Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 21 November 2010

PAS dan Pakatan Rakyat 'jangan dilihat seperti Umno'!



Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Menjengah hampir tiga tahun Pakatan Rakyat menerajui beberapa kerajaan negeri, dan dalam usia PAS yang sudah menjangkau lebih 50 tahun, PAS dan gabungan Pakatan Rakyat harus menilai selama mana lagi gagasan ini mahu membiarkan kerajaan Umno/BN terus menerajui kerajaan pusat.
Sejak bercerai dengan kerajaan Perikatan bersama BN pada awal 1970-an, PAS meneruskan dasar Islam dan misi dakwahnya mengikut kelangsungan demokrasi yang dijalankan BN secara pincang.Media-media milik Umno/BN mencanangkan seolah-olah PAS sebagai sebuah pergerakan yang sangat ekstrem, tertutup dan tidak mampu mentadbir negara.
Namun segara kritikan itu tak memudarkan semangat PAS menyertai lentera demokrasi yang dilukiskan Umno/BN, dan natijahnya kesabaran PAS dibayar dengan kemenangan pada tahun 1990 di Kelantan dengan bantuan Semangat 46.
Maka naiklah nama-nama seperti Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato' Abdul Halim Rahman dan Dato' Omar Mohammad yang sejak dahulu menjadi tulang utama menggerakkan PAS di Kelantan.
PAS kemudiannya menang di Terengganu pada tahun 1999, dalam era reformasi, dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dinobatkan selaku Menteri Besar memimpin kerajaan yang membawa dasar Islam sebagai terasnya.
Namun, pada tahun 2004, PAS hilang kuasa di Terengganu, dan hampir jatuh di Kelantan akibat 'tsunami' imej Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri.
PAS bersama teman-teman pembangkang lain terpaksa meniti arus demokrasi songsang lakaran Umno/BN, namun apapun zaman ini mengkehendaki PAS terus menatap wajah demokrasi yang sugul dan bisu.
Lantaran itu PAS dan beberapa NGO serta parti pembangkang meraikan himpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) pada akhir 2007 bagi membangkitkan semangat menentang demokrasi songsang ajaran Umno/BN.
Natijahnya, PAS menang di Kelantan, Kedah dan Pakatan Rakyat yang terbentuk hasil dari tahaluf siyasi pasca Pilihan Raya Umum 2008 memberikan Pulau Pinang ditadbir DAP, sementara Perak (PAS) dan Selangor oleh Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).

Namun selepas menang besar pada PRU-2008, pelbagai ujian datang menjelma bagi mengusik sejauhmana keterbukaan, keadilan dan kesaksamaan yang boleh dijalankan parti-parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya PAS selaku 'abang sulong'.
KeADILan sendiri dipukul dengan isu-isu membabitkan pemilihan dan pengurusan kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sering mendapat perhatian media arus perdana untuk dipolemikkan.
Di Pulau Pinang, kerajaan DAP dihentak dengan isu-isu perkauman, kononnya kerajaan tersebut mendiskriminasi Melayu di sana, walhal sejak sekian lama kerajaan tersebut sebelum ini ditadbir oleh BN melalui Gerakan yang hampir kesemua pimpinannya berketurunan Tiong Hua.
Asakan terakhir menjengah kerajaan PAS Kedah dalam isu bantuan banjir dimana media arus perdana menggelapkan laporan bantuan kepada mangsa banjir yang dibuat oleh kerajaan negeri, sebaliknya melaporkan kononnya kerajaan negeri mengabaikan tanggungjawab.
Objektifnya satu, Umno/BN menggunakan media untuk terus menghentikan gerakan dan sokongan rakyat untuk Pakatan Rakyat menerajui kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang.
Pandangan AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ada benarnya, PAS dan parti dalam Pakatan Rakyat harus mengambil langkah terbaik hari ini bagi meyakinkan rakyat akan kewibawaan komponen ini menerajui Putrajaya.
Apa yang sebelum ini dilihat rakyat seolah-olah pakatan tiada dasar yang jelas dalam banyak perkara seperti pelan bertindak dalam isu Felda, Felcra, isu tanah, isu ekonomi, isu-isu pendidikan, agama, isu kebudayaan, kebajikan dan sebagainya harus diperbaiki.
Seperti kata Mazlan PAS mahupun parti lain dalam Pakatan Rakyat, harus meminimakan 'negatif imej' di kalangan kepimpinan seperti yang berlaku hari ini bagi mencerminkan kepada rakyat bahawa gagasan ini mempunyai kepimpinan yang benar-benar mantap dan berintegriti.
PAS sendiri harus mendepani cabaran baru dengan pendekatan dan perubahan yang jauh lebih boleh diyakini rakyat, bukan sahaja capaiannya di bandar, tetapi di luar bandar.
Mungkin PAS perlu mencari pendekatan dan strategi baru tanpa perlu mengubah dasarnya kerana pendekatan lama bukan sahaja boleh menggagalkan hasrat PAS menggantikan Umno dan merencatkan perjalanan ke Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Mungkin pandangan Mazlan Aliman boleh diambil kira bahawa PAS harus bersedia berubah mengikut kehendak masyarakat tanpa perlu mengubah dasar Islam yang diperjuangkan.
Paling penting, Mazlan dan beberapa pimpinan seperti AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu sering mengingatkan kepimpinan agar 'tidak dilihat seperti Umno' dalam misi menuju Putrajaya.Detikdaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....