KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan ditemubual mahupun menjadi saksi di mahkamah dalam perbicaraan kes Fitnah II.
Perkara itu diberitahu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman Twitter beliau sebentar tadi.
“Bekas KPN, Musa Hassan sewaktu ditanya peguam saya menjawab “Tidak mahu ditemubual dan tidak mahu menjadi saksi pembela,” kata Anwar.
Mengulas perkara ini, peguam Anwar, Ram Karpal Singh ketika dihubungi berkata Musa adalah saksi penting namun keengganannya ditemubual sudah dijangka.
Namun, katanya, ia tidak menjadi masalah besar buat pasukan peguambela dan mereka tetap akan meneruskan pembentangan hujah pembelaan mereka Isnin depan tanpa gentar.
“Kami sememangnya berharap dapat menemubual beliau (Musa) (dengan sempurna) kerana beliau merupakan saksi penting perbicaraan ini.
“Walaupun begitu, kami tidak terkejut dengan keengganannya untuk ditemubual.
“Kami sudah menjangkakannya dan akan meneruskan pembelaan pada hari Isnin seperti yang telah dirangka dalam strategi kami,” kata Ram Karpal Singh.
Musa sebelum ini enggan ditemubual atas alasan Anwar turut hadir semasa sesi temubual dijalankan. Namun, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin memutuskan Anwar berhak hadir sewaktu sesi temubual berlangsung.
Sikap yang diambil Musa Hassan adalah sama dengan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketiga-tiga mereka enggan menjadi saksi walau pun merupakan watak penting dalam perbicaraan kes Fitnah II.
Najib pernah bertemu dengan pengadu, Saiful Bukhari dua hari sebelum Saiful membuat laporan polis kononnya beliau diliwat.
Rosmah pula adalah majikan kepada Datuk Mumtaz Jaafar, ibu angkat kepada Saiful Bukhari.
Sementara Musa Hassan pula pernah terlibat sebagai saksi pendakwaan kes Fitnah tahun 1998 dan merupakan Ketua Polis Negara sewaktu Fitnah II dilemparkan terhadap Anwar.Keadilandaily
2 ulasan:
kalau kes melibatkan rakyat bawahan, sibuk suruh tampil jadi saksi untuk menyenangkan siasatan polis. bapak polis paling besar macam "pelaq" mengelak tak mau jadi saksi
Wednesday, August 17, 2011
GEMPAR MAUT!!! MUSA HASAN TAKUT DENGAN ANWAR!
Muahahahahaha...
Anwar memang gagal. Dia ingat, bila dia 'ARAHKAN' hakim bagi kebenaran kepada dia dan para peguamnya untuk menemuduga yang dikatakan oleh Suara Keldaian, 'disapinakan' beberapa orang saksi yang tiada kaitan dengan kes liwatnya, dia boleh terus tunda-tunda kes. Kemudian, peguamnya pula kata, pendakwaraya yang nak lengah-lengahkan perbicaraan sebab tak heret saksi-saksi yang diinginkan disarankan kepada pihak Anwar. Pendakwaraya pula dipertanggungjawab oleh para peguambela Anwar untuk mencari dan memastikan saksi-saksi tersebut menghadap mereka.
Musa Hasan adalah salah seorang daripada saksi yang dibenarkan mahkamah untuk ditemuduga. Dan sama seperti saksi-saksi dalam senarai TUNDA Anwar itu juga, Musa Hasan juga mempunyai kebebasan sama ada mahu ditemuramah atau pun mahu menjadi saksi. Kalau dia tidak mahu, Anwar dan barisan peguamnya memang tidak boleh berbuat apa-apa.
Hari ini, Musa Hasan berjumpa dengan peguambela Anwar. Salah seorang peguambela Anwar, Ram Karpal Singh berkata, Musa Hasan adalah SAKSI PENTING tetapi dia enggan menjadi saksi Anwar...
Korang nampak tak permainan harami nih?
Kalau dah saksi penting, mengapa tak minta mahkamah sapina Musa Hasan? Nak kelirukan rakyat Malaysia la tu, antara SAPINA dengan KEBENARAN MENEMUDUGA.
Patutnya Anwar minta mahkamah benarkan dia temuduga tukang kebun, tukang masak, tukang cuci, pemandu, amah, bidan, tok bomoh, tok dukun, tukang sapu sampah atau pun tiang lampu, tembok, dinding, kipas siling dan sebagainya. Kalau menurut kata-kata Anwar Ibrahim dan peguam-peguamnya, semua saksi-saksi yang tidak mahu jadi saksi itu adalah watak penting dalam Liwat II yang mereka katakan sebagai fitnah. Belum bicara lagi, sudah dikatakan fitnah sedangkan pihak pendakwaraya telah pun menunjukkan bukti yang sangat kukuh serta menampilkan saksi-saksi yang gagal disanggah oleh barisan peguam Anwar.
Konon-kononnya, hari Isnin nanti pembelaan akan diteruskan walaupun saksi tak mahu jadi saksi. Konon-kononnya Anwar akan masuk ke kandang orang salah dan kemudian bela diri.
Korang percaya?
Suatu ketika, bila Anwar ditempelak dan digelak-gelakkan kerana terlalu banyak tunda, Karpal Singh yang merupakan ketua peguambelanya berkata, tiada lagi tunda-tunda... alih-alih, pada tarikh berikutnya, tunda tetap tunda dan sudah lebih 70 kali penundaan dibuat.
Hari Isnin nanti pun, tunda jugalah... memang Anwar akan tunda... mesti ada helah lain untuk tunda...
Dan untuk menyedapkan hati, para pencacai Anwar pun berkata, Musa Hasan takut dengan Anwar...
Muahahahahaha!!!
Posted by House PK at Wednesday, August 17, 2011
Catat Ulasan