Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 24 Mac 2011

Guan Eng saman bekas KM P.Pinang




Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan menyaman kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berhubung skandal penyerahan tanah Pulau Jerejak kepada Urban Development Authority (UDA) dan Tropical Island Resort (TIR) yang mengakibatkan kerugian sehingga RM30 juta kepada rakyat.

Lim Guan Eng berkata, keputusan tersebut dibuat berikutan keengganan serta kegagalan Tropical Island Resort untuk membayar premium tanah tersebut mengikut masa yang ditetapkan.

“Mesyuarat kerajaan negeri hari ini memutuskan Tropical Island Resort perlu membayar premium untuk tanah yang diluluskan,"

"Mereka telah membuat bayaran premium tanah sebelum ini tetapi selepas ansuran pertama itu mereka tidak lagi membayarnya dan mengakibatkan TIR berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak 10.6 juta ringgit," katanya.

Januari lalu, Guan Eng mendakwa berlaku skandal dalam pemberian tanah seluas 32 hektar di Pulau Jerejak kepada UDA Holdings ketika pentadbiran BN yang menyebabkan kerugian kepada rakyat sebanyak RM30 juta.

Kerugian itu katanya merujuk kepada pelaburan agensi kerajaan negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dalam TIR sebanyak RM15.435 juta dan pinjaman RM3.6 juta serta premium tanah RM10.6 juta yang belum dijelaskan kepada kerajaan negeri.

TIR adalah syarikat usaha sama UDA Holdings dan PDC dengan pegangan ekuiti masing-masing 51 peratus dan 49 peratus.

TIR diperbadankan pada 18 Ogos 1992 dengan modal berbayar RM31.5 juta, termasuk pelaburan PDC sebanyak RM15.435 juta untuk membangunkan Pulau Jerejak sebagai pusat eko-pelancongan.

Menurut Guan Eng, pembangunan tersebut dicadangkan dalam empat fasa, tetapi hanya fasa pertama dilaksanakan membabitkan pembinaan 13 chalet, bangunan yang mempunyai 52 bilik, tapak rekreasi, spa dan jeti yang siap pada Ogos 2003 dan beroperasi sejak Januari 2004.

Guan Eng berkata, bagi menarik lebih ramai pengunjung, kerja menaik taraf resort itu dilakukan dan siap pada September 2007 yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM34.84 juta.

Bagaimanapun, sejak TIR beroperasi ia belum peroleh sebarang keuntungan.

Jelas Guan Eng, projek yang dilaksanakan Umno-Barisan Nasional sebelum ini mengalami defisit RM 30 juta dan kerajaan Pulau Pinang sekarang menuntut supaya wang terbabit dikembalikan.

Guan Eng berkata, Koh Tsu Koon juga telah menyerahkan Pulau Jerejak kepada UDA diantara tahun 1992 – 2007.

TIR (Tropical Island Resort) ditubuhkan dengan UDA memegang saham sebanyak 51% dan PDC (mewakili Kerajaan Negeri) memegang saham sebanyak 49%.

Tambah Guan Eng lagi, sebagai Menteri Kabinet yang menjaga KPI, Koh Tsu Koon harus bertanggungjawab dalam mengarahkan UDA untuk memulangkan semula wang serta Pulau Jerejak kepada rakyat Pulau Pinang.Imbang Penuh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....