Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 6 April 2011

PRN Sarawak : Mungkinkah Pas Menang Tanpa Bertanding Di Dun Muara Tuang ???

Sudah melepasi jam 12 dan proses penamaan calon ditutup, namun sehingga jam 12.30 tadi, semua pihak yang berada di Dewan Suarah Kota Samarahan masih tertunggu-tunggu.

SPR masih belum menisytiharkan calon-calon yang bertanding di N15 DUN Muara Tuang.

Ia adalah kerana, pada ira-kira 3 minit terakhir, sebelum bantahan ditutup pada jam 11 pagi, PAS telah membuat bantahan yang mengejutkan pihak Barisan Nasional.

Kerana bantahan tersebut, Penasihat Kontingen PAS Terengganu, Haji Hanafiah memaklumkan kepada Buletinonline, para peguam dan petugas BN serta SPR sedang berpeluh-peluh mencari-cari dimanakah penyata kewangan calon BN bagi pilihanraya 2006 yang lalu.

Selain itu, PAS juga membuat bantahan keatas borang calon BN yang telah didapati mempunyai kesalahan ketika diisi.

Seorang peguam yang berada di Dewan Suarah Kota Samarahan, Fariz Irwan Mustafa memberitahu, pihaknya telah mengemukakan kedua-dua bantahan tersebut bagi pihak calon PAS.

Apakah SPR berani mengisytiharkan bahawa N15 DUN Muara Tuang milik PAS setelah calon BN yang juga adik Taib Mahmud sendiri melanggar peraturan SPR???

Sebelumnya, calon PAS Noraini Hamzah (Kak Ani) diiringi kira-kira 200 penyokong tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Suarah Samarahn jam 8.45 pagi.

Ia diikuti kemudian oleh calon BN Dato’ Seri Mohammad Ali Mahmud tiba jam 9.00 pagi.

Kedua-dua calon mengemukakan borang pencalonan kepada pegawai pilihanraya N15 MuaraImbang Penuh Tuang, Mohd Aini Wahab masing-masing jam 9.05 pagi dan 9.15 pagi.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....