Oleh : Huzair Sulaiman
Berita CNN sendiri mengesahkan gambar yang dipaparkan dikebanyakan suratkhabar di seluruh dunia adalah palsu malah jurugambar dari New York yang dirujuk oleh CNN sendiri mengesahkan kepalsuan gambar itu kerana pelbagai kelemahan yang sedia ada. “Dari pixel yang terdapat pada gambar itu, jelas ia adalah palsu,” kata-kata dari Kenna Lindsay, jurugambar yang berpengalaman dalam imej komposit.
Gambar yang sama juga telah dianalisis oleh Makmal Agensi Akhbar Perancis dan pengesahan telah diterima bahawa ia juga palsu khususnya di bahagian jambang dan bawah muka yang jelas kelihatan seolah-olah ditampal dari imej individu yang lain.
Tidak pasti kenapa Amerika Laknatullah cukup beriya-iya untuk memaparkan berita ‘kematian’ itu di akhbar utama dunia sedangkan kita tahu, negara barat seperti mereka yang dilengkapi dengan teknologi yang cukup canggih mampu mengesahkan ketulenan gambar itu. Kenapa terlalu mendesak untuk melaporkan berita kematian itu? Adakah dengan kematian itu, Al-Qaeda khususnya akan menghentikan segala gerakan mereka? Adakah Osama Bin Laden cukup cuai dalam gerakan beliau sehingga tiada barisan pengganti yang sedia untuk diganti serta merta selepas ketiadaan beliau? Adakah itu jaminan keselamatan yang pasti kepada seluruh penduduk dunia dengan tiadanya Osama memimpin Al-Qaeda?
Jika segala soalan itu tiada pasti jawapannya dan ditambah pula dengan penafian oleh sesetengah pihak di Amerika Syarikat, kenapa perlu Datuk Seri Najib Razak bersorak dengan pengumuman itu? Tiada apa yang sepatutnya disorakkan khususnya dari pemimpin Negara OIC itu yang seharusnya melihat dari pelbagai aspek atau sudut kenapa gerakan Al-Qaeda itu mula ditubuhkan kalau bukan kerana keganasan atau provokasi yang sebenarnya mula dicetuskan oleh Amerika Syarikat sendiri khususnya sekutu rapatnya Israel terhadap dunia umat ISLAM.
Pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua cukup ketara di Palestin, Iraq dan Afghanistan oleh Amerika Syarikat dan tentera sekutunya. Kenapa perlu kita bersorak menyokong pengumuman itu kalau mereka sendiri yang sebenarnya menjaja keganasan di seluruh dunia malah menjadi penyebab utama provokasi kepada beberapa pertubuhan seperti Al-Qaeda untuk melancarkan serangan balas.
Saya melihat, tekanan dari rakyat Amerika dan sekutu mereka sendiri telah mendesak berita itu untuk disegerakan kerana setelah hampir 10 tahun mereka mencabuli semua kedaulatan negara tertentu termasuk membelanjakan berjuta sehingga berbillion ringgit wang rakyat mereka untuk mengesan pimpinan Al-Qaeda itu, hasil ditagih segera.
Amerika dan sekutunya khususnya Israel adalah sebenarnya pengganas dunia yang berselindung disebalik ciptaan ‘keganasan’ Al-Qaeda untuk menghalalkan kezaliman mereka meragut dan merampas kedaulatan umat ISLAM di abad moden ini melalui apa sahaja yang dirasakan perlu demi memenuhi dendam kesumat mereka sejak zaman berzaman. Bersorak keriangan dengan berita kematian itu seolah-olah menyokong segala matlamat mereka yang tidak menghalalkan cara khususnya pencabulan kepada hak asasi manusia, dan kedaulatan negara atas nama memerangi keganasan.Hrkh
Wallahua’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan