Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 14 Januari 2011

Isu Azan : Suara Diperlahan Atas Arahan JPM Dan JAWI ?

Tunjuk perasaan di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat tadi, yang diadakan berhubung isu azan. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah tunduk kepada permintaan seorang ahli MCA yang mahukan suara azan Masjid Al-Ikhlasiah, Pantai Dalam, diperlahankan, yang membawa kepada protes dan demonstrasi hari ini.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS berkata pihaknya kecewa dengan perkembangan tersebut, seolah-olah terpaksa “tunduk” disebabkan individu yang membantah azan masjid tersebut adalah seorang ahli MCA seumur hidup.
“Dalam hal ini, Dewan Pemuda PAS mempersoalkan apakah Perdana Menteri dan Jawi tunduk kepada tekanan ini hanya kerana beliau seorang ahli parti komponen BN?” kata Naib Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, dalam satu kenyataan hari ini.
Kata beliau, isu terbaru ini membuktikan Umno bukanlah parti yang mampu membela dan mempertahankan Islam kerana mereka sendiri terpaksa akur dengan tuntutan ahli-ahli parti komponennya.
Sekumpulan 100 penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di pekarangan masjid itu hari ini selepas solat Jumaat.
Sehingga kini masih belum jelas sama ada keputusan itu dibuat atas arahan Jawi ataupun pertimbangan pengurusan masjid sendiri.
Ahli jawatankuasa masjid juga enggan mengulas mengenai perkara itu.
Mengambil kira Lembah Pantai adalah kawasan yang dihuni ramai orang Melayu beragama Islam, menurut beliau, saban tahun penghuni sekitar tidak menghadapi masalah dengan laungan azan dari masjid tersebut.
“Tetapi mengapa hanya dengan satu aduan daripada seorang ahli MCA tiba-tiba pihak Jawi dengan serta-merta mengarahkan azan diperlahankan?
“Apakah malang bagi sebuah negara Malaysia yang majoritinya beragama Islam apabila Perdana Menterinya tidak mempunyai wibawa dan ketegasan bagi membela syiar dan syariat Islam,” kata beliau.
Suhaimi berkata umat Islam seluruhnya juga merasa terpukul dengan ‘arahan ini’, yang menganggap ia adalah satu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.
“Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan umat Islam tidak boleh menerima hakikat arahan ini kerana azan adalah kaedah dakwah Islam kepada masyarakat bukan Islam bagi mengajak mereka terhadap keindahan Islam,” katanya.

Katanya, azan juga adalah sebagai seruan kepada umat Islam agar menjaga ibadah dan seterusnya mengimarahkan masjid.
“Sejak zaman Rasulullah SAW lagi, azan telah menjadi suatu syiar kepada umat Islam. Ia perlu dikumandangkan untuk didengari oleh seluruh manusia.
“Bahkan Nabi SAW mengarahkan azan agar dilaungkan dengan kuat sebagai menandakan masuknya waktu Solat,” katanya.
Suhaimi menambah, bagi kaum bukan Islam, azan tidak boleh dipertikaikan kerana ia adalah syiar Islam.
“Sama seperti agama Kristian dan Hindu yang membunyikan loceng tatkala waktunya, kaum Tionghoa yang membakar mercun pada masanya, bagi umat Islam azan adalah kaedah bagi menandakan masuk waktu bersembahyang,” katanya.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....