Selasa, 9 Februari 2010

Kesan kemenangan Zambry kepada politik Perak

http://kadirjasin.blogspot.com/
PERINTAH Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar yang sah mempunyai implikasi penting kepada politik dan perundangan negeri berkenaan.

Mahkamah tertinggi itu bersetuju dengan Mahkamah Rayuan bahawa Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan ini menamatkan harapan bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat, Mohamad Nizar Jamaluddin (Pas Pasir Panjang) untuk mendapatkan semula jawatannya.


Pada 6 Feb tahun lalu, Zamby mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar setelah tiga Ahli Dewan Undangan Pakatan Rakyat – dua dari PKR dan seorang dari DAP – keluar parti masing-masing dan mengikrarkan sokongan kepada Barisan Nasional.

Pada 13 feb Mohamad Nizar pergi ke mahkamah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa dia adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah menghalang Zambry daripada menunaikan tugas Menteri Besar.

Saiful Dakwa Terima Ancaman " BUNUH "


KUALA LUMPUR, Feb 9 —  Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan pengadu dan saksi pertama kes liwat ketua pembangkang itu membuat laporan polis dia menerima ancaman bunuh menerusi rangkaian sosial Facebook.
Menurut Saiful Bukhari (gambar) seorang yang bernama ‘Anaz Zahari’ telah mengugut dia dengan memuatkan satu kenyataan pada ruangan Facebook peminat Anwar.
Mesej itu berbunyi, “ANAZ ZAHARI: Kepada kawan-kawan... sesiapa yang tahu atau berjumpa dengan Saiful Bukhari Azlan di mana-mana, adalah wajib untuk membunuh, menggunakan apa jua cara sekalipun demi keamanan manusia...”
Saiful berkata dia menerima maklumat itu menerusi satu emel daripada sumber yang identitinya tidak mahu diketahui.

Zambry Kekal MB Perak Yang Sah


Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengesahkan Zambry kekal sebagai MB Perak yang sah apabila semua kelima lima panel hakim secara sebulat suara memilih beliau untuk terus memegang jawatan.Masih ada ruang bagi DS Nizar mengemukakan rayuan di Mahkamah yang sama.


Terkini:Gambar Sekitar Keputusan DS Nizar VS Zambry Di Mahkamah Persekutuan

Penyokong DS Nizar di kalangan muslimat
Penyokong DS Nizar,hanya kepadamu Ya Allah kami mengadu
Ramai,tidak sabar sabar menanti keputusan
Lagi orang ramai yang bersesak di perkarangan Mahkamah Persekutuan Puterajaya

Apabila Tengku Razaleigh pun di pihak Tok Guru Nik Aziz



Oleh Dinsman
Sewaktu artikel ini mula ditulis  Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu penuh dibanjiri rakyat Kelantan yang datang untuk mendengar Tengku Razaleigh Hamzah berucap menyokong Kerajaan Negeri pimpinan Tok Guru Nik Aziz menuntut supaya kerajaan pusat pimpinan Najib Tun Razak membayar hak royalti minyak dan gas kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Ini satu perkembangan yang cukup menarik dalam rentetan perjuangan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan TG Nik Aziz menuntut hak royalti minyak tersebut. Tengku Razaleigh, seorang tokoh dalam pimpinan Umno, telah berjaya diikutsertakan ke dalam perjuangan ini, yang pada dasarnya adalah menentang pimpinan Umno.

Bukankah ini satu kejayaan dalam politik PAS/Pakatan Rakyat, khasnya pimpinan TG Nik Aziz? Ya, ini satu kejayaan! Apabila tokoh dalam pimpinan Umno sendiri menyertai satu agenda politik menentang Umno. Dan Tengku Razaleigh bukan seorang tokoh biasa dalam pimpinan Umno. Dia seorang tokoh yang berwibawa, yang dikenal dan diingat sebagai orang yang mungkin telah mengalahkan Dr Mahathir sebagai Presiden Umno, sekiranya tidak berlaku peristiwa ‘gelap lampu’ dalam pemilihan itu.