Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 3 Mac 2011

Pulau Pinang Sedia Jadi Tuan Rumah Debat Husam Dan Mahathir



PULAU PINANG, 3 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk program debat terbuka antara Exco Kerajaan Negeri Kelantan, DatukHusam Musa dan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah berkata, Pulau Pinang amat sesuai menjadi lokasi debat ini kerana isu bersama kedua-dua tokoh ini adalah isu tanah dan Melayu.

Beliau yang ditemui di Karnival Rakyat Harmoni anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri di Dewan Melinium, Kepala Batas malam tadi menyifatkan, apa yang dituduhkan oleh Dr Mahathir tentang kemunduran melayu begitu ketara di sini dan orang ramai boleh saksikan sendiri secara realiti.
Husam baru-baru ini dalam kenyataannya berkata, beliau sedia berdebat dengan Mahathir tentang isu orang Melayu selepas mendakwa Mahathir adalah antara pengkhianat Melayu. Antara buktinya adalah tindakan pentadbiran Mahathir bersetuju menaikkan minyak dari pelantar bersama Malaysia dan Thailand ke Narathiwat di Thailand walaupun Kelantan lebih dekat.
Puncanya hanya kerana Kelantan ditadbir oleh PAS tanpa memikirkan kepentingan Melayu yang menjadi majoriti penduduk di negeri itu. Cabaran ini dibuat ekoran kenyataan demi kenyataan Mahathir yang mendakwa PAS tidak menjaga kepentingan orang Melayu.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang merasa terpanggil untuk menjadi orang tengah sekaligus menawarkan diri sebagai tuan rumah perdebatan antara dua tokoh terkemuka tanahair.

"Sekarang ini bukan masanya berbahas dalam blog tetapi berhadapan supaya rakyat dapat mengetahui secara langsung pandangan yang keluar dari mulut mereka, " jelas Yusni bersemangat.

Agak buang masa, sambung Yusni, berdialog dalam blog tanpa berhadapan secara 'gentlemen' kerana mereka merupakan antara tokoh penting yang acapkali bercakap mengenai kedudukan tanah dan orang Melayu di Malaysia.

Memandangkan kedudukan orang Melayu terhimpit di Pulau Pinang maka satu pendedahan secara terbuka harus ditampilkan supaya nasib Melayu di sini boleh dijadikan tauladan oleh masyarakat terbabit di negeri lain.

Jangan jadi macam Melayu Pulau Pinang katanya, mereka asyik berbangga dengan kemenangan Umno padahal diri sendiri telah hilang jati diri dan ada yang hidup merempat ekoran ada parti Melayu tetapi tidak memperdulikan nasib mereka yang daif.

"Paling menyedihkan ada orang Melayu hidup merempat tetapi kalau bercakap fasal Umno bukan main menyokong melangit tingginya," tegas beliau.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....