Sehubungan itu, Khalid yang juga pengerusi yayasan tersebut berkata bagi memastikan siasatan dilakukan dengan cepat dan bebas, kerajaan negeri telah mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Sharifuldin Sulaiman mengambil cuti bergaji selama sebulan berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan selesai.
“Kerajaan menghargai setiap maklumat salah laku bagi memastikan pentadbiran negeri dan anak syarikat diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab.
“Kita juga tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan berani termasuk membawa mana-mana individu yang terbukti melakukan salah guna kuasa ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Pada Jumaat lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Kuala Lumpur esok selepas dukacita apabila dimaklumkan kos perbelanjaan yang melebihi RM300,000 untuk majlis itu.
Semalam, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar pula mendakwa pembaziran dalam penganjuran majlis itu bukannya melebihi RM300,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi melebihi RM800,000.
Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki sebelum ini dilaporkan berkata kos sebenar majlis itu adalah RM285,000 bagi menampung penyediaan makanan untuk jemputan khas seramai 200 orang kenamaan dan 2,000 tetamu lain.
Difahamkan majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang sepatutnya dijadualkan esok telah dibatalkan. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan