, majalah, portal berita seperti kita mendaftar sebuah syarikat atau mendaftar kenderaan.
Keputusan mutlak menteri untuk memberi atau menarik balik permit (dan tidak boleh dicabar di mahkamah) seperti dalam Akta Penerbitan dan Mesin Cetak sekarang masih kekal dan tidak disentuh sama sekali dalam ucapan perdana menteri.
Sepatutnya perkara ini dihapuskan. Perdana menteri juga menyentuh beberapa lagi akta yang mengekang kebebasan pengamal media seperti Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi. Jadi, pengumuman Datuk Seri Najib hanya sebagai di permukaan, banyak hal asas (fundamental) tidak diusik (dipinda).
Isteri mangsa bekas tahanan ISA Norlaila Othman
Kami tidak tahu hendak (kata) alhamdulilah atau bersorak "yahoo" sebab sudah banyak kali kena tipu. Selagi Kem Kamunting tidak ditutup, selagi semua tahanan tidak dibebaskan dan selagi ISA tidak lagi menjadi akta baru kami akan percaya.
Walaupun ISA dimansuh, dia boleh buat akta baru pada bila-bila masa saja. Kita tidak mahu akhirnya cuma tukar nama sahaja.
Presiden MIC Datuk G Palanivel
Ia pengumuman yang tepat pada masanya dan menunjukkan bahawa kita berubah dari masa ke semasa. Ia juga menunjukkan kerajaan mendengar suara rakyat.Malaysiakini
AJK Pas Pusat Dr Dzulkefly Ahmad
Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor menganggap pengumuman tersebut juga sebagai kejayaan rakyat, NGO, aktivis demokrasi serta parti pembangkang yang selama ini telah lama mendesak perkara itu dimansuhkan.
Malah ujarnya, pengumuman itu hanya sebahagian kecil daripada perubahan yang dituntut rakyat untun menjadikan demokrasi negara benar-benar berfungsi.
Bagaimanapun beliau menasihatkan rakyat agar jangan terlalu selesa dengan pengumuman itu kerana apa yang diumumkan perdana menteri malam ini hanya dalam bentuk "janji lisan".
"Kita yakin ini hanya janji dan slogan saat-saat akhir bagi meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
"Apa yang lebih penting, rakyat mahu melihat dalam praktik dan amalannya," katanya yang juga pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.
Tambahnya lagi, apa yang diumumkan Najib itu juga adalah apa yang telah diumumkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga iaitu prubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam masa 100 hari menguasai Putrajaya.
"Ini yang kita maksudkan reformasi politik sebelum datang transformasi ekonomi yang Pakatan Rakyat komited untuk lakukannya.
"Kita tak kisah mereka tiru pendekatan kita dalam Buku Jingga. Janji ianya untuk kebaikan rakyat keseluruhan," katanya.Hrkh

2 ulasan:
tindakan tepat,supaya pakatan rakyat tak dapat gunakan akta tersebut sejurus menang PRU 13 hi!hi!
apalah... tidakkah PR memang dari dulu lagi nak hapuskan akta ini? janganlah sedap tangan aje nak tulis.
Catat Ulasan