Sumber Dan Lagi Gambar : Facebook Zam Zamani Mohd Zain
Kenyataan
Majlis Profesor Negara kononnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan
hanya dinaungi British disifatkan tokoh sejarah dari Universiti Malaya
sebagai ‘juling sejarah’.
“Bukan
sejarahwan sebenarnya kalau mengeluarkan kenyataan seperti itu. Saya
tidak faham mengapa boleh berlaku begitu,” kata Prof Datuk Dr Mohamad
Abu Bakar.Menurutnya sejarah kalau tidak dinilai semula hanya akan diboloti pihak-pihak tertentu sahaja.
”Saya
masih ingat kata-kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail
meminta dinilai golongan kiri yang turut berjuang menuntut kemerdekaan,”
katanya pada forum rakyat di Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke IV malam
tadi.
Forum
berkenaan dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu juga bertindak sebagai panelis pada forum
tersebut.Sebelum itu perasmian dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebelum
ini Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor
Negara, Prof Datuk Zainal Kling menegaskan Tanah Melayu tidak pernah
dijajah dan hanya dinaungi Inggeris.
Pandangan itu ditolak pelbagai pihak sehingga menjejaskan kewibawaan Majlis Profesor Negara yang baru ditubuh kerajaan.
Dr
Mohamad berpengalaman selama 21 tahun sebagai profesor sejarah di UM
berkata, tujuan mengkaji sejarah mempunyai dua makna iaitu untuk
mengetahui peritiwa yang berlaku.Dan keduanya menceduk pengetahuan
tentang peristiwa tersebut.
Kata
beliau sejarah hanya sahih sehingga ada penemuan bahan-bahan baru. Ini
bermakna sejarah boleh berubah.”Sebagai contoh sejarah Tembok Besar
China diberi versi baru sekarang apabila ada kajian menyebut ribuan
rakyat terkorban semasa membina tembok tersebut.”Ini bermakna Tembok
Besar China sedang ’bertutur’ dengan penderitaan rakyat,” ujarnya.
Oleh
itu beliau membuat tanggapan Mohamad Sabu muncul sebagai penilai
sejarah baru, bila mana sebelum ini kita hanya melihat melalui satu
teropong sahaja.
Sebab
itulah kata beliau bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
membuat kenyataan sejarah yang diajar di sekolah ada yang tidak betul.
”Permulaan
isu ada penjernihan akhirnya. Kebatilan pasti luput apabila timbul
kebenaran. Dan kebenaran sekarang mulai muncul sedikit demi sedikit,”
ujarnya.Beliau menyimpulkan sejarah merupakan sesuatu catatan tentang
perkara yang lojik dan masuk akal.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan