Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 24 Februari 2011

Speaker Selangor Fail Permohonan Ketepi Kemenangan Badrul Hisham

SHAH ALAM: Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim memfailkan saman dalam kamar untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang mengisytiharkan bahawa Badrul Hisham Abdullah masih seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang.

Permohonan tersebut difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi pada Rabu, menerusi peguam Tommy Thomas dan pihak media dimaklumkan mengenai perkara tersebut pada Khamis.

Kronologi kes tersebut bermula dengan pengumuman yang dibuat oleh Teng pada 19 Januari lalu yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N46 itu atas alasan Badrul Hosham telah gagal untuk menghadiri Sidang DUN selama enam bulan berturut-turut.

Ekoran pengumuman itu, Badrul Hisham memfailkan saman pemula untuk mendapatkan deklarasi bahawa beliau masih seorang ADUN dan juga untuk memohon bahawa tindakan Teng itu adalah ultra vires (melampaui undang-undang).

Saman pemula itu didengar di hadapan Hakim Datuk Zaleha Yusof pada 18 Februari lalu tanpa kehadiran peguam yang mewakili Teng yang kemudiannya memutuskan bahawa Badrul Hisham masih seorang ADUN kerana kerusi tersebut tidak pernah kosong.

Selain itu, Zaleha juga memerintahkan supaya Teng yang dinamakan sebagai defendan pertama oleh Badrul Hisham untuk membayar kos sebanyak RM40,000.

Justeru itu, dalam samannya, Teng memohon perintah supaya keputusan penghakiman ingkar terhadap beliau yang dibuat oleh Zaleha ditepikan dan kos permohonan ditanggung oleh Badrul Hisham, yang menjadi ADUN selepas memenangi kerusi N46 itu pada Pilihan Raya Umum 2008.

Badrul Hisham bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR), bagaimanapun membuat keputusan untuk menjadi seorang ADUN bebas yang menyokong Barisan Nasional pada Oktober 2010 sebelum mengisi borang keahlian UMNO pada Mei tahun lalu.

Berdasarkan afidavit yang diikrarkan Teng pada 23 Februari lalu bagi menyokong permohonan itu, beliau mendakwa telah dimaklumkan oleh rakan kongsi Tommy bahawa mahkamah telah menetapkan pendengaran saman pemula pada 18 Februari walaupun Tommy mepunyai kes di Johor Baru, Johor pada hari itu.

Teng juga mendakwa beliau telah memohon seorang peguam dari firma yang sama, Alan Adrian Gomez untuk menghantar wakil ke mahkamah bagi memohon penangguhan tetapi permohonan itu tidak diterima oleh mahkamah.

Oleh itu, Teng mendakwa berlaku ketidakadilan untuk dirinya dan cara pendengaran yang dibuat secara sebelah pihak (ex-parte) adalah tidak adil.

Sementara itu, berdasarkan afidavit Tommy, beliau mendakwa berlaku pelanggaran undang-undang keadilan asasi kerana tiada penghujahan dibuat bagi pihak speaker dalam pendengaran tersebut.Mstar

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....