Sumber Gambar : Facebook Khiruddin Tok Ngulu
KOTA BHARU, 17 Ogos:
Kerajaan Kelantan yang menjunjung syariat dalam pentadbirannya,
meneruskan lagi program tadarus al-Quran sempena bulan Ramadan tahun
ini.
Malam tadi, selepas solat sunat tarawikh sempena nuzul al-Quran sekali lagi sejarah tercipta apabila pengunjung Qaryah Ramadan berjaya mengkhatam al-Quran sebanyak 100 kali melalui 3,000 peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik), golongan profesional, kakitangan kerajaan negeri serta individu.
Sebanyak 3,200 naskah al-Quran disediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) untuk menjayakan program itu di mana 1,500 pesertanya terdiri dari pelajar sekolah Yik.
Dr Asri diundang khas
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohammad Asri Zainal Abidin telah diundang khusus untuk mengulas bacaan al-Quran yang dibaca oleh peserta di Qaryah Ramadan.
Bacaan al-Quran beramai-ramai dimulakan oleh imam Qaryah Ramadan, Sheikh Hisham Abdul Bari dengan membaca al-Fatihah dan kemudiannya diteruskan oleh peserta mengikut juz yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Sementara itu, Bank Islam Malaysia Bhd, turut menyampaikan sumbangan juadah berbuka kepada orang ramai bagi memenuhi program kebajikan yang dianjurkan setiap tahun.
Gimik penyerahan telah disampaikan oleh pengurus Cawangan Jalan Sultan Ibrahim, Wan Mohd Faizul Wan Mohd Zain kepada anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan sebanyak 3,000 bag.
Rujuk agama, bukan politik
Dr Asri ketika berucap pada majlis itu melahirkan rasa kesal sikap individu yang tidak memahami kehendak Islam sebenar.
Katanya, perkara ini berlaku berikutan mereka hanya memahami pengertian Islam mengikut fahaman mereka sendiri bukan kerana Allah dan al-Quran itu sendiri.
Menurutnya, isu yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini berlaku kerana adanya sifat manusia sedemikian.
"Apabila kerajaan Pulau Pinang melalui jabatan agama Islamnya melarang menyiarkan bacaan al-Quran dengan kuat ramai yang mengritik serta menyifatkan kerajaan negeri itu menentang al-Quran,"ujarnya.
Menurutnya, Islam sendiri tidak menggalakan perkara itu berlaku kerana ianya boleh mengganggu keselesaan orang lain.
"Andainya kita melarang seseorang sedang membaca al-Quran dalam masjid kerana mengganggu seseorang yang lain, adakah wajar kita menuduhnya menentang al-Quran?,"soalnya.
Menurutnya, menghukum sesatu perkara tidak boleh mengikut sentimen sendiri apa lagi politik, sebaliknya wajib berlandaskan Islam.Hrkh

1 ulasan:
bestnya....nak join...nak join
Catat Ulasan