Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 3 Februari 2011

Perkembangan Terkini Protes Rakyat Mesir

Suasana di Kaherah semalam apabila penyokong dan anti-Hosni Mubarak bertempur ketika demonstrasi masuk hari kesembilan meminta presiden itu meletakkan jawatan. — Foto Reuters
Penyokong Presiden Hosni Mubarak memasuki kawasan Dataran Tahrir dengan menaiki kuda untuk mendesak puak antipemimpin itu bersurai dan tidak meneruskan demonstrasi. — Foto ihsan msnbc.com

KAHERAH, 3 Feb — Beribu-ribu penyokong dan anti-Presiden Hosni Mubarak(gambar kiri) bertempur di dataran utama ibu negara Mesir di sini yang berlarutan beberapa jam semalam menyebabkan tiga orang terbunuh manakala sekitar 1,000 orang tercedera.

Dilihat sebagai serangan yang disusun rapi, didakwa mendapat sokongan kerajaan, puak yang menyokong Hosni memasuki Dataran Tahrir menggunakan kuda dan unta manakala sekumpulan yang lain membaling bom petrol dari kawasan bumbung bangunan.

Kumpulan anti-Hosni menuduh rejim presiden itu menggunakan kumpulan samseng dan anggota polis berpakaian preman bertempur dengan penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi buat hari kesembilan semalam, meminta Hosni meletakkan jawatan dengan segera.

“Selepas revolusi kami, mereka menghantar orang-orang mereka ke sini untuk bertempur dengan kami,” kata seorang peguam Ahmed Abdullah, 47, yang turut menyertai demonstrasi di Dataran Tahrir.

“Mengapa mereka mahu kami bergaduh sesama sendiri, dengan satu dunia menyaksikan apa yang berlaku di sini?” katanya.

Menteri Kesihatan Mesir Ahmed Farid berkata sekurang-kurangnya 600 orang cedera dalam keganasan semalam.

Salah seorang yang terbunuh merupakan askar yang terjatuh dari jambatan, kata menteri itu.

Dr. Mona Mina, pakar perubatan di klinik kecemasan di kawasan kejadian memberitahu Reuters bahawa lebih 1,500 orang cedera.

Dalam pada itu, Dr. Hatem Aly dari Hospital Gamaet Ein al-Shams di sini memberitahu bahawa kebanyakan yang cedera merupakan kumpulan anti-Hosni.

Tentera yang mengambil sikap tunggu dan lihat sejak demonstrasi seminggu lalu, yang diadakan secara aman, terus menyiarkan mesej menerusi televisyen semalam meminta orang ramai meninggalkan kawasan demonstrasi atas alasan “kumpulan ganas” mahu membakar dataran itu.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....