TEMERLOH, 26 Mac: Mesyuarat tergempar Ketua-Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang semalam meluluskan usul memberi sokongan padu dan tanpa berbelah bagi kepada kepimpinan Dato Fauzi Abdul Rahman.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pahang, Ahmad Nizam Hamid, yang berlangsung di Rumah Rehat dekat sini turut meluluskan usul merujuk YB Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, ke Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.
Menurut Ahmad Nizam, mesyuarat tergempar itu diadakan berikutan kenyataan Azan di muka depan Sinar Harian edisi Pahang semalam (25 Mac) yang memburuk-burukkan kepimpinan Dato Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi Majlis Pimpinan (MPP) PKR Pahang. “Kesemua Ketua Cabang tidak bersetuju dengan kenyataan YB Azan Ismail bahawa PKR Pahang menjadi nazak di bawah pimpinan Dato Fauzi, bahkan di bawah kepimpinannya PKR Pahang berjaya melebarkan sayap parti ke perkampungan Melayu tradisi kawasan Felda dan Orang Asal.
“Keanggotaan PKR Negeri Pahang telah bertambah dengan pesatnya, manakala aktiviti-aktivit serta program-program parti dapat berjalan dengan lancar di seluruh Pahang,” katanya.
Tambah Nizam, Dato Fauzi bekas timbalan menteri yang bersikap mesra rakyat dan sentiasa turun padang justeru tokoh seperti itulah yang amat diperlukan rakyat.
Sebelum ini akhbar Sinar Harian melaporkan 300 ahli PKR cabang Indera Mahkota keluar beramai-ramai dari parti itu yang dipimpin pemangku ketuanya Ibrahim Sidek.
Azan yang kini Pengerusi PKR Terengganu dalam reaksinya menyatakan pengunduran beramai-ramai itu seolah-olah ada kaitan dengan kelemahan kepimpinan Fauzi dengan mengibaratkannya seperti ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ dan menggambarkan seolah-olah Fauzi mempunyai kepentingan peribadi.
“Azan tidak berhak mencampuri urusan PKR Pahang dengan cara negatif dan atau mempersoalkan imej parti. Beliau bukan lagi menjadi anggota mana-mana ranting atau mana-mana cabang di Pahang kerana beliau telah memindahkan keanggotaannya ke Terengganu.
“Sikap yang ditunjukkan oleh Azan itu adalah amat negatif dan tidak langsung menguntungkan parti,” tambahnya.Hrkh

Tiada ulasan:
Catat Ulasan