Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 16 November 2010

Husam nafi laporan Bernama PAS sedia terima Zaid

KUALA LUMPUR, 16 Nov — Datuk Husam Musa menafikan beliau ada mengatakan bahawa PAS sedia menerima sesiapa sahaja termasuk Datuk Zaid Ibrahim, yang memutuskan untuk keluar PKR, sebagaimana dilaporkan oleh Bernama semalam.

Kata Husam, apa yang dilaporkan oleh Bernama kononnya memetik beliau, selaku ahli jawatankuasasa kerja PAS pusat, adalah tidak benar dan rekaan semata-mata.

“Apa yang dilaporkan Bernama yang kononnya dipetik daripada kenyataan saya semalam adalah tidak benar dan direka-reka.

“Saya amat kesal dengan laporan itu dan mendesak Bernama menarik balik berita yang dikeluarkan itu,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.

“Saya merujuk kepada laporan Bernama bertajuk ‘Husam: PAS terbuka terima sesiapa, termasuk Zaid’ dan akhbar lain yang menggunakan laporan yang sama,” kata Husam .

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, kebelakangan ini Bernama atas kapasitinya sebagai agensi berita rasmi negara telah membuat laporan “rasmi” untuk kegunaan media lain seolah-olah laporannya adalah betul dan rasmi sedangkan isinya adalah rekaan dan tidak benar.TMI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang yang memimpin BERNAMA ni tak faham apa itu BERNAMA.Seperti juga ANTARA diIndonesia dan lain-lain Nasional News Agency,BERNAMA sepatutnya lebih cermat mengeluarkan berita,dan tidak memihak kepada mana-mana pihak dan tidak pula dijadikan alat oleh mana-mana pihak.Fungsinya sebagai "Sumber Berita Nasioanl" wajar difahami dan dipertahankan oleh pemimpin-pemimpin BERNAMA yang ada sekarang.Kalau BERNAMA sudah setaraf dengan Utusan Meloya dan Berita Heiran - lebih baik tutup kedai aje.Buat malu Malaysia aje.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....