Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 9 Disember 2010

Chegu Bard Tidak Iktiraf Pemilihan PKR,Tidak Akan Terima Sebarang Jawatan

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Badrul Hisham Shahrin yang tewas dalam pemilihan ketua sayap Pemuda PKR baru-baru ini berkata, beliau tidak mengiktiraf keputusan pertandingan yang diumumkan 26 November lalu.
Ketua PKR Rembau ini juga berkata, beliau tidak akan menerima apa jua jawatan selagi segala aduan mengenai kecacatan dan kepincangan pemilihan dijawab dengan rasmi oleh jawatankuasa pemilihan.
“Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan PKR 2010.
“Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan,” kata beliau yang turut dikenali sebagai “Chegubard”.
“Kita telah berjaya membuktikan tanpa politik naungan dan kewangan yang melimpah kita mampu menang jika semua dijalankan secara telus.
“Saya telah menghantar bantahan bertulis. Bantahan yang telah menyenaraikan perbagai kepincangan ini tidak mendapat respons bertulis setakat ini,” katanya.
Dalam kenyataan pertama selepas Kongres Nasional PKR Ketujuh baru-baru ini, Badrul Hisham berkata, beliau tidak kecewa kerana tewas pemilihan yang julung kali menggunakan sistem secara langsung.
“Kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam (Angkatan Muda Keadilan) AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia,” katanya.
Badrul Hisham tewas dalam persaingan satu lawan satu di tangan Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mempertahankan jawatannya dengan majoriti lebih 1,000 undi.
Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini Shamsul Iskandar berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Badrul Hisham tentang peranan dan jawatan sesuai yang boleh diberikan kepadanya.

“Saya akan bertemu dengan Badrul dalam waktu terdekat,” katanya.
Bagaimanapun Shamsul Iskandar berpendapat selaku bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham lebih sesuai memainkan peranan di peringkat pusat.
Dalam kenyatannya itu, Badrul Hisham menambah yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang. “Kita sering mempersoalkan ketelusan SPR, namun apabila kita berdepan dengan cabaran yang sama kita gagal melaksanakan ketelusan tersebut,” kata beliau.
“Melaksanakan agenda satu anggota satu undi adalah satu penciptaan sejarah yang berani.
“Amat memahami ini proses baru dan banyak kelemahan, tetapi tidak sama sekali berkompromi apabila alasan baru itu sebagai alasan untuk melakukan ketidaktelusan dan menyapu di bawah permaidani.”
Katanya, pertikaian muncul dari proses penamaan pemilihan cabang, pencalonan jawatan pusat dalam mesyuarat cabang, proses pengundian pusat sehinggalah pemilihan pengerusi tetap dengan cara angkat tangan. “Semua yang hadir termasuk pemerhati dan media menyaksikan bagaimana undi angkat tangan memilih pengerusi tetap dalam Kongres AMK pusat pun kiraannya ditipu.
“Sehubungan itu, saya juga menolak semua jawatan lantikan yang bakal ditawarkan selagi tidak mendapat penjelasan bertulis mengenai apa yang saya bangkitkan dalam bantahan,” katanya.
Kata Badrul Hisham, ini bukan soal jawatan tetapi soal ketelusan.
“Jika saya menerima lantikan dalam keadaan aduan saya juga gagal diperjelas secara bertulis ini akan membawa erti saya berkompromi dengan sesuatu yang saya pertikaikan sendiri.
“Jawatan bukan alasan untuk bekerja,” katanya.
Badrul Hisham juga menegaskan beliau akan terus bersama dalam parti.
“Saya tegaskan tanpa jawatan peringkat pusat saya akan terus setia dalam memperkasakan parti.
“Saya masih yakin PKR merupakan parti terbaik dalam melaksanakan reformasi dalam negara.
“Namun PKR juga seharusnya sedia dalam menjamin demokrasi yang telus dalam parti,” katanya.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....