Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 30 Januari 2011

[ Update ] Perkembangan Terkini Proses Mengundi PRK DUN Tenang

Para pengundi menjalankan tanggungjawab di pilihanraya kecil Tenang dalam hujan lebat. - Gambar oleh Choo Choy May

BERIKUT adalah kronologi proses hari mengundi pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang berlangsung pada Ahad :
 
03:41PM: Kebanyakan kenderaan kecil yang cuba melepasi Tenang menuju ke Segamat terpaksa berpatah balik ekoran beberapa tempat sepanjang laluan kini hampir terputus sepenuhnya akibat banjir. 

03:40PM:  SPR berkata sebanyak 65.19 peratus atau 9618 pengundi sudah keluar menjalankan pengundian setakat jam 3 petang.

03:30PM: Laluan banjir teruk menuju ke dua pusat pengundian. Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor dan SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.  

03:15PM: Keadaan jalan yang digenangi air bercampur dengan tanah kuning di km 6 menuju Segamat.

03:00PM: DAP mendakwa banjir di dua pusat pengundian sudah "serius". Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor dan SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.  

02:47PM:   SPR berkata sejumlah 61.17 peratus atau 9025 pengundi telah menunaikan tanggungjawab setakat jam 2 petang.

02:44PM: Dua pusat mengundi Labis Timor, Labis Tengah kini banjir, pengundi tidak dapat mengundi. 

02:40PM: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menyatakan pendirian berhubung status pengundian hari ini ekoran banjir dan kebanyakan jalan ditutup.
 
02:35PM: Labis kini terkepung dengan air banjir, jalan masuk dari kedua-dua arah Yong Peng dan Segamat kini ditutup kepada semua kenderaan kecil. 

02:33PM: Seramai 846 orang penduduk di Tenang dibawa ke pusat pemindahan berikutan banjir. Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Lembah Bakti, Kg Usaha Jaya, Kg Air Panas dan Kg Batu Badak. 

02:26 PM:  Banjir menyebabkan seramai 215 orang terpaksa dipindahkan.

02:22PM : Pasukan penyelamat kini giat menjalankan usaha memindahkan penduduk dan mengambil pengundi untuk dibawa ke tempat pengundian. 

02:20PM: Jalan dari pekan Labis menuju ke Felda Tenang dinaiki air sehingga ke paras pinggang menyebabkan kenderaan ringan tidak boleh  melalui jalan tersebut 

01:30PM : SPR berkata sejumlah 55.36% atau 8,167 pengundi telah membuang undi setakat jam 1 tengahari tadi. Hujan masih berterusan dan beberapa tempat terus dinaiki air.

01:22PM : Cikgu Mala tiba di pusat mengundi Dewan Bola Jaring JKKK Labis melihat proses pembuangan undi di situ. 

01:20 PM : Di pusat pengundian di Sawah Bahru, jumlah keluar mengundi setakat 12.30 tengah hari tadi sudah mencapai 70.8 peratus. 

01:00 PM : Setakat jam 12.00 tengah hari, menurut pemantauan terhadap kepercayaan politik oleh NGO Zentrum Future Studies, BN kini mendahului 59.5 peratus manakala Pakatan mendapat 40.5 peratus.  

12:57 PM : Jalan dari kedua-dua arah menuju ke Air Panas kini sesak teruk ekoran beberapa tempat di sepanjang jalan dinaiki air. 

12:51 PM : Pihak Polis berkata jambatan menuju ke Ladang Voules adalah merbahaya dan menasihati pengguna agar berhati-hati. Manakala kenderaan berat tidak dibenarkan melaluinya. Pihak berkuasa sudah menyediakan bot jika berlaku sebarang yang tidak diingini.


12: 40 PM:  SPR melaporkan sebanyak 48.93% atau 7,219 pengundi telah membuang undi setakat jam 12 tengahari.

12.30 PM : Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata peratus pengundi Cina yang keluar amat rendah di Labis.

"Tolong desak anggota keluarga atau kawan-kawan keluar mengundi!" tulisnya di laman Twitter. 

12:27 PM : Jalan keluar dari Air Panas sesak teruk ekoran orang ramai mahu menyelamatkan kenderaan dari terkandas banjir. 

12:22 PM : Beberapa batang jalan di air panas mula dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan. Ianya sekaligus menyukarkan pergerakan kenderaan. 

12:20 PM : Beberapa trak dan kenderaan askar diguna untuk memindahkan penduduk yang terbabit banjir di Lembah Bakti. 

12:15 PM : Polis berkata bot dalam keadaan siap sedia untuk digunakan membawa mangsa banjir mengundi di Kg Paya Merah Lama, Kg Air Panas and Felda Redong jika keadaan memerlukan.

12:00 PM :  Banjir yang melanda Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi. 

11:45 am : Kampung Paya Merah berhampiran pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin mula dinaiki air.

11:25am : Menurut SPR, 38.66 peratus atau 5,703 pemilih telah membuang undi.TVS
 
11.10 pagi: Calon PAS, Normala yang dikenali sebagai Cikgu Mala masih optimis kemenangan akan berpihak kepadanya walaupun hujan turut dengan lebat sedikit menggangu peratusan keluar mengundi.
"Saya yakin pengundi bijak membuat pilihan. Setakat ini enam tempat saya telah melawat enam tempat pengundian.
"Walaupun hujan turun dengan lebat saya tengok ‎​Pengundi masih bersemangat untuk keluar mengundi.
Insya-Allah kita nantikan keputusan malam ini dengan penuh debaran," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pengundian di Sekolah Menengah Kamarol Ariffin.

10:30 pagi: Setakat pukul 100 pagi kira-kira 250 pengundi telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan membuang undi di Dewan Serbaguna Kg Paya Merah.

9:40 pagi: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melawat perkarangan pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Kg Paya Merah.

9:35 pagi: Ahli Panel SPR, Datuk Christopher Wan Soo Kee melawat pusat pengundian di Dewan Serbaguna Kg Paya Merah.

9:30 pagi: Penyokong BN, cuba menimbulkan provokasi dengan pergi ke tempat penyokong PAS. Timbulkan sedikit ketegangan namun ia berjaya disuraikan oleh pihak polis yang berkawal.
9:10 pagi: Calon PAS, Normala Sudirman melawat pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang.

9:05 pagi: Calon BN, Mohd Azhar ketika ditemui selepas membuang undi berkata beliau bersyukur kerana telah melaksanakan tanggunjawab sebagai pengundi.
"Saya berharap orang ramai akan keluar mengundi awal walaupun hujan lebat.
"Saya gembira dan insya-Allah keyakinan di pihak kita," kataya kepada pemberita selepas membuang undi di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah di sini.
Turut mengundi di sini, nenek Mohd Azhar, Essah Sulong, 95.
Biarpun duduk di atas kerusi roda, Essah dilihat tetap bersemangat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.


8:55 pagi: Calon BN, Mohd Azhar tiba di pusat pengundian, Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah.
Beliau yang memakai baju Melayu biru menyemak saluran mengundi untuk melaksanakan tanggungjawab membuang undi di sini.
Dia yang tiba menaiki kereta pacuan empat roda berwarna kelabu disambut dengan sorakan daripada penyokong BN yang melaungkan slogan Hidup BN, Pilih Azhar.

8:45 pagi: penyokong dan peraih undi PAS yang berada berhampiran dengan Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah mula bersorak dan meminta pengundi menolak calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azhar Ibrahim.
Keadaan itu berlangsung kira-kira lima minit apabila pihak polis meminta penyokong berkenaan tidak menimbulkan unsur provokasi.

8.30 pagi: Walaupun hujan turun dengan lebat di Labis masih ramai pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.
Di Kampungg Paya Merah kira-kira 50 orang pengundi yang terdiri daripada warga tua pelbagai bangsa, dan suri rumah mula mengundi di pusat mengundi, di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah.
Petugas-petugas Suruhanjay Pilihan Raya membantu pengundi yang kurang upaya dengan membawa mereka menggunakan kerusi roda ke pusat pengundian.

8 pagi: Proses mengundi bagi 12 pusat mengundi dibuka serentak.

7:30 pagi: Orang ramai mula beratur dan menyemak saluran mengundi masing-masing di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah.

7 pagi: Peraih undi daripada kedua-dua parti bertanding sudah mula membanjiri perkarangan pusat pengundian.
Bagaimanapun mereka hanya dibenarkan berada 100 meter daripada pusat mengundi.

6:30 pagi: Jalan Segamat-Labis mulai sibuk dengan kenderaan menuju ke pekan Labis dan pusat pengundian berhampiran.
Bagaiamanapun keadaan trafik masih lagi terkawal kerana pihak polis telah mula mengawal lalu lintas.

6pagi: Hujan turun dengan lebat sejak malam tadi, menyebabkan beberapa jalan Labis-Segamat ditenggelami air.Imbang Penuh
Namun ia masih dibuka kepada laluan kenderaan ringan dan berat.Mstar

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....