Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 12 Februari 2011

Adun Sri Muda Kemuka Bukti Kukuh Umno Khianat, Hina Raja-Raja Melayu

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan ruang kepada saya terlibat sama-sama membahaskan Rang Undang-Undang yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada hari ini.
Tetapi sebelum itu saya memohon untuk diberikan sedikit masa memandangkan hampir dua tiga minggu kebelakangan ini saya tidak mempunyai forum yang cukup untuk membalas hujah-hujah dangkal yang dikemukakan oleh Awang Selamat [Mingguan Malaysia] yang sudah semestinya oleh UMNO dan juga Barisan Nasional.
Pada hari ini Dewan yang mulia kita terpaksa membahaskan Rang Undang-undang pindaan ini, yang mana ianya adalah disebabkan oleh kesilapan yang telah dilakukan oleh pemerintah di zaman Barisan Nasional. Yang mana saya melihat oleh sebab mereka ini ingin mengampu pimpinan-pimpinan mereka di peringkat pusat, akhirnya mereka telah bertindak mengorbankan kuasa DYMM Sultan Selangor dan juga Kerajaan negeri.
Sebelum tahun 1993 Fasal 1 perkara 52 Undang-Undang Tubuh yang pada asalnya dengan jelas memberikan kuasa kepada DYMM Sultan Selangor bagi membuat pelantikan-pelantikan ke jawatan-jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Fasal 1 yang asal sebagaimana yang dinyatakan dalam Rang Undang-Undang Pindaan ini jelas memperlihatkan melibatkan kepada semua yang berkaitan, iaitu DYMM Sultan Selangor, YAB. Dato' Menteri Besar Selangor dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan yakni Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, tidak ada satu pun pihak dalam pelantikan ini yang dikesampingkan.
Kita harus melihat kembali senario yang berlaku pada tahun 1993, yang mengakibatkan pindaan ke atas fasal 1 perkara 52 dibuat, pada ketika itu yang menjadi persoalan ialah berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja dari tindakan undang-undang atas kapasiti peribadi Baginda seperti mana telah disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi, ianya bukan kerana dengan kuasa Raja-Raja tetapi oleh sebab Barisan Nasional, UMNO di Selangor ingin menunjukkan taat setia yang melampau kepada kepimpinan mereka di peringkat pusat maka mereka bertindak lebih jauh dengan meminda undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
lni sejarah yang dicatatkan, akibatnya kuasa DYMM Sultan dimansuhkan dan menafikan peranan pihak Kerajaan Negeri dalam perkara berkaitan pelantikan tiga pegawai-pegawai utama perkhidmatan awam negeri ini. Jelas di sini mereka terkeliru dengan pindaan di peringkat Persekutuan yang hanya menyentuh kekebalan Raja-Raja Melayu tetapi mereka terlajak menyentuh sehingga ke peringkat membuang kuasa Raja-Raja Melayu.
lni telah mengakibatkan kita di Negeri Selangor ini tiada peranan dalam urusan pelantikan pegawai-pegawai kerajaan kita sendiri ini juga jelas dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara, yang nyatakan pelantikan tiga pelantikan pegawai ini adalah di dalam bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tanpa perlu mendapat persetujuan ataupun pandangan Kerajaan negeri.
Cara pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini jelas memperlihatkan keegoan, kesombongan dan kebiadaban Kerajaan Pusat dalam urusannya dengan kerajaan-kerajaan negeri terutamanya dengan kerajaan negeri pakatan rakyat di Negeri Selangor.
Tambah memeranjatkan terdapat segelintir daripada anggota perkhidmatan awam di Negeri ini yang sanggup menjadi budak-budak politik mereka di Putrajaya, sedangkan mereka seharusnya bersifat secara profesional, bebas, berkecuali dan setia kepada Kerajaan yang memerintah [dengan izin] mengikut government of the date Kerajaan yang pemerintah pada hari ini. Di sinilah watak-watak si kitol dan juga Raja Mandelia terdedah dan terlihat dengan jelas.
Yang menjadi persoalan kita ialah mengapa? Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar tidak dirundingi, dimaklumi, dan dihormati di atas pelantikan YB. Setiausaha Kerajaan ini. Apa yang jelas akibat daripada tindakan dan mainan politik oleh pihak-pihak yang berkepentingan, Politik di Putrajaya yang menerima kesannya adalah Kerajaan negeri dan juga rakyat yang terbanyak di Negeri Selangor.
Kita pada hari ini dipaksakan tanpa kerelaan menerima seorang Setiausaha yang kemampuannya, saya tidak mahu sentuh sangat panjang lebar mengenai hal ini, kerana kita mempunyai adab dan sopan tetapi saya nak beritahu bahawa keraguannya diragui, banyak pihak yang meragui, yang mempertikaikan tentang kelayakan dari kemampuannya untuk membantu menguruskan Kerajaan Negeri.
Bahkan saya difahamkan dalam senarai awal untuk calon-calon daripada Kerajaan negeri pun tidak berada dalam kedudukan yang baik dan dalam senarai Putrajaya pula kedudukan nama ini adalah di peringkat kedudukan yang terakhir.
Tetapi oleh sebab adanya permainan politik di peringkat Putrajaya maka orang kerdil dan tidak cekap inilah yang menjadi pilihan di Putrajaya, soalannya mengapa?.. Sebabnya jelas Putrajaya memerlukan seseorang yang sanggup menjadi budak suruhan mereka bagi mengucar-ngacirkan Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Kerajaan Pakatan.

Tuan politik mereka memberi imbuhan kenaikan pangkat, kepada mereka yang sanggup menjadi budak suruhan bukanlah perkara baru dalam perkhidmatan awam di Negeri ini, contohnya Ketua Setiausaha Negara sekarang ini, beliau sendiri adalah menjadi budak suruhan kepada seseorang, kita tidak lupa bagaimana beliau pada satu ketika dahulu adalah merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri kemudian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, sanggup menjadi galang ganti kepada tuan politiknya, iaitu Ratu AP Malaysia, YB Rafidah Aziz daripada Kuala Kangsar, skandal AP yang heboh, satu ketika dahulu sehingga dikecam hebat oleh Ahli-Ahli parlimen daripada Barisan Nasional sendiri, menyaksikan beliau yang menjawabnya, sedangkan Ratu AP Rafidah Aziz yang menjadi Menteri yang bertanggungjawab cuba mengelak dengan pergi ke dalam pelbagai misi-misi lawatan di luar negara.
Akibat dari kesanggupan menjadi pak sanggup dan budak suruhan kepada Ratu AP, maka Tan Sri Sidek Hasan ini akhirnya, mendapat imbuhan kenaikan pangkat menjadi Ketua Setiausaha Negara, walaupun pada masa itu, terdapat ramai lagi pegawai-pegawai kanan yang layak dan lebih kompeten daripada beliau.
Jelas di sini yang dicari bukanlah keupayaan, dan juga bakat tetapi kesanggupan menjadi budak suruhan kepada tuan-tuan politik. Mengenai, Tan Sri Sidek ini beliau memang terkenal dengan slogan NIKE kasut bola tu, slogan NIKE just do it, atau buat sahaja dan ini pernah mendapat teguran daripada Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional, kawasan Johor Bahru, YB Dato' Shahrir Samad yang menegur beliau supaya tidak buat sahaja, tetapi lihat sama ada perkara itu boleh dilaksanakan ataupun tidak, perangai yang buat sahajalah, pada pandangan saya telah mengakibatkan perkara di Selangor berlaku sekarang ini.
Semangat federalisma dan semangat undang-undang tubuh, dilanggar dan dipijak-pijak si pak sanggup kepada Ratu AP Rafidah Aziz ini buat sahaja pelantikan SUK tanpa adap dan sopan apatah lagi untuk berlanya dan mendapat pandangan Ketua Kerajaan Negeri Selangor YAB. Dato' Menteri Besar.
Pindaan yang dibincangkan di dalam dewan yang mulia ini, saya yakin akan dapat mengembalikan semula, kuasa DYMM Sultan Selangor dan Kerajaan negeri dalam pelantikan pegawai-pegawai utama di negeri Selangor, ianya juga akan dapat menyelamatkan

Ia juga akan dapat menyelamatkan kita dari terpaksa bekerja dengan mereka-mereka yang dihantar oleh Putrajaya pada masa-masa hadapan tidak kira siapa pun di Putrajaya. Urusan negeri biarlah negeri yang mengendalikannya. Saya tidak pernah mempunyai masalah peribadi yang besar dengan Yang Berbahagia Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri sekarang, kalau ada pun hanya sedikit sahaja masalah yang diistilahkan sebagai satu masalah teknikal yang mana yang ini saya tidak berhasrat untuk sebutkan di dalam sidang Dewan tetapi saya akan menceritakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor apabila diperkenankan untuk menghadap ke bawah Mulia Tuanku. D
Dalam kita membicarakan isu pelantikan ini terdapat juak-juak dan juga batu api yang cuba melaga-lagakan antara kerajaan negeri dan juga pihak istana. Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar dan Kepimpinan Kerajaan Negeri dituduh sebagai penderhaka oleh Awang Selamat daripada Mingguan Malaysia, oleh UMNO, oleh pendukung-pendukung UMNO dan PERKASA yang mana mereka menggambarkan seolah-olah kita Kerajaan Pakatan Rakyat ini tidak menghormati pihak lstana.
Saya sendiri difitnah dengan buruk oleh juak-juak puak-puak ini. Kalau kita perhatikan kepada apa yang saya sebut yang saya tulis dalam blog itu pagi tadi yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, saya fikir, saya tidak beliau membaca apa yang saya tulis dengan panjang lebar kerana kalau beliau baca, Ketua Pembangkang baca beliau tidak akan berani berkata pun sebut perkataan biadab kepada saya. lnilah masalahnya ketua pembangkang kita di Selangor, ada gelaran Doktor tetapi saya tak fikir internet pun beliau tak mampu nak buka. ltu sebabnya beliau tak baca.
Kalau dibaca secara ilmiah ia akan menjadi satu ilmu yang boleh kita kongsi bersama. Tetapi kalau kita baca mengikut ruang lingkup kepala politik kita maka perkara ini boleh dipolitikkan. Jadi saya gesa kepada Ketua Pembangkang dan sahabat-sahabat kita daripada Barisan Nasional, buka dulu, baca dulu, teliti dulu kemudian barulah buat rumusan apakah benar ada penderhakaan di situ yang sebut penderhakaan ini Utusan Malaysia.
Yang sebut penderhakaan ini Awang Selamat. 2 hari bulan Januari penuh muka surat itu tajuknya tidak ada lain adalah biadab di Selangor No. 1 saya, No. 2 Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar yang ketiga yang Berhormat Ahli Parlimen Serdang.
Tidak adakah benda lain yang boleh Utusan Malaysia ini tulis bagi membuka minda rakyat kita di Negeri Selangor ini hingga terpaksa menggunakan perkataan-perkataan biadab, kurang ajar, sopan yang tidak sopan yung ditujukan kepada ahli-ahli Dewan.

Dalam apa yang kita katakan sepanjang dalam isu ini tidak ada satu perkataan pun, perbuatan kita pun yang boleh ditakrifkan sebagai menderhaka kepada Duli yang Maha Mulia Sultan Selangor, yang berlaku ialah kita menyanggah watak-watak Pateh Karmawijaya, watak-watak si kitol dan juga watak-watak Raja Mandaliar yang cuba menggunakan lstana untuk mencapai agenda jahat mereka dan dendam kesumat mereka kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
Kita bukanlah orang yang mengungkapkan perkataan derhaka dan saya nak tegaskan Kerajaan Negeri Selangor tidak ada seorang pun dalam Dewan Negeri ini yang mengungkapkan perkataan “sekian lama kita mati dalam setia, kali ini kita hidup dalam derhaka”. lni ayat yang dikemukakan oleh lbrahim Ali, pada, 18.1.1993. Saya mempunyai hansard kalau ketua pembangkang ada, ketua BBC ada, saya juga ada tetapi saya bawa sikit saja sebab berat. Berat kerana pembohongan dan fitnah oleh Ahli Parlimen Pasir Mas. Dan sebab itu saya ingin tegaskan bahawa kita di Dewan ini kita tidak pernah mempergunakan perkataan sebegitu, perkataan yang jelas walau pun disebut dalam Sidang Dewan Negeri, disebut dalam Dewan Negara, Dewan Rakyat, walau pun kita semua mempunyai kekebalan dan juga imuniti, tetapi perkataan itu jelas menunjukkan kederhakaan yang besar kepada Raja-Raja Melayu.
Siapakah yang derhaka sebenarnya. UMNO tolong jawab. Siapa? Siapakah yang menjadi bapak kepada segala penderhaka? Dalam negara kita ini tidak iain dan tidak bukan yang derhaka sebenarnya adalah UMNO dan juga Barisan Nasional. lni sejarah yang sudah pun dibuktikan. Kita bukanlah orang yang sanggup untuk menggelar Raja kita sebagai binatang seperti di Terengganu. Dan kita juga bukanlah orang yang sanggup menabalkan orang lain menjadi Raja seperti mana yang dibuat oleh Annuar Musa di Kelantan. lni sejarah yang sudah dicatitkan.
Tahun 1993 kita bukan budak kecil yang tidak ingat semua perkara, yang tidak ingat mungkin Dr Mahathir seorang dalam hansard dewan ini tercatat dengan jelas bagaimana bahasa-bahasa yang digunakan oleh Tun Mahathir Mohamed cukup mencalar, jiwa orang-orang Melayu dan juga Raja-raja Melayu.

Saya ingin bacakan sedikit tentang pembohongan, kebiadaban dan kurang ajarnya UMNO ini terhadap Sultan-sultan Melayu. Saya mahu sebut supaya dapat direkodkan dalam Dewan ini, bagaimana UMNO lidahnya bukan sahaja bercabang dua tetapi bercadang tiga empat mengikut keperluan politik-politik mereka. Saya hendak sebutkan satu persatu, ADUN Umno dengar baik baik..;
Nombor satu,
Pengasas UMNO Dato' Onn Jaafar dibuang dari lstana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan Johor secara terbuka atas isu harta.

Yang kedua, tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi, bapak kepada Dato' Tajol Rosli yang tidak mahu meletak jawatan sebagai Dato' Menteri Besar Perak walaupun perjanjian asal dia hanya mahu pegang jawatan itu selama 2 tahun sahaja. Apabila sampai masanya ia tidak mahu melepaskan jawatan tersebut. Sultan ldris Allahyarham, Almarhum Sultan ldris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambangnya selagi Ghazali Jawi tidak meletak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya.
Tetapi kenapa tiba-tiba Dato' Tajol Rosli kata UMNO tidak pernah ucap perkataan seperti Yang Berhormat Nizar Jamaluddin sebut di Negeri Perak dan ini ungkapan yang termuat dalam akhbar Utusan Malaysia pada 12.2.2009. Tindakan arwah bapanya itu kepada Sultan apakah yang boleh kita takrifkan. Derhaka ke tidak?

Yang ketiga, begitu juga pada tahun 1979, kes Dato' Rahim Bakar, bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro UMNO mengkritik Sultan Pahang secara terbuka.Tanpa segan silu..

Yang Keempat, pada tahun 1983, UMNO hendak meminda supaya kuasa Yang Dipertuan Agong mengenai perisytiharan darurat dikurangkan, maka UMNO membelasah Raja-raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut. Ini dicetak seantero Negara..

Yang kelima, pada tahun 1991 dalam Persidangan Agong UMNO Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan UMNO kalah di negeri Kelantan pada PRU tahun 1990.

Yang keenam, dalam Persidangan Agong UMNO juga perwakilan UMNO meminta harta Raja-raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia di muka depan, di muka surat yang pertama, apakah ini bukan derhaka namanya.

Yang ketujuh, satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin UMNO di Negeri Kelantan. Waktu itu FRU tidak pun menembak gas tetapi tindakan yang dilakukan itu apakah tidak derhaka namanya?.

Yang kelapan, pada 18 Januari 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Raja dibawa ke Mahkamah apabila Raja-raja Melayu minta supaya pindaan itu ditangguhkan maka Utusan Malaysia dan media yang dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional mengkritik secara terbuka dan mendedahkan salah laku Raja-raja Melayu. Apakah ini bukan derhaka?

Yang kesembilan, beberapa siri rapat umum haram dilakukan oleh UMNO di Alor Setar, di Bagan Datok, di Seremban, Batu Pahat dan juga Melaka untuk menunjuk sokongan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamed dan mengecam Raja-raja Melayu secara terbuka. Apakah ada laporan polis seperti dilakukan pada saya? Semunya pengecut..

Yang kesepuluh, saya ingin menyatakan bahawa Tengku Razaleigh Hamzah (wakil rakyat Umno) secara sinis ada menyatakan mana satukah yang lebih merbahaya sama ada pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 hari bulan dua tahun 2009.
Tengku Razaleigh tidak bersetuju dengan tindakan Yang Berhormat Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak tetapi beliau menyatakan Karpal membuat satu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan dan pemimpin UMNO yang memberikan laluan pada tahun 1993. Dan ini disiarkan oleh akhbar The Star pada 17 Februari 2009. Tiba-tiba hari ini, tiba-tiba waktu ini setelah begitu banyak penderhakaan dan kurang ajar, kebiadaban yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional, hari ini UMNO pula yang menjerit marah kepada kita dan juga kepada peguam Karpal kononnya menderhaka kepada sultan. Lidah bercabang betul UMNO / BN ni…
SIRI 7

Perkara yang ke sebelas – peristiwa pertabalan Tengku lbrahim Petra untuk menggantikan Sultan lsmail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh, Kelantan oleh Dato' Anuar Musa. Keadaan ini cukup memalukan dan apakah ini boleh kita tidak istilahkan sebagai kurang ajar ataupun derhaka? Kerana budaya ini sesuatu yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini tetapi apabila mereka (UMNO) ini melihat kuasa-kuasa mereka sudah semakin terhakis maka mereka sanggup untuk melantik sultan yang baru walhal sultan yang hidup itu masih bertakhta. B..

Perkara yang kedua belas - Kenyataan biadab Shahidan Kassim (bekas Menteri Besar Perlis) mengatakan sultan Kelantan sekarang ini tidak layak menduduki takhta kerana dia mempunyai bukti dan ini dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian pada 11 Jun 1993.

Perkara yang ketiga belas - yang ini saya tidak mahu sebut sangat tetapi saya terpaksa menyebut tentang penderhakaan dan perkara yang mengakibatkan raja-raja Melayu terguris terutamanya di Selangor. Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohamad bin Hj. Mohd Taib yang selebihnya fikirkan sendiri apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO ini… (ketawa.. )

Perkara yang keempat belas - yang disebut oleh Y.B. Bukit Antarabangsa yang disebut oleh Y.B. Hulu Kelang tadi 23 daripada 24 ADUN Barisan Nasional Terengganu ugut untuk memboikot angkat sumpah Dato' Ahmad Said selepas Pilihan raya Umum tahun 2008. Mereka membuat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu ldris Jusoh dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu. Manakala penyokong UMNO pula mengatakan secara terbuka dgn menulis di bunting, menulis di banner yang dipegang oleh pemimpin-pemimpin UMNO dengan tulisan yang ditulis dengan perkataan ‘Kami nok Deris lah, natang”.. @ bermaksud binatang. Kenapa waktu itu polis tidak tangkap, cari mereka? Saya Ketua Polis Selangor menyebut ada 25 laporan polis sebab itu kena siasat. Hishamuddin (Menteri Dalam Negeri) sebut apabila lebih daripada 20 laporan polis dibuat ke atas saya oleh NGO-NGO yang kononnya tidak ada hubung kait dengan UMNO dan Barisan Nasional maka polis terpaksa mengambil tindakan. Dan tindakan ini dilakukan oleh pendokong-pendokong UMNO. Rata-ratanya daripada pendokong-pendokong PERKASA ataupun GAPS yang adalah ahli UMNO. GAPS ini adalah sebuah perlubuhan yang saya gelarkan ia Gabungan Anggota Pemikiran Serabut (GAPS). Kenapa GAPS? Kenapa serabut? Sebab otak mereka ini sokmo bergegar… Sebab itu bila dia turun dia ikat otak dia itu dengan kain merah supaya otak itu tak bergegar. lnilah GAPS. Sebab apa begitu? Kerana fikiran ni serabut, sasau, sewel, sempit. Semua cukup, lengkap, pakej. Dan inilah dia orang yang jadi presiden GAPS ini.. Pertubuhan haram.. Dia ialah orang yang menjadi Setiausaha UMNO di Kapar.
Y.B. Sementa ada dekat sini boleh membuktikan. lni Setiausaha UMNO! Bukankah orang politik? ke apa bendanya? NGO apa benda ini? Dan ini juga “sahabat” saya yang pernah lari daripada medan perjuangan di Sarawak. Waktu pilihan Raya Umum Tahun 2001. Dikejar oleh samseng-samseng yang diupah oleh Barisan Nasional. Di Sarawak tak ada UMNO !!? PPB, Parti Bumiputra Bersatu.. PBB ya, Parti Petaka Bersatu..(ketawa) Apa jugalah gelaran tapi masuk Barisan Nasional akhirnya. Dia lari meninggalkan tempat bilik gerakan lintang pukang hilang kemana.. lnilah dianya, hari ini muncul orang pengecut ini kononnya nak menjadi jaguh kepada GAPS. Saya nasihatkan beliau belajar untuk sebut perkataan 'r' betul-betul dulu baru ‘lead’ GAPS..

Perkara yang ke enam belas - Tan Sri Rahim Thambi Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan penggunaan ganti nama yang disebut 'patik' yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan-sultan dihentikan. Memadai dengan hanya mengatakan 'saya tuanku'. Dan ini dikeluarkan di akhbar Berita Harian pada 3 Februari 1993. lni ungkapan yang biadab dan derhaka kepada raja-raja Melayu. Siapa yang keluarkan? Pemimpin-pemimpin UMNO derhaka..

Yang ketujuh belas - Dato' Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO mencabar supaya Sultan Kelantan, Sultan lsmail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah dan ini dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian pada 11 Februari 1993. lnilah sikap biadab yang ditunjukkan oleh menteri-menteri UMNO pada hari ini yang terlalu suka untuk campur tangan dalam soal pelantikan dan juga budi bicara kuasa raja-raja Melayu. Sebenarnya YB. Puan Timbalan Speaker dan ahli-ahli yang berhormat sekalian kalau saya nak baca dua jam baru habis (kalau saya nak baca). Saya malas nak baca. Sebab apa? Seluruh dunia tahu UMNO ni kaki putar alam, kaki pembelit, kaki pembohong dan pengampu. Jadi, kalau kita sebut pun hari ini berjam-jam pun memang itu kenyataannya.

Saya nak hentikan dekat situ. Saya ingin sambungkan balik ucapan Rang Undang-Undang saya. Kita juga bukanlah seperti rakyat yang berjiwa raja seperti mantan Menteri Besar Selangor daripada Sungai Panjang yang hidup dalam 'mahligai Bali' atau seperti Rosmah Mansor yang mendabik dada sebagai 'wanita pertama di Malaysia' sedangkan gelaran itu selayaknya adalah untuk Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Mungkin sudah terbiasa menukar suami. Rosmah terkeliru suaminya sekarang ini hanyalah ketua kerajaan bukan ketua bagi negara ini.
Kita juga bukanlah orang yang membuat laporan menghasut rakyat, membenci raja-raja Melayu dengan laporan-laporan palsu dan fitnah. Yang ini Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia serta Awang Selamat cukup pakar dan begitu seni. Lihat saja laporan-laporan polis dan ulasan-ulasan mereka sepanjang tahun 1993 ketika krisis perlembagaan yang melibatkan raja-raja Melayu. Bacalah juga hansard parlimen ketika itu yang saya bawa pada hari ini yang juga dimiliki oleh Ketua Pembangkang yang mungkin juga salinan itu adalah salinan palsu seperi yang disebut oleh Bukit Antarabangsa. Bagaimana dalam laporan-laporan hansard itu menyebut perkataan-perkataan yang digunakan oleh mantan perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga Dato' lbrahim Ali. Kita juga dapati pemimpin-pemimpin daripada Barisan Nasional memalukan dan menghina raja-raja Melayu. Ada yang sanggup mengatakan raja-raja membazirkan duit rakyat.

Kita dapati pemimpin-pemimpin daripada UMNO dan Barisan Nasional amat memalukan dalam menghina raja-raja Melayu. Ada yang sanggup mengatakan raja-raja Melayu membazirkan duit rakyat kerana banyaknya jumlah istana yang dimiliki oleh mereka. lnilah sebenarnya golongan penderhaka yang tulin yang berlindung di sebalik tulisan-tulisan Ghurka Awang Selamat (Utusan Malaysia) dan juga Mingguan Malaysia serta Gurkha pengecut yang seangkatan dengannya.
Saya membandingkan peruntukan fasal 1, perkara 52 yang sedia ada yang menyebut pelantikan bagi tiga pegawai utama perkhidmatan awam di negeri ini hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan. Tidak disebut Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mahu pun kerajaan negeri. Yang anehnya ada anggota perkhidmatan awam di negeri ini yang cuba berlagak pandai dengan menyatakan bahawa perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor masih dikehendaki kerana baginda adalah Ketua Eksekutif seperti yang dinyatakan dalam perkara 50.
Orang ini yang selayaknya digelar sebagai si kitol yang memutar belit dengan menyatakan persetujuan Menteri Besar tidak diperlukan disebabkan fasal 1, perkara 52 tidak menyebut tentang YAB Dato' Menteri Besar. Yang peliknya kerana fasal 1, perkara 52 pun tidak menyebut Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Orang ini telah membaca bersama dua perkara yang berlainan iaitu perkara 50 dan perkara 52. Itulah sebabnya saya menyoal beliau mengapa tidak dibaca sekali perkara 55 yang mengkehendaki Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mendapat nasihat dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Dato, Menteri Besar dalam menjalankan kuasa-kuasa baginda. Kalau orang ini membaca perkara 50 bersekali dengan perkara 52, apakah yang menghalang beliau untuk membaca kedua-dua perkara tersebut dengan perkara 55? lni kerana dia dan juga tuan politiknya di putrajaya tahu bahawa mereka tersilap langkah dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa merujuk kepada YAB Dato' Menteri Besar.
Jawapan beliau untuk menegakkan benang basah dan juga pembohongan ialah "Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor hanyalah menjalankan kuasa eksekutif baginda. Oleh itu perkara 55 tidak perlu. "Dialah Setiausaha Sulit, dialah juga Penasihat undang-undang dan dia jugalah Hakim yang membuat tafsiran. lni sekali lagi menunjukkan daya fikir orang ini yang dikawal oleh pihak-pihak yang tertentu. Perkara 55 menyebut bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor hendaklah mendapat nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam menjalankan fungsi-fungsi baginda di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959. Hari ini saya bawa Buku Undang-Undang Tubuh ini.

Saya percaya semua ahli-ahli Dewan yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negeri, kita telah berikrar dan bersumpah untuk mempertahankan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri pada 13hb Mac 2008 yang lepas. Maka persoalannya bukankah menjalankan kuasa Eksekutif Baginda itu adalah fungsi Baginda yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan ini. Jika bukan fungsi, apakah namanya? Siapakah yang memberikan kuasa eksekutif kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku kalau bukan tercatit dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan ini. Jelas yang menjalankan kuasa Eksekutif Baginda juga adalah fungsi Baginda di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959 maka ianya tertakluk datam Perkara 55 iaitu nasihat MMKN ataupun Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar haruslah diperolehi.
Oleh kerana mentaliti budak suruhan maka puak-puak ini sengaja berkomplot membuat pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan memperalatkan istana dan tanpa melibatkan Kerajaan Negeri. lnilah sikap biadab suruhanjaya perkhidmatan berkenaan yang berkomplot dengan kumpulan-kumpulan yang sengaja ingin mencetuskan sabotaj kepada Kerajaan Negeri.
Oleh itu saya berpandangan dan menegaskan pindaan ini yang mengembalikan kuasa kepada Duli yang Maha Mulia sultan selangor dan Kerajaan Negeri adalah jalan terbaik bagi menghindarkan kekeliruan dan manipulasi berlaku pada masa-masa hadapan. Pindaan ini jelas meletakkan setiap pihak di kedudukannya, di tempatnya iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor melantik pegawai Kerajaan Negeri selangor sebagai penasihat kepada Baginda dan suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan sebagai pihak yang membuatkan pelantikan.
Setiap pihak mempunyai peranan dan juga peluang untuk bersuara bagi memberikan pandangan dalam pelantikan ini. Bukankah di dalam Islam juga setiap sesuatu itu sebaiknya dijalankan secara musyawarah ataupun secara mesyuarat atau hanya budak suruhan putrajaya yang mahu bertindak sewenang-wenangnya melanggar dan membelakangkan institusi dalam negeri ini.
Golongan budak suruhan Putrajaya inilah yang saya maksudkan sebagai Beraja di mata, bersultan di hati dan bukan ditujukan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Jadi jangan pusing, Kuang pun hari itu bukan main garang lagi keluar dalam surat khabar. “Oh ini sudah derhaka namanya". Siapa kamu untuk menentukan derhaka atau pun tidak.
Semua ahli dewan kita mempunyai hak untuk bersuara dan memberikan pandangan. Tapi pandangan itu mestilah diluahkan dengan cara yang betul, jangan ambil separuh-separuh, potong dan olah menjadi seolah-olah adanya permusuhan di antara Kerajaan Negeri, saya sendiri sebagai wakil Rakyat Sri Muda dengan pihak istana. Perkara ini adalah perkara yang sengaja diwujudkan untuk memporak-perandakan Kerajaan Negeri Selangor.

Pada budak-budak suruhan ini saya ingin menegaskan sampaikan kepada tuan-tuan kamu di Putrajaya bahawa Kerajaan Negeri Selangor adalah Kerajaan yang berdaulat yang dipilih oleh rakyat. Jangan cuba untuk memaksakan kehendak kamu kepada Kerajaan Negeri Selangor. Dahulu Putrajaya cuba memaksakan calon Menteri Besar pilihan mereka ke atas Raja Perlis dan juga Pemangku Raja Terengganu. Mereka adakan perarakan menghina, memaki hamun raja-raja di Perlis dan juga di Terengganu. Sekarang mereka hendak berselindung di sebalik lstana Selangor untuk memaksa Kerajaan Negeri Selangor menerima budak suruhan yang dilantik oleh mereka.
Kami dari Pakatan Rakyat tidak akan membenarkan sekali-sekali Putrajaya memperalatkan lstana demi cita-cita politik mereka. Kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri hendaklah dikembalikan semula kepada asalnya sebelum pindaan yang dilakukan pada tahun 1993.
Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor bukanlah seperti Barisan Nasional yang mudah tunduk kepada Putrajaya bahkan wujudnya Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pun kerana kebaculan mantan Menteri Besar daripada Barisan Nasional yang tunduk kepada tuannya di Putrajaya. lni sebagai imbuhan kepada tuannya yang menjadikan beliau sebagai Dato' Menteri Besar Selangor pada tahun 2000, pampasan dan royalti sebanyak 8 juta setahun yang diberikan itu tidak setanding dengan nilai Putrajaya itu sendiri.
lnilah yang terjadi jika budak suruhan Putrajaya diletakkan di negeri ini, habis tergadai kepentingan negeri semata-mata kerana kepentingan peribadi tuan-tuan politik mereka.
Saya menyokong penuh pindaan ini dibuat demi untuk mengembalikan kuasa kedaulatan maruah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Raja Berdaulat dan Kerajaan Negeri selaku kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.SK

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....