NILAI: Tidak salah bagi sesiapa pun memakai baju berwarna kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana ia adalah satu pertubuhan haram, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini.
"Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.
"Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang Bersih. Tak salah pakai baju kuning...tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning...cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Skim Kepolisian Masyarakat dan 'Crime Awareness Team' (CAT)di Dataran Nilai di sini, malam tadi.
Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dan timbalannya Datuk Abd Manan Mohd Hassan.
Khalid berkata jika ada pihak yang tidak puas hati dengan larangan itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.
"Jadi, bila mahkamah telah putuskan kita (polis) akan ikut. Kita akan melaksanakan apa juga perintah mahkamah itu mengikut undang-undang," katanya.
Mengenai penubuhan CAT, beliau berkata ia adalah program di bawah pencegahan jenayah bagi mengembeleng tenaga golongan muda ke arah membantu polis dalam agenda menurunkan kadar jenayah dan menghapuskan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah.
Katanya kerjasama dan penglibatan golongan muda dalam program masyarakat seperti CAT di bawah kawal selia Jabatan Belia dan Sukan sebagai aktiviti Rakan Muda, membolehkan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah dapat dianjurkan dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat supaya tampil membantu polis dalam pencegahan jenayah.- BERNAMA
ULASAN TINTA HIJAU DKB
Bersih sebenarnya bukan pertubuhan tapi satu kempen oleh 62 Ngo berdaftar yang menuntut pilihanraya Bersih dan adil.Sama juga kempen 1 Malaysia yang diuar uarkan kerajaan Malaysia.Adakah kempen 1 Malaysia sudah didaftarkan? tidak,kerana ianya hanya satu kempen.Begitu juga dengan Bersih.
Bagaimana pula dengan baju merah Patriot,dah berapa helai Polis rampas,dah berapa orang yang ditangkap kerana memakai bajunya.Bukankah Menteri pernah keluar kenyataan Patriot juga haram.Kenapa tindakan tidak diambil keatas kuncu2 Khairy ini.Satu sikap berat sebelah yang nyata ditunjukkan oleh pihak Polis.
Sikap pilih kasih beginilah membuatkan rakyat berani keluar kejalanraya menuntut hak mereka.Dan perlu diingat bahawa mereka akan keluar sekali lagi jika hak2 rakyat terus dicabuli.
Tolong fahammm kehendak rakyat !!!!!

1 ulasan:
salam ya sheikh...
selagi ada umno,selagi itulah rakyat dan polis akan terus bertelagah...
hancur umno aman sejahtera,insyallah.
Catat Ulasan