LABIS - Sebuah kumpulan blogger yang bergerak secara 'independent' dibawah nama Kumpulan Blogger-Blogger Independent (Independent Bloggers Group - KUBIT) mencadangkan pula supaya suatu debat atau apa-apa program bersemuka diantara calon PAS Normala Sudirman dan calon BN Mohd Azahar Ibrahim..
Ketua kumpulan blogger berkenaan, Sharifuddin Abdullah berkata tujuan pihaknya menganjurkan debat tersebut adalah kerana kempen pilihanraya kecil N.05 DUN Tenang gagal menyerlahkan isu-isu sebenar mewakili pengundi-pengundi di DUN tersebut.
(Gambar - Sharifuddin, berbaju biru gelap, duduk dikanan Dato' Mahfudz Omar, muncul dalam sidang media PAS)
"Kami berada disini bagi mewakili rakan-rakan blogger KUBID yang kini telah dianggotai lebih dari 50 orang bloggers seluruh Malaysia. Kami mendokong misi dan visi yang menjurus kepada politk berpengetahuan untuk semua,
"Sangat Mengecewakan. Itulah kata-kata yang mampu diucapkan setelah melihat kempen-kempen yang dijalankan terutamanya kepada pengundi-pengundi di DUN Tenang tidak seperti yang diharapkan,"ujarnya yang membuat kemunculan spontan dalam sidang media harian PAS di pusat Operasi PAS, disini.
Menurutnya, antara isu-isu penting yang tidak di beri keutamaan oleh kedua belah pihak samada BN atau PAS adalah soal politik integriti dan kewibawaan calon,
Selain itu, katanya, isu pengangguran yang tinggi dikalangan masyarakat India Tenang juga tidak dikemukakan dimana beliau merujuk kepada laporan bahawa generasi muda India di Tenang begitu tertekan dengan janji yang dibuat oleh pemimpin kerajaan sebelum ini.
Isu keruntuhan akhlak remaja di Felda turut disentuh oleh Sharifuddin.
Katanya, sehingga kini, kedua-dua belah pihak,baik BN atau pun PAS masih gagal mengemukakan kempen yang dapat memberikan saranan bagai mana isu yang membarah tersebut dapat diselesaikan.
Justeru beliau mempelawa kedua-dua calon yang bertanding dari BN dan PAS agar dapat duduk bersama diatas satu pentas, untuk berwacana atau berdiskusi atau debat atau atas apa nama jua yang baik untuk dicadangkan,
"(Ia) bagi menjelaskan isu-isu dan tajuk-tajuk yg dipersetujui bersama serta merangkumi diantaranya persoalan-persoalan telah telah diutara tadi, dan ini bagi membolehkan pengundi di sini lebih mengetahui akan usaha-usaha dan hala tuju yang baik dengan lebih jelas serta berkesan,"tegasnya.BO
Baca kenyataan penuh KUBIT disini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan