Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 14 Disember 2010

Kenyataan Bodoh Shahrizat Jalil

Dalam meraih publisiti Shahrizat seharusnya berhati hati mengeluarkan kenyataan berkaitan Islam

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini meminta Mahkamah Syariah supaya meneliti butiran setiap kes perkahwinan membabitkan kanak-kanak sebelum memberi keizinan. Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Mahkamah Syariah perlu berhati-hati dan bersikap memilih kerana keputusan yang bakal diambil penting bagi masa depan kanak-kanak
“Isunya ialah, adakah betul bagi kanak-kanak untuk menjadi penjaga kanak-kanak? Adakah dia bersedia menjadi ibu bapa? Kita melihat gambaran yang lebih luas mengenai institusi keluarga.
“Sebab itu kita mahu Mahkamah Syariah bertindak lebih bijaksana dalam soal memberi keizinan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan “Persidangan Antarabangsa mengenai Institusi Keluarga dalam Abad ke-21: Ideal dan Realiti” di sini, hari ini.
Shahrizat diminta mengulas mengenai satu kes perkahwinan membabitkan seorang kanak-kanak perempuan 14 tahun dengan seorang guru, yang menyertai majlis perkahwinan 1 Malaysia pada 4 Disember.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang merupkan tetamu kehormat majlis itu, dilaporkan sebagai berkata perkahwinan itu sah kerana mendapat izin Mahkamah Syariah.
Penyatuan pasangan itu menimbulkan kebimbangan di kalangan pertubuhan wanita yang meminta kerajaan supaya menangani keadaan yang tidak wajar dalam Akta Kanak-kanak 2001 dan Undang-undang Keluarga Islam dan awam jika ia benar-benar serius dalam mencegah perkahwinan melibatkan kanak-kanak.
Walaupun beliau tidak menentang perkahwinan melibatkan kanak-kanak, Shahrizat berkata beliau bimbang dengan implikasi jangka panjang yang mungkin dihadapi kanak-kanak itu, katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya, Shahrizat berkata institusi keluarga yang kukuh dan kuat hubungannya dapat membantu kanak-kanak mendalami erti kehidupan apabila mereka diajar kemahiran menyelesaikan masalah dan mendapat sokongan yang positif.

Katanya institusi keluarga yang tahu cara untuk mengatasi cabaran dan memenuhi kehendak individu juga mampu berdepan dengan krisis dan tekanan.“Kemahiran untuk mendepani cabaran dalam kehidupan seharian membentuk asas bagi sebuah masyarakat yang sihat dan di peringkat nasional, mengurangkan kemungkinan merebaknya gejala sosial,” katanya. — Bernama

Ulasan Tinta Hijau DKB

Inilah akibat dari menganut fahaman sekular yang melampau.Menurut undang undang sekular,perempuan yang berumur 18 tahun kebawah masih dikira bawah umur sedangkan dalam Islam,apabila datang bulan(haid) maka perempuan itu sudah dikira cukup umur dan bukan kanak2 lagi,biasanya antara 12-15 tahun.Ketika itu semua amal ibadat yang wajib adalah berdosa baginya jika ditinggalkan.

Sebagai seorang Islam kenyataan Shahrizat itu seolah olah menidakkan hukum Islam yang di bawa Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.Apakah kita yang mengaku orang Islam ingin membelakangkan hukum Islam dan menjunjung undang2 sekular yang amat berlawanan sekali dengan Islam.Sebagai agama yang benar Islam bukan hanya tertakluk kepada ibadat sembahyang,puasa dan sebagainya bahkan merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang kadangkala tidak terjangkau oleh pemikiran kita sebagai hambaNya.Tentunya ada hikmah Islam menetapkan syarat cukup umur bagi perempuan seperti yang dinyatakan diatas.

Dalam mengeluarkan kenyataan Shahrizat seharusnya berhati hati dan kalau tidak tahu pasal Islam ada baiknya beliau merujuk kepada pakar.Tindakan beliau yang seolah olah mempertikai tindakan Mahkamah Syariah adalah tindakan kurang bijak dari seorang yang mengaku Islam.Apatah lagi beliau merupakan pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam di Malaysia ini.

Tindakan Mahkamah Syariah membenarkan perkahwinan gadis terbabit tentunya dibuat berdasarkan pertimbangan hukum syarak apatah lagi perkahwinan tersebut direstui kedua ibu bapa gadis terbabit,yang Shahrizat terhegeh hegeh menyibuk ni apasal.Tentunya kedua ibubapa gadis terbabit sudah memikirkan yang terbaik untuk anak mereka.Ada baiknya Shahizat memberi tumpuan mengurangkan gejala zina,anak luar nikah dan buang bayi yang berlaku dengan jumlah yang amat membimbangkan dewasa ini.

P/S Kahwin awal juga salah satu cara mengurangkan penzinaan dikalangan remaja..

Saya yang izinkan mereka berkahwin”

PETALING JAYA: “Saya yang izinkan mereka berkahwin...” - itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulut Siti Hawa Kassim, ibu kepada pengantin perempuan yang mencetuskan kontroversi kerana berkahwin pada usia 14 tahun minggu lalu.
Siti Hawa, 40, menjelaskan, dia dan suaminya memberi keizinan kepada Siti Maryam Mahmod yang lebih mesra dengan panggilan Maya itu untuk berkahwin kerana yakin, pendidikan agama yang telah diberikan dapat membimbing anaknya itu menjadi seorang isteri yang matang untuk menempuhi alam rumahtangga yang serba mencabar.
Keputusan itu juga dibuat setelah suami kepada anaknya itu berjanji dan bersetuju untuk memastikan Siti Maryam menamatkan pengajian menengahnya di sebuah sekolah menengah agama dekat sini.
“Anak saya sudah akil baligh dan diberikan pendidikan agama. Saya percaya suaminya juga boleh membimbingnya ke arah yang lebih baik. Malah keputusan ini juga mengambil kira janji suaminya untuk memastikan dia belajar sehingga tamat pengajiannya,” kata ibu yang bertugas di sebuah syarikat multinasional di ibu kota ini dalam temuramah eksklusif dengan Mingguan mStar semalam.
Siti Hawa yang tidak mahu gambarnya disiarkan demi untuk menjaga privasinya menambah, suami Maya (Abdul Manan Othman) adalah seorang guru dan seorang lelaki yang baik dan yakin Manan boleh melakukannya (membimbing Siti Maryam) memandangkan dia juga diberikan pendidikan agama yang tinggi.
Siti Hawa berkata, sebelum memberi keizinan Abdul Manan dan Siti Maryam atau lebih dikenali sebagai Maya untuk berkahwin, dia sudah membuat solat istikarah bagi memohon petunjuk daripada tuhan.
Detik perkenalan pasangan suami isteri muda itu bermula apabila Abdul Manan yang merupakan guru agama mengajar dua orang adik Maya.
Hubungan baik dan sikap ramah Abdul Manan telah mendorong Siti Hawa untuk mengambil dia sebagai anak angkat dan menjadi sebahagian daripada keluarga itu.
Isu perkahwinan Maya pada usia muda telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan banyak pihak termasuk mendapat reaksi daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sharizat Jalil yang menyatakan keputusan mahkamah untuk membenarkan Maya berkahwin bukanlah merupakan satu polisi yang direstui oleh Kerajaan Pusat.
Pelbagai pertubuhan wanita dan hak asasi wanita turut tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.
Bagaimanapun dalam menjawab semua persoalan itu, Siti Hawa tidak dinafikan pada peringkat awalnya dia berasa terkilan apabila segelintir pihak tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah.
Menurutnya, sebagai rakyat 1Malaysia, masyarakat sepatutnya menghormati antara satu sama lain, tidak kira bangsa atau agama.
“Bagaimanapun akhirnya saya sedar itu adalah hak individu untuk bersuara. Lain orang lain pendapatnya. Apa yang penting adalah tindakan saya mengizinkan Maya berkahwin pada usia muda itu tidak bercanggah daripada hukum syarak dan agama.
Namun sebagai seorang ibu, Siti Hawa yang enggan gambarnya disiarkan berharap agar masyarakat berfikiran terbuka dan rasional mengenai perkara tersebut.
“Masing-masing mempunyai pandangan tetapi janganlah menafikan hak kami sekeluarga dan keputusan Maya dan Manan untuk berkahwin dibuat selepas mendapat restu daripada pihak kami serta kebenaran daripada mahkamah.
Dalam pada itu, Siti Hawa juga menegaskan, dia sentiasa memantau anaknya dan Abdul Manan Othman dari segala aspek meskipun kedua-duanya sudah menjadi suami isteri yang sah.
“Sebagai ibu, saya tidak akan membiarkan anak-anak saya sendirian menghadapi risiko berkahwin pada usia muda ini.
“Sebelum mereka berkahwin lagi sudah diperjelaskan tentang apa itu perkahwinan. Setiap kejadian itu ditentukan oleh Allah, ada hikmah di sebalik sebarang kejadian,” katanya.
Siti Hawa juga berpendapat perkahwinan anaknya pada usia 14 tahun bukanlah satu isu yang besar kerana baginya kematangan bukan lah terletak pada umur seseorang tetapi sebaliknya terletak pada pendekatan dan pendidikan yang diterimanya.
“Konsep perkahwinan awal ini sebenarnya boleh membendung perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Kita semua sedia maklum tentang permasalahan masyarakat yang berlaku di negara ini sedangkan perkahwinan anak saya adalah satu perkahwinan yang sah,” ujarnya lagi.
Menurut Siti Hawa, perkahwinan itu juga tidaklah bermakna perhubungan di antara ibu dan anak terputus kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab terhadap diri dan keluarga masing-masing.
“Walaupun Maya sudah bergelar isteri orang, namun saya masih bertanggungjawab memberikan nasihat dan memastikan anak saya itu meneruskan pembelajarannya di sekolah sehingga tamat,” katanya.
“Saya berharap masyarakat berdoa semoga perkahwinan mereka diberkati dan saya berterima kasih kepada mereka yang telah membantu dan memberikan sokongan kepada kami sekeluarga,” katanya.Mstar

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya saya tidak tahu nak kata apa lagi pada golongan pemimpin umno ini, bila orang bukan islam bercakap tentang islam, merekalah yg dulu berarak membantah, tapi mereka sendiri menunjukkan kejahilan yg nyata

Langsi berkata...

Mak aku kawin umur 15 tahun... 16 tahun dah melahirkan anak pertama. Sekarang 7 org sumenya dan berjaya jadi "manusia".

Orang gaji Indonesia yg aku terima dari agen... rupa-rupanya baru berumur 14 tahun masih dia menjaga baby aku yg baru dilahirkan, so far dah 4 orang dijaga sampai dia plak nak berkahwin...

Ape masalah nko ni Kak Jat oooiii! Hat yg bersepah buat maksiat... jadi bohsia di awal umur remaja, taknak plak nko berteriak sana-sini jaga kebajikannya. Nko nak perbanyakkan lagi penghuni Sekolah Harapan ke?

KakJat dah berpakat dgn AliKetam Pengetua Sekolah Harapan kot!

budak tadika yg berfikir berkata...

dilema mu wahai kak jat...hek elahhh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....