Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 17 Januari 2011

Video : Pertukaran Tempat Suami Calon PAS Tenang, Bermotif Politik




Pengarah Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Salahuddin Ayub berkata arahan pertukaran tempat mengajar suami kepada calon PAS di Tenang adalah bermotifkan politik.

Ujarnya, tindakan itu bertujuan untuk memberikan tekanan psikologi kepada keluarga calon PAS, Normala Sudirman.

Bagaimanapun, setelah didesak untuk memberikan penjelasan berhubung pertukaran tempat mengajar yang tidak dijelaskan dalam notis jabatan itu, pertukaran tersebut ditarik semula oleh Kementerian Pelajaran Johor.

Malah menurut Salahuddin, pembatalan itu semakin terdesak dilakukan apabila tersebarnya video di Youtube yang memuatkan visual Pengarah Jabatan itu sedang berkempen untuk pilihanraya kecil Tenang awal bulan ini.

"Saya rasa beliau dengan penuh sedar ingin memberi tekanan kepada calon kita ini yang pada waktu itu mungkin ada ura-ura akan menjadi calon.

"Saya boleh sebut ia agenda Barisan Nasional yang mempergunakan beliau berkempen dan memberikan tekanan kepada suami calon kita ini," kata Salahuddin.

Suami Normala, Makrof Abd Mutalib semalam berkata, arahan pertukaran dalam tempoh 24 jam itu diterimanya beberapa hari sebelum spekulasi isterinya menjadi calon bertiup kencang.

Setelah menerima notis pertukaran tanpa sebab itu, beliau bertanyakan hal tersebut kepada guru besar dan dimaklumkan pertukaran tersebut kerana kegagalan beliau mengawal Normala yang bergiat aktif dalam politik.

Malah Markom juga turut mengakui jabatannya mengeluarkan notis pertukaran kepada Makrof pada 27 Disember lalu supaya ditukarkan di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor.

Menurut Salahuddin, tindakan Markom sebenarnya telah menyimpang dari tanggungjawab asalnya sebagai seorang penjawat awam dan meminta beliau melepaskan jawatannya sekiranya mahu bergiat dalam bidang politik.

"Isu asalnya ialah Pengarah Pelajaran Negeri Johor ini dia bermain politik. Dia mengambil sikap dan pendirian politik sedangkan beliau adalah penjawat awam yang seharusnya memperlihatkan sikap profesional.

"Isu ini kita lihat dengan serius dan kita sedang memantau isu ini dan kegiatan beliau. Dan saya rasa adalah lebih baik supaya beliau berdiam diri," kata Salahuddin.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....