SHAH ALAM: Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat yang baru, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengakui kemenangannya bagi jawatan berkenaan bersandarkan kepada pengaruh bapanya, yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Abduh berkata, secara jujurnya beliau mengakui tiga lagi calon bagi jawatan berkenaan lebih berkelayakan dari segi sumbangan kepada parti berbanding dirinya.
"Saya fikir mungkin sesetengah perwakilan itu mereka nak tunjuk rasa cinta kepada ayahanda selaku Mursyidul Am.
"Mungkin saya dapat undi itu. Nak kira kerja saya berbanding sahabat saya yang lain ini, saya berada di belakang mereka,"katanya kepada pemberita di sini Khamis mengulas kemenangannya.
Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata beliau bagaimanapun menerima tanggungjawab yang diberikan itu sebagai amanah yang akan dipikul dengan sebaiknya.
"Soal kelayakkan, saya fikir mereka lebih layak, tapi bila diberikan amanah, saya kena pikul. Saya minta maaf kerana kami terpaksa bersaing sesama sendiri.
"Kami berjaya tunjuk ikatan kami dalam Pemuda ini kukuh walaupun ada persaingan di Timbalan dan Naib.
"Saya akan jadi pembantu yang setia kepada ketua," katanya.Mstar
1 ulasan:
Satu pengakuan yang jujur dan ikhlas dari Nik Abduh.Soalnya:Apa Pemuda PAS nak buat dengan Tim.Ketua yang menang pertandingan atas tiket bapanya?Sudah sah Pemuda PAS ikut jijak UMNO yang menangkan Khairi Jamaluddin atas tiket bapa mertuanya.Perbezaannya cuma Nik Abduh menentang bapanya kerana TGNA anti UG dan menganggap UG itu karut.
Catat Ulasan