Sedikit ketegangan dilaporkan berlaku di hadapan Sekolah Menengah Kerdau.
Kekecohan berlaku apabila ahli parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohd Said tiba di pusat mengundi kira-kira jam 9 pagi tadi.
Keadaan menjadi tidak terkawal apabila kedua-dua penyokong bertindak sedikit agresif sehingga berlaku tolak-menolak dan kata-kata kesat dilemparkan.
Polis kemudiannya bertindak pantas dan ketegangan itu reda 10 minit kemudian.
Keadaan itu menyebabkan lalu lintas menuju ke Sekolah Kebangsaan Kerdau sesak sepanjang 2 kilometer dari kedua-dua arah, iaitu dari Desa Murni dan Kuala Tekal.
Sementara itu, jumlah peratusan keluar mengundi di Kerdau meningkat 75.62 peratus (6,805) sehingga jam 2 petang tadi.
Walaupun kesesakan teruk menghubungkan pusat mengundi di Rumpun Makmur dan Kerdau, ia tidak mematahkan semangat pengundi untuk keluar mengundi.TVS

Tiada ulasan:
Catat Ulasan