Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 23 Mac 2011

Hakim ubah keputusan, kini terima sampel DNA Anwar bahan bukti

Datuk Sri Anwar Ibrahim ketika tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Mahkamah Tinggi hari ini mengubah keputusan dibuat dua minggu lalu dengan membenarkan tiga barang dan sampel DAN diterima sebagai bukti dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah juga memutuskan bahawa penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 adalah sah.
Pada 8 Mac lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ketua Pembangkang itu untuk menggugurkan tiga barang yang diambil dari sel tempat beliau ditahan semalaman pada 16 Julai 2008, daripada dijadikan sebagai bukti.
Turut digugurkan ialah sampel yang diambil daripada barangan itu yang menurut pihak pendakwa adalah sepadan dengan profil DNA “lelaki Y”, yang air maninya ditemui dalam dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar.
Mohd Zabidin mendapati tiga barang itu — sehelai tuala kecil ‘Good Morning’, satu botol air mineral dan satu berus gigi — telah diperoleh secara tidak sah.
Minggu lalu, pihak pendakwaan berhujah bahawa Mahkamah Tinggi boleh dan patut membenarkan permohonannya bagi dikeluarkan perintah supaya Anwar memberikan sampel DNA beliau.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata permohonan itu mungkin tidak pernah dibuat sebelum ini tetapi dibenarkan mengikut undang-undang manakala Akta Keterangan 1950 memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah itu.
Pihak pendakwaan mahukan sampel daripada Anwar untuk dibandingkan dengan profil “lelaki Y” yang ditemui dalam dubur Mohd Saiful.
Hari ini, Mohd Zabidin menambah, langkah mengemukakan waran tangkap oleh pendakwa membuktikan bahawa penahanan Anwar adalah dalam lingkungan perundangan.
“Sekarang, ekoran bukti IO dan pegawai yang menahan, penahanan adalah sah,” kata hakim.
“Penahanan tertuduh tidak lagi boleh dikatakan sebagai dibuat untuk mendapatkan DNA (secara tidak sah)... mahkamah membenarkan barang-barang tersebut dikemukakan sebagai bahan bukti,” kata hakim lagi.
Mahkamah bagaimanapun menolak satu lagi permohonan agar Anwar diarah menyerahkan sampel DNA dengan hakim berkata, tiada kes-kes perundangan untuk menyokong permintaan tersebut.

“Permohonan untuk memaksa tertuduh untuk menyerahkan DNA ditolak,” kata Mohd Zabidin.
Suara Anwar dapat didengar jelas dalam persekitaran bilik mahkamah yang sunyi ketika keputusan dibacakan.
“Adakah anda benar-benar terkejut? Anda benar-benar...?” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat itu dengan menoleh ke arah pemberita selepas keputusan diumumkan.
Keputusan 8 Mac lalu bermakna keterangan yang diberikan ahli kimia Nor Aidora Saedon yang mengambil sampel daripada barangan tersebut tidak akan diterima sebagai keterangan.
Begitu juga dengan keterangan ketua makmal forensik Polis Diraja Malaysia di Cheras, Supt Hamidon Adnan, yang telah mengambil tiga barang itu dari sel di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur.
Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.TMI

 ULASAN DATUK SRI ANWAR IBRAHIM

 Keputusan terbaru Mahkamah Tinggi  untuk menerima pakai tiga barangan sebagai bahan bukti kes Fitnah 2 menunjukkan mahkamah berada di bawah tekanan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian mengulas keputusan hakim, Datuk Zabidin Mohd Diah yang mengubah keputusan bicara dalam bicara sebelum ini bagi membenarkan tiga bahan tersebut, yang diperoleh secara tipu helah dijadikan bukti di mahkamah.
“Saya juga faham bahawa tekanan dalam kes ini terutama keputusan awal hakim daripada Perdana Menteri dan kabinet itu dibuat secara terbuka.
 ”Jadi tentunya keputusan hari ini tidak mengejutkan,” ujarnya mengulas keputusan berkenaan.
“Bagi kita, ia tidak selaras dengan hukum dan undang-undang tetapi saya bincang dengan peguam, kita akan hadapi dan kita akan lakukan sebaiknya.
Anwar mempersoalkan tindakan hakim Zabidin menukar keputusannya dalam masa yang singkat.
“Cara hakim merubah keputusan dalam masa terlalu singkat atas alasan teknikal itu juga belum pernah berlaku tetapi dalam kes Anwar ini banyak yang belum pernah berlaku, berlaku,” katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengubah keputusan bicara dalam bicara sebelum ini untuk membenarkan berus gigi, tuala dan botol air yang diperoleh dari lokap tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan, dikemukakan sebagai bukti.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....