Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 26 Disember 2010

Penceramah " CELUPAR " Umno Takut Untuk Berdebat


HULU TERENGGANU - Mendengar tuduhan melulu dan fakta bohong yang menylewengkan nas-nas al-quran serta hadis nabi SAW, seorang petugas Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS, Manir telah menghantar memo menjemput penceramah tersebut untuk berbahas.

Malangnya, jemputan 'on the spot' yang dikemukakan PAS menjadikan penceramah luar yang 'celupar' itu takut dan kecut, lalu menolak pelawaan PAS untuk berdebat.

"Dengan hormatnya kami Majlis Tindakan DUN PAS Manir mencabar Ustaz Kamal Saidin untuk mengadakan debat terbuka didataran ini dengan apa yang telah tuan ucapkan sebentar tadi,"kata penceramah tersebut membaca nota pelawaan yang dihantar petugas PAS.

"Tak payah berdebat, balik buka al-quran kenyataan dalam al-quran jawab selepas dari ini,"jawab penceramah tersebut yang berkata al-quran tidak boleh didebatkan.

Ceramah anjuran Penyelaras Umno DUN Manir yang diadakan Sabtu, 25 Disember, bermula jam 9.00 di tapak pasar malam Pekan Manir itu kononnya mahu 'membongkar' pembohongan PAS.

Namun, penceramah yang dijemput khas oleh Umno Terengganu itu bukan hanya mengungkit sejarah 'bohong' kemerdekaan negara, malah turut memaki hamun parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato' Seri Anwar Ibrahim digelar sebagai 'si Kitol', pengkhianat yang menyebabkan Melaka jatuh ke tangan penjajah Portugis.

Manakala Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta pemimpin DAP dituduh sebagai pengkhianat negara yang memijak-mijak gambar Allayarham Dato' Harun Idris di Kampung Baru Kuala Lumpur, sewaktu berlaku ketegangan kaum pada 13 Mei, 1969.

Selain itu, penceramah tersebut turut mendakwa PAS adalah parti yang sesat kerana mengambil DAP dan PKR sebagai rakan politik dan menolak pelawaan Umno untuk perpaduan.

"Sedangkan Umno adalah orang Islam yang beriman, mengapa PAS mengambil DAP yang 'kafir harbi' sebagai kawan,"ujar penceramah tersebut.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....