Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 5 Januari 2011

Gambar : Sekitar Himpunan Bantah Perlantikan Khusrin Sebagai SUK Selangor













Kira kira 60 pemuda Pakatan Rakyat berhimpun di perkarangan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, membantah pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) Selangor.

Bantahan itu bermula dari hadapan masjid Putrajaya seawal jam 10.30 pagi. Ia diketuai ketua pemuda PKR Selangor, Khairul Anwar Zainuddin; ADUN Teratai, Jenice Lee yang juga ketua pemuda DAP Selangor dan Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridwan.
Kumpulan ini juga membawa bersama buku undang-undang tubuh kerajaan Selangor sebagai 'hadiah' untuk diserahkan kepada Sidek.

Polis yang mengawal ketat sejak awal pagi hanya membenarkan tiga orang wakil masuk ke pejabat Perdana Menteri. Pembantu peribadi KSN, Rosli Laji menerima memorandum itu bagi pihak Sidek.

Ketiga-tiga mereka beredar kira-kira 16 minit kemudian dengan disambut laungan "reformasi", "hormati kerajaan negeri" dan "tolak Khusrin".
Rampas kain rentang

Sebelum itu, ketika kumpulan berkenaan berarak menuju ke pejabat Perdana Menteri, pihak polis merampas kain rentang yang memangkah muka Khusrin.

Kekecohan berlaku seketika namun keadaan berjaya ditenangkan.

Khairul Anwar dalam ucapan ringkasnya berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak sanggup diperlekeh dalam urusan pentadbiran negeri.
Memorandum berkenaan, antara lain, menggesa Sidek menghormati hak kerajaan negeri dalam isu perlantikan Khusrin.

Mereka mendakwa pelantikan Khusrin yang dibuat KSN bukan sahaja membelakangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, malah mencabul semangat faderalisme."Kita kecewa dengan KSN yg mendakwa kerajaan negeri tiada hak dalam isu pelantikan ini.

"Membelakangkan hak kerajaan negeri samalah juga membelakangkan hak rakyat Selangor," kata Khairul Anuar.

Selain itu, pelantikan itu juga dakwanya turut mengabaikan Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang diamalkan negeri.

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....