Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 11 Mei 2010

Khalid Pandang Berat Isu Rasuah

SHAH ALAM 11 Mei - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam berhubung dakwaan wujudnya rasuah di kalangan pegawai atasan dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd kata Setiausaha Politiknya Nik Nazmi Ahmad.
Menurut Setiausaha Politik MB, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pertemuan tersebut akan membolehkan Manikavasagam membuat aduan secara rasmi berhubung dakwaan tersebut.
"Kerajaan negeri akan mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik dalam memastikan syarikat berkenaan bebas dari rasuah.

"Pakatan Rakyat di Selangor mengamalkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pentadbirannya serta menyokong semua usaha untuk membanteras rasuah di semua peringkat," tegas Nik Nazmi.
"Kerajaan Selangor memandang berat dakwaan yang dibuat Ahli Parlimen Kapar itu dan berharap beliau dapat membantu menyalurkan maklumat dan bukti yang lengkap supaya tindakan sewajarnya dapat diambil," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan petang tadi.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan bermesyuarat esok (Rabu) dan hasil pertemuan itu akan diumumkan dalam satu sidang akhbar selepas itu.SK

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....